Saturday, May 24, 2008

Isu-Isu Terkini_ Percaya ataupun tidak...ianya ( lihat di akhir perenggan entri ini)

Sudah lama rasanya tidak menukilkan sebarang entri berkaitan isu-isu semasa negara yang harus di ketahui bersama demi kelestarian (jika tidak salah penggunaaan kata) masyarakat yang proaktif,optimis serta intelek pada kaca mata pemikiran insan biasa. Beberapa isu seperti :



Isu Dakwat Hitam ( Suruhanjaya Pilihan Raya )

Isu besar semasa PRU 12 lalu sudah tentulah isu berkaitan pembatalan penggunaan dakwat. Terjahan dan kritikan dilemparkan kepada Tan Sri Abd Rashid selaku pengerusi SPR sehingga kediamannya yang tersergam indah dilemperkan cat berwarna merah oleh "manusia" yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu. Rasional mereka katanya "berkisar pada soal keselamatan dan maklumat daripada pihak polis kononnya ada pihak yang membawa masuk dakwat hitam kekal untuk mensabotaj pilihan raya". Jawapan yang cukup mudah dibidas oleh mana-mana masyarakat di Malaysia. Namun ini bukanlah isunya (kerana telah 3 bulan berlalu), baru-baru ini, dek rasa mahu menegakkan bahawa dirinya benar dan seolah-olah menjadi mangasa (merujuk pengerusi SPR) beliau mendedahkan bahawa kerajaan sendiri yang meminta SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam kekal dan pihak SPR, yang kita semua tahu bukan bebas, terpaksa akur dengan arahan itu. Lemparan kata-kata ini kemudiannya disambut oleh Perdana Menteri yang menyatakan Kabinet hanya memberi "cadangan" kepada SPR supaya tidak menggunakan dakwat hitam kekal pada pilihan raya berkenaan. Amat mudah bagi Pak Lah untuk membuat penafian dan memberi alasan yang cukup lemah. Sebenarnya, sama ada cadangan atau pandangan, jika ia datangnya dari Kabinet, maka ia dilihat atau diterima sebagi satu arahan lebih-lebih lagi oleh mana-mana institusi yang berkaitan kerajaan. Pegawai kerajaan pasti tidak berani menentang "cadangan" Kabinet? Oleh itu, alasan Pak Lah amat cetek dan tidak dapat diterima. Ia membuktikan betapa tidak telusnya kepimpinan Pak Lah dan ia juga memberi satu lagi bukti bahawa SPR bukanlah sebuah badan bebas seperti yang didakwa oleh kerajaan.

DR. Mahathir Keluar UMNO (elok ditulis gelaran ikhtisasnya sahaja)

Bukan satu Malaysia malah satu dunia telah mengetahui isu DR.M ini. Setelah menjadi ahli UMNO selama 22 tahun, beliau telah membuat keputusan untuk keluar parti atas dasar masalah kepimpinan UMNO sekarang. Orang "besar" pertama yang melanjutkan hasratnya ialah pengikut setianya " Tan Sri Sanusi Junid". Berfikir pada kaca mata seorang siswa yang tidak berlatarbelakangnya dunia pensejarahan, saya berfikir bahawa tindakan DR.M ini secara kasarnya menuntut pada hak, jika mahu saya tersukan jika saya tak mahu cukup setakat ini. Ikut pada gerak hati. Namun jika ditelusuri pada siratnya, bukankah Paklah (maaf beliau tidak memiliki sebarang gelaran iktisas seperti DR.PROF etc., maka relevan penggunaan nama Paklah itu) dilantik oleh DR.M sendiri dan kini beliau sendiri tidak mempercayai pada orang pilihannