Sunday, September 27, 2009

Hari Raya Tempoh Hari

Alhamdulillah selamat sudah menyambut aidilfitri dikampung halaman di Rawang dan Klang Selangor.

Pagi Hari Raya

Bermaaf-maafan dengan ayahda di pagi raya. Tak tahannya ambil gambar sungguh-sungguh.Ikhlaske?.hahaha

Amalan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan menjadi amalaan wajib setiap ahli keluarga. Sebagai anak bongsu dalam ahli keluarga biasanya akulah orang yang pertama memohon keampunan dari ayah tercinta Hj Lokman Hj Yusof.

Memberi Duit Raya

Sedang memberi duit raya dengan anak buah aku, Aishah..

Buat pertama kalinya pada tahun ini, memberi duit raya harus aku lakukan. Memandangkan kini bukan lagi bergelar mahasiswa dan sudah bekerja maka aku juga perlu memberi duit raya. Walaupun sedikit, namun asalkan ada memberi untuk anak-anak buah ok lahtukan. Bersedekah di bulan Syawal.Kalu dahulu aku boleh dapat duit raya dari adik beradik sehingga mencecah RM600 kini seposenpun takdapat.Putaran hidup..heheh..

Bergambar Bersama Ahli Keluarga

Koleksi gambar Hari Raya bersama keluarga 2009. Diambikl sebelum pergi beraya.

Sebagai memori raya, gambar diambil untuk kenangn raya tahunni.Raya hari pertama tahunni tidak ramai adik beradik pulang kerana mereka kerumha mertua. Jadi tidak ramai ada didalam gambarni.

Menziarahi Pusara Bonda

Kakaku sedang menabur daun pandan di pusara bonda.

Seperti tahun-tahun sbeelumnya, kunjungan ke pusara bonda selepas selesai solat sunat Hari Raya menjadi satu kemestian buat semua hali keluarga. Bonda Allahyarhamah Hjh Saenah Hj Sahdan kembali kerahmatullah pada 21Ramadahan 2001 (9 tahun sudah).

Berkunjung Ke Kampung

Semangat berhari raya.hahah

Di kawasan rumah di Kg. Sg. Buaya.

Selesai menziarahi bonda, aku dan seluruh ahli keluarga menuju ke kampung Sungai Buaya, tempat kelahiranku. Kami menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga. Kampungni masih lagi cantik. Disinilah pendidikan awal aku dan disini jualah tempat ku lahir dan membesar.

Hari Raya dan Kesedihan

Walaupun hari raya disambut meriah namun hari raya ke3 sahabat semenjak dari sekolah rendah Allahyarham Zulkifli Misdi kembali kerahmatullah apabila beliau terbabas semasa menunggang motorsikal selepas pulang dari rumah terbuka sahabtku juga Faizal di Kampung.. Alfatihah buat arwah.

Berjumpa Lagi Ramadhan dan Syawal 1431 H


Syawal tahunni diraikan dengan penuh gembira apatah lagi telah bergelar graduan dan sudah bekerja. Mungkin tahunni raya berseorangan tahun depan berdua?..mana tahu?..sama-sama doakan.

Tuesday, September 15, 2009

Jemputan Alumni SMK Kuala Kubu Bharu.


Buat semua rakan-rakan alumni SMK Kuala Kubu Bharu
satu majlis hi-tea akan diadakan di Regency Hotel, Kuala Lumpur
pada 17 Oktober 2009 jam 1.30 - 5.30 petang.
Bayaran dikenakan sebanyak RM70.00
(sebahagiannnya akan disalurkan kepada tabung alumni)

Untuk makluman dan pertanyaaan boleh berhubung dengan :

En. Nor Adabi Rosdi - 019-3033501

En. Fateh - 013-3433370

Bersama memeriahkannya.

Monday, September 14, 2009

Sunday, September 13, 2009

Selipar tu berkunci..

Salam 24 Ramadhan 1430 H. Tinggal 6 hari umat Islam meraikan Syawal.
Minggu lailatul qadar untuk umat2nya.
Entri bertajuk "SELIPAR BERKUNCI"
emm semua macam pelikje dengan tajuk ni.
Bukan apa
tadi sempat aku menjelajah beberapa blog sahabat dan
entah bagaimana aku terjumpa gambar ini

Tara....
*
*
*
****
*
*
**
***
*****
Lihat selipar diatas dikunci bukan? melihat foto ini lantas mengimbas
kembali kenanganku semasa di Asrama dahulu.
Dulu di asrama selipar selalu di 'SAGON"(istilah kena curi).
Boleh katakan hampir setiap bulan (nipun lamalah) selipar hilang dan hilang.
Dengan berbekalkan idea ala-ala bodoh plus geram asyik hilang memanjang, akupun terfikir untuk mengunci selipar.. haha bukan almari dan rak bukuje berkunci kini
SELIPAR BERKUNCI
.

