Saturday, March 20, 2010

Selamat Pengantin Baru.

20 Mac 2010 saya dipenuhi dengan 3 undangan perkahwinan sahabat handai semasa di bangku sekolah menengah dan universiti dulu. Saya ditemani oleh rakan seasrama dahulu Nor Shila. Mujurlah 3 majlis serentak ini berdekatan jaraknya antara satu rumah dengan rumah yang lain iaitu sekitar Kuala Kubu Bharu sahaja.
.
Kunjungan pertama ke rumah Nor Fadilah Bt. Amin di Taman Ampang Pecah. Norfadilah merupakan graduan dari UPM dalam jurusan Pendidikan. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di SMK Bukit Sentosa 2. Jam 12.30 tengah hari tiba dirumah beliau. Fadilah bertemu jodoh dengan rakan sekuliahnya dahulu , berasal dari Johor.

Bergambar bersama Fadilah Amin. Waktu tiba dirumah beliau, majlis persandingan belum lagi dilangsungkan.
.
.
Jam 1.10 tengah hari kami bergerak pula kerumah rakan kedua iaitu Nor Masni Bt. Khalid di Kampung Rasa Tambahan. Ketika tiba dirumah beliau, saya bertemu beberapa rakan lama dahulu antyaranya Nuzul Shahidi, Nor Falahan bersama tunang, Hafiza, Fadilah Ahmat juga bersama tunang dan Yana. Masni bertemu jodoh dengan Asmawi yang juga rakan sekolah dahulu.
.
Bertamakan warna oren. Pengapit pengantin perempuan ialah Yana yang juga rakan semasa disekolah dahulu.
.
.
Kunjungan terakhir ialah kerumah Siti Izuwani dan Omar Al-Khattab. Sebenarnya minggu lepas, saya telah hadir ke majlis perkahwinan mereka di sebelah perempuan. Namun kerana ingin membawa Shila, maka hari ini sekali lagi saya berkunjung pula kerumah pengantin lelaki di Taman Keruing, Rasa.
.
Perkahwinan beliau memang meriah. Kain rentang yang dipasang telah memberikan gambaran tentang majlis yang dihadiri. Cenderamata yang diberikan ialah sebotol minyak wangi inspirasi Dunhill Disire umpama botol berjenama One Drop dan dibungkus dengan bekas bakul.
.
.
Tahniah diucapkan buat ketiga-tiga mereka. Ucapan semoga perkahwinan dan ikatan yang dibina berkekalan sehingga keanak cucu khendaknya.
.
.

P/s : semua tertantanya, saya bila lagi?.











Thursday, March 18, 2010

Cuba Menggunakan Bahasa Melayu Yang Sempurna

Assalamualaikum.

Mengagungkan bahasa sendiri.
Benarlah sendi itu pada bahasanya, bahasa perlu didaulatkan demi mengagungkan sendi yang telah bertaut sekian lama.

Dalam penulisan blog selepas ini, saya akan cuba mengaplikasikan bahasa yang cantik tatabahasanya, tersusun gramatisnya serta memiliki wacana dan frasa yang sempurna. Walaupun saya bukanlah major dalam Bahasa mahupun sastera, namun mengepalai beratus-ratus anak-anak murid dalam subjek Bahasa memerlukan pengemudinya mengaplikasikan setiap nukilannya demi bertatih ke arah yang sempurna.

Daulatkan bahasa kebangsaan.