Tuesday, July 6, 2010

2 Hari di Tawau, Sabah.


Alhamdulillah baru pulang dari Tawau Sabah. Sebenarnya perancangan ke sana telah lama dibuat semenjak bulan Januari lagi. Saya bertolak ke Tawau pada 3 Julai jam 7.20 pagi dan tiba pada jam 10.05 pagi. Tiba di sana saya di sambut oleh sahabat universiti dahulu, Habibi Alimuddin dan sepupunya . Di Tawau saya menginap di rumah beliau dan bergerak menggunakan kenderaannya juga.




Pada hari pertama saya melawat sekitar Bandar Tawau. Besar jua Bandar Tawau ini. Suasananya tidak ubah persis di Semenanjung sahaja. Kesesakan di Tawau jua sama seperti di Kuala Lumpur. Disamping melawat Bandar Tawau saya juga sempat mengunjungi pusat motokar kenderaan perlumbaan. Kebetulan Habibui turut menyertai pasukan lumba kereta laju ini.


Hari kedua saya berkesempatan untuk singgah di Pasar Tamu yang menjual pelbagai produk dan barangan yang sangat mengujakan. Ada yang menjual ayam hidup, burung, kucing dan anjing. Bayangkang semua jenis jualan ada dijual di Pasar Tamu Tawau. Air yang dijual pula berharga RM0.50 sahaja. Muarahkan?. Kebetulan disana juga dianjurkan Pesta Komputer di Dewan Utama Tawau, saya sempat membeli beberapa kelengkapan komputer. Kenapa saya membelinya di Tawau? kerana harga disini jauh lebih murah dari Kuala Lumpur. benar, saya tidak tipu.


Saya seterusnya singgah di Tawau Square (sebenarnya saya lupa nama pasar raya yang baru dibuka ini). Disini saya melihat perabot-perabot dan kasut dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya harga sepasang kasut Bonia yang saya beli ialah RM225 dan potongan 50% diberikan. Berbanding di Kuala Lumpur harganya jauh lebih murah. Saya membeli dua pasang kasut satu berwarna hitam dan satu berwarna coklat.


Usai ke Tawau Square saya singgah ke Arked Tawau yang banyak menjual mutiara. Disini saya membeli butang dan gelang tangan mutiara yang harganya jauh lebih murah berbanding di Pasar Filipina Kota Kinabalu. Jika ke Sabah perjalanan tidak menjadi sah seandainya kita tidak membeli keropok amplang yang dihasilkan dari campuran ramuan ikan.

Jam 5.00 petang saya menuju ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang. Penerbangan saya pada jam 6.20 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jam 9.30 malam.

Dubbing Suara

Jumaat 25 Jun 2010, saya di jemput Oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor untuk merakamkan suara (dubbing) bagi penghasilan video khas sempena persaraan Pegawai Pelajaran daerah Hulu Selangor. Ini merupakan pengalamn pertama saya, dan proses yang dilakukan bukannya mudah, malah berkali-kali dilakukan bagi mendapatkan suara yang terbaik. Satu pengalaman baru dalam kehidupan.