Sunday, September 6, 2009

2 Hari Di Tg. Malim

Cuti 2 hari lepas aku ke UPSI Tanjung Malim untuk berbuka puasa dengan rakan-rakan lama. Puas dapat berjumpa dan melepaskan rindu pada
kolej KHAR dan UPSI.




Perjalanan Ke Tg. malim.


Hari sabtu aku g ke pasar Tanjung Malim, membeli juadah berbuka puasa bersama muz dan zack. Banyak juada yang dibeli sehingga tak terhabis dibuatnya.





wah kakak yang jual makanan ni tekun dan khusysuk.



Banyaknya gerai yang menjual juadah berbuka puasa.


Hari ahad pagi aku pergi Bitara Siswa UPSI. Ada sekumpulan mahasisiwi Pengajian Malaysia Semester 1 mahu menemurah tokoh mahasiswa katanya. Aku ni tokoh mahasiswake?






Ketika sesi temubual dan sesi bergambar dengan Mahasisiwi Pengajian Malaysia.


Selesai temuramah (2 jam) aku bergegas pulang ke Rawang untuk majlis berbuka puasa dengan rakan-rakan lama sekolah rendah dahulu (SK Kg Sg Buaya, Rawang). Punyalah lama tidak berjumpa. memang seronok dapat berjumpa dengan kalian semua.





Bersama rakan-rakan dimajlis berbuka puasa tersebut. Meriahnya.

Cuma Lawak Santai

LAWAK 1


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi


LAWAK 2


* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"

Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".


LAWAK 3



Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."�

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�

"Kan kitaorang pemain simpanan!"�


LAWAK 4



Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis "SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.
Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan.

Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepada pelayan tersebut "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini? "Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga! "Lidah ayam bakar??

Lelaki itu terkejut seraya berkata ! Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan? Saya tidak akan sesekali makan apapun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa? Lelaki itu menjawap "Bawakan saya telur rebus!" jawab lelaki tersebut. "Itukan dari datang 'bontot" ayam!" jawab pelayan tersebut dengan selamba.

Wednesday, September 2, 2009

Semalam di Alamanda

Balik kerja, tiada apa-apa nak buat so mengusha-usha sale yang banyak..
Kalau ada duit soronoklahkan..





Tengoklah sale sampai 70%..hambikkau..
padahal masih mahal lagi...



Sebenarnya hajat hati nak mengusaha harga HP nih..(teridam-idamje)

Samsung idaman hatiku

Kemudian sempat berbuka di Rasamas.

Sibuknyakan..

Makan dan makan..

Tuesday, September 1, 2009

Kesempatan Cuti Merdeka..


Huhu kesempatan bercuti 3 hari memang tidak aku lepaskan. Petang jumaat terus aku bergegas ke untuk pulang kekampung.


Tapi pada hari jumaat tu aku singgah kerumah kakak aku dahulu untuk berbuka di Klang sebelum esok paginya pulang ke Rawang. Hari sabtu pagi aku pergi Wangsa Maju rumah lama untuk mengambil barang-barang yang aku tinggalkan dulu, petangnya aku juz stay at home penatlah katanya.

Hari Ahad aku bawa kakak aku ke Jalan TAR KL untuk shopping baju raya aku dan anak-anak dia. Sempatlah membeli belah satu persalinan raya.
Bawa anak buah bershoping..suka dorang(Azim dan Daus)

Azim dan Kimi. Nak beli baju raya ekk?..

Gigihnya kakak aku ni 'bershoping'.

Banyaknya kuih raya. Melambak-lambak dekat Jalan TAR tu..Pilihje.

Taraa... Baju dan seliparku untuk Syawal nanti.

Petangnya adik beradik aku dari Klang dan rawang datang untuk berbuka puasa secara berjemaah. Banyak menu yang dihidangkan.

Anak-anak buah aku bermain dulu sementara tunggu waktu berbuka..punyalah dorangni bising.


Wah...banyaknya menu...ada laginih.

Hari Isnin masa untuk berehat semula. Tiada aktiviti menarik yang aku lakukan. Selesai Solat tarawikh aku pulang ke Putrajaya, tapi sebelumtu singgah di UPM untuk hantar anak buah aku.

Hari isnin masuk kerja semula..Buhsannnya..Cuti ohhh cuti bila lah lagi...


Haha kerja lagi...bilalah nak cutikan?

Koleksi Tali Leher

Tentu semua orang mempunyai tali leher(bagi yang menggunaknnya). Tali leher merupakan pelengkap kepada gaya dan fesyen seseorang. Pelbagai corak,warna dan jenama terdapat dipasaran. Dengan niat merajinkan diri mengisi masa rehat (bulan puasa duk dalam bilikje) maka diciptakan entry tentang koleksi tie terkini.


Tara.. Inilah koleksi tie aku..ni baru sebahagian sahaja..banyak lagi

1- Tie bewarna biru belang ini diberikan oleh anak saudaraku "Y" sempena hadiah konvokesyen lalu. Tie berjenama SUAVE ni merupakan kegemaranku.


2. Tie bewarna hitam ini aku beli sendiri di Jusco Wangsa Maju. Tak lah mahal. Kebtulan ada less. Tie ini berjenama Polo.


3. Tie seterusnya ini agak klise juga dengan beberapa tie bewarna biru lain. Tie ini pemberian abang aku Hairi sempena Konvokesyen. Berjenama Life Style.


4. Tie ini pula aku beli di Carefour Wangsa Maju. Tie ni adalah tie paling murah yang pernah aku beli. Berharga RM9.90 dan tidak berjenama.


5. Tie ini dibeli secara bundle semasa konvokesyen UPSI ke9 dahulu. Tie ini berjenama Keith Valler.


6. Tie ini dihadiahkan oleh Guru-guru di SMKWM2 semasa praktikum. Tie yang agak mahal. Berjenama John Master.


7. Tie ini dibeli di Alamanda. Berjenama Suave.


8. Tie ini pula adalah pemberian Sahabat baik, NorHelmi. Tie ini berjenama Qiubite.


9. Tie berwarna pink ini baru sahaja diperolehi dari sahabat yang istimewa, berjenama Padini.

10. Tie terakhir ini dibeli di Mid Valley. Berjenama Guiny.

Penyampai Ikon RTM



Semasa bulan Julai lalu aku memang beria-ia benar mahu menghadiri uji bakat pengacara RTM. Tapi aku rasakan akuni tak cukup pakej(macam-macamlah kurangnya).. Tup-tup sekarang dah keudara bermula 22 Ogos lalu Penyampai IKON RTM. Tak silap ada 16 Finalis kesemuanya.

Apa yang lebih memotifnya, hari ahad lepas dapat SMS dari temanku Syazwan, ujarnya :

“Faiezi kau masuki Penyampai Ikon ke yang kat RTM tuh?”

Akupun balas mesej beliau

“weh manada, ujibakatpun tak pergi”

Balasannya :

“habistu siapa Khairul Faizituh?”

Ha??????? Terkezutlah aku…

Rupa-rupanya sama nama dah…Cuma bin ayah je lain..nama pesertatu Khairul Faizi Dalail. Nama aku Hairul Faiezi Lokman. Bunyije sama ejaan dan ayah lain. Cuma susah nak cari nama aku ni..tup-tup nama dia ada…

Jujur aku katakana manalah tau, aku memang berhasrat besar suatu hari nanti untuk menjadi pegacara sebuah rancangan..Man tahukan….??????...

Ok, selamat menjalani ibadah puAsa..

Wednesday, August 26, 2009

Satu Pengajaran


Kenapalah masyarakat heboh sangat pasal Kartika Sari Dewi nih..
Memanglah dia nak kena sebat dan rela pulak tuh (mesti ada motip).

Biarlah kartika ni jalani hukumnih..
Baca paper harini, Mufti Perak ckp sepatutnya 80 sebatan lagi..

So yang semua busy2 cite minta dia buat rayuanlah itulah inilah kenapa..

Persoalannya popular sangat ke dia nih..?

Di KPM...

Memandangkan Ramadhan nih, agak rajin aku meng'update' blog, so akupun nak tunjukkan beberapa gambar dan program sepanjang di KPM.

Di bawahni ada beberapa gambar sepanjang Perhimpunan Bulanan BPSM. Aku menjadi pengacara bersama Cik Suhada waktutuh.

Cik Suada (PTD-M41) yang vogue ex debater UiTM dulu menjadi teman Mc.

Barisan Pegawai yang berbaju biru semuanya-tema Perhimpunan Bulanan

Persembahan dari Cawangan PML,KPM. Hebat juga dorang nih.

Ketua Setiusaha KPM Dato'Kamaruzzaman dan VIP lain
Ramainya yang datang. Wajiblah assembly sebulan sekali.

Semoga Berbahagia Ke Anak Cucu

Maafla lewat nak ucap selamat pengantin baru buat kakak kesayangan Sarahfidah dan Abang Yazan juga buat En. Atiullah dan Nurul Adha (Classmate).

Perkhawinan Sarahfidah dan Saiful Yazan - Dewan Perdana UNI KL,
Teras Jernang Bangi.




Perkahwinan Adha dan En. Atiullah, Kg. Lindungan, Petaling Jaya.