Monday, January 26, 2009

Debat Terbuka Asta



Bermula 29 Januarai - 1 Februari 2009, Pertandingan Debat Terbuka Universiti Malaya sekali lagi akan berlangsung. Mengenang kepada legasi penyertaan debat 'Muda' martabat IPT ini cukup banyak memori yang disimpan. Tiga kali menyertainya sangat bermakna buat diri ini. Tahun ini sekali lagi penganjur tetap Kolej Pertama Universiti Malaya menjadi saksi buat pendebat-pendebat yang majoritinya muda menyertainya.

Kali Pertama menyertai: Tahun 2006


Bersama Halimatul Saadiah (yang kini sudah diangkat menjadi diva), Inra (simpanan) dan Abang Asri (kini cikgu), penyertaan sulung dalam debat IPT sangat mengujakan. Tanpa bakat dan pengalaman dialam persekolahan, penyertaan pertama sangat bermakna. Alhamdulillah, kedudukan pasukan ditempat kesepuluh dan kedudukan individu ditempat keempat(walaupun tak relevan disebut) sedikit sebanyak menaikkan kobar semangat sebagai pendebat universiti.

Kali Kedua menyertai : Tahun 2007

Tetap bersama Halimatul, diganti oleh Fazuan (mantan Presiden Debat) dan Faiz (simpanan), usaha dan percubaan kali kedua menampakkkan hasil apabila layak keperingkat separuh akhir. Separuh akhir tewas ditangan UPM (pasukan Shamsul pada ketika itu).

Kali Ketiga menyertai : Tahun 2008

Gandingan serba baru, bersama INRA dan Nadia (juga Diva) dan simpanan Ihya, peningkatan dari satu tangga ketempat ketiga sedikit menggembirakan dan mengujakan, ditambah lagi dengan kedudukan tempat ke3 keseluruhan individu.

Sepanjang menyertai debat Terbuka ASTA UM, banyak pengalaman dan kenangan tersimpan. Walaupun ASTA adalah debat asas (anggapan semua diva) namun dari asas ini kita boleh berkembang. Sejujurnya, penyertaan Debat ASTA dan Royal merupakan penyertaan wajibku sepanjang tiga tahun penyertaan. Debat paling asas dan debat paling agung. Lain-lain debat arena IPT jarang-jarang sekali meyertai.

Dan menjelang ASTA 2009, ucapan khas buat semua yang menyertainya, semoga maju jaya, dan jadikan ASTA sebagai satu titik permulaan untuk kejayaan masa hadapan. InsyaALLAH.

Praktikum

Salam sejahtera semuanya.

Bermula 12 Januarai 2009 bermulanya praktikum terakhir bagi menamatkan pengajianku di UPSI.

SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Setapak, Kuala Lumpur lokasi sekolah untuk praktikumku selama 4 bulan.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar, 2 minggu yang pertama sudah berlalu.

Lagi cerita, nantikan selanjutnya..

-Cikgu Hairul-