Alhamdulillah.....
selepas itu memang seliparku tak hilang lagi.
Yerla takkan dorang nak pakai jugakkan dengan mangga kunci yang berattur..

Memori asrama kekal abadi. Manakan dilupa hingga kehari ini.

Friday, September 11, 2009

Dengar Ceritanya...

.
.
.


Dengar cerita ada seorang member EX KHAR yang mantap lagi HEBAT itu
mahu membeli sebuah kereta baru PROTON SAGA SE.
Siapa gerangan?
orangnya
hebat
memiliki kekuasaan
di KHAR
suatu ketika dahulu

satu permintaan ; nanti dah beli jangan lupa bawa jalan-jalan g makan2.

p/s : orangnya suka jalan makan-makan.

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan di Putrajaya

Buat pertama kalinya aku puasa di Putrajaya setelah bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia sejak Jun 2009 yang lalu.
Apa yang istimewa atau kelainananya ?

Pertama di Putrajaya ada Masjid yang gah sangat. Ada dua masjid, Masjid Putra(yang sangat fofular selalu orang buat gambar kad raya) dan Masjid Sultan Mizan (atau fofular disebut masjid besi).



Masjid Sultan Tunku Mizan mula digunakan pada malam 1 Ramadhan untuk terawih.Masjid ini dibina berasaskan keluli (sebabtu dipanggil masjid besi).


Wah memang besar dan menarik. Jemaah memang ramai, tapi tak dapat aku agak jumlahnya. Bacaan Imam Terawih jemputan dari Syria malam itu sungguh sedap. Tidak terasa penat atau tidak selesa walaupun 20 rekaat. Sistem siarayanya jelas. Walaupun takde aircond atau kipas namun takdelah panas sangat. Mungkin air tasik dan kolam sekitar masjid tersebut mendinginkan ruang utama solat yang seperti takde dinding.





Since namanya masjid besi dan dikatakan menggunakan 70 strukturny a daripada besi keluli, aku serta ramai lagi kelihatan asyik mengetuk-ngetuk tiang or dinding. Mungkin sama keinginan dengan ku untuk pastikan betol ke besi. Tapi sebenarny a tidak nampak sangat atau terasa besinya. Mungkin struktur dalaman atau binaan sebelah atas yang tidak terketok oleh tangan.


Kedua, Bazaar Ramadhan di Presint 2 yang sangat - sangat besar mengalahkan bazaar di Bangi dan Serdangtuh. Singkatan PARAM (untuk Pasar Ramadhan sangat sesuei di sebut andai mahu pergi).




Apakah ini yang dikatakan kemeriahan Ramadhan bagi Umat Melayu ? Satu-satunya Bazar Ramadhan Putrajaya berada di tapak yang sama dengan Pasar Malam Putrajaya. Fuh !! Bersesak macam pesta membeli belah nampaknya. Ramainya tidak macam pasar malam biasa. Walaupun terdapat pelbagai juadah dijual, namun aku tidak kisah sangat hal juadah berbuka.






Tetapi yang aku kira menariknya di Bazar ini ialah terdapat banyak gerai yang pembelinya siap beratur panjang untuk mendapatkan giliran membeli / mendapatkan juadah yang dikehendaki. Bagus dan berdisiplin rakyat 1Malaysia ... Tapi nampaknya macam kat gerai jual ikan bakar dan ayam panggang sahaja. Sama ada memang itu yang favorite atau memang masakan gerai tersebut sedap. Sebabnya ada juga gerai lain jual yang sedemikian, tetapi tak ada orang beratur pun ..



Sunday, September 6, 2009

Dulu..


Pusing-pusing di Kampus UPSI terserempak dengan kain rentang Kelab Penyayang UPSI.





Teringat seketika dengan Kelab yang banyak memberikan seribu satu kenangan di kampus..

mengimbau


mengimbau


mengimbau


kenangan

Antaranya ada yang istimewa


Yang mana satu antara dua ini? istimewa kedua-duanya.

Satu daripada kereta diatas adalah milikku. Namun bukan itu menjadi tujuan penulisan entri ini. Aku gemar memakir kenderaan disini. Kerana apa?



Pertama - kereta yang satu itu (bukan milikku) amat kuminati suatu ketika dahulu


Kedua - Orang yang memandunya jua mungkin seseorang istimewa bagiku.

Tinggalkan satu teka teki untuk semua... (ala-ala penggulungan pidato)

2 Hari Di Tg. Malim

Cuti 2 hari lepas aku ke UPSI Tanjung Malim untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan lama. Puas dapat berjumpa dan melepaskan rindu pada
kolej KHAR dan UPSI.




Perjalanan Ke Tg. malim.


Hari sabtu aku g ke pasar Tanjung Malim, membeli juadah berbuka puasa bersama muz dan zack. Banyak juada yang dibeli sehingga tak terhabis dibuatnya.





wah kakak yang jual makanan ni tekun dan khusysuk.



Banyaknya gerai yang menjual juadah berbuka puasa.


Hari ahad pagi aku pergi Bitara Siswa UPSI. Ada sekumpulan mahasisiwi Pengajian Malaysia Semester 1 mahu menemurah tokoh mahasiswa katanya. Aku ni tokoh mahasiswake?






Ketika sesi temubual dan sesi bergambar dengan Mahasisiwi Pengajian Malaysia.


Selesai temuramah (2 jam) aku bergegas pulang ke Rawang untuk majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan lama sekolah rendah dahulu (SK Kg Sg Buaya, Rawang). Punyalah lama tidak berjumpa. memang seronok dapat berjumpa dengan kalian semua.





Bersama rakan-rakan dimajlis berbuka puasa tersebut. Meriahnya.

Cuma Lawak Santai

LAWAK 1


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi


LAWAK 2


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".


LAWAK 3



Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."�

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�

"Kan kitaorang pemain simpanan!"�


LAWAK 4



Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.
Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? "Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! "Lidah ayam bakar??

Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa? Lelaki itu menjawap "Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari datang 'bontot" ayam!" jawab pelayan tersebut dengan selamba.

Wednesday, September 2, 2009

Semalam di Alamanda

Balik kerja, tiada apa-apa nak buat so mengusha-usha sale yang banyak..
Kalau ada duit soronoklahkan..





Tengoklah sale sampai 70%..hambikkau..
padahal masih mahal lagi...



Sebenarnya hajat hati nak mengusaha harga HP nih..(teridam-idamje)

Samsung idaman hatiku

Kemudian sempat berbuka di Rasamas.

Sibuknyakan..

Makan dan makan..

Tuesday, September 1, 2009

Kesempatan Cuti Merdeka..


Huhu kesempatan bercuti 3 hari memang tidak aku lepaskan. Petang jumaat terus aku bergegas ke untuk pulang kekampung.


Tapi pada hari jumaat tu aku singgah kerumah kakak aku dahulu untuk berbuka di Klang sebelum esok paginya pulang ke Rawang. Hari sabtu pagi aku pergi Wangsa Maju rumah lama untuk mengambil barang-barang yang aku tinggalkan dulu, petangnya aku juz stay at home penatlah katanya.

Hari Ahad aku bawa kakak aku ke Jalan TAR KL untuk shopping baju raya aku dan anak-anak dia. Sempatlah membeli belah satu persalinan raya.
Bawa anak buah bershoping..suka dorang(Azim dan Daus)

Azim dan Kimi. Nak beli baju raya ekk?..

Gigihnya kakak aku ni 'bershoping'.

Banyaknya kuih raya. Melambak-lambak dekat Jalan TAR tu..Pilihje.

Taraa... Baju dan seliparku untuk Syawal nanti.

Petangnya adik beradik aku dari Klang dan rawang datang untuk berbuka puasa secara berjemaah. Banyak menu yang dihidangkan.

Anak-anak buah aku bermain dulu sementara tunggu waktu berbuka..punyalah dorangni bising.


Wah...banyaknya menu...ada laginih.

Hari Isnin masa untuk berehat semula. Tiada aktiviti menarik yang aku lakukan. Selesai Solat tarawikh aku pulang ke Putrajaya, tapi sebelumtu singgah di UPM untuk hantar anak buah aku.

Hari isnin masuk kerja semula..Buhsannnya..Cuti ohhh cuti bila lah lagi...


Haha kerja lagi...bilalah nak cutikan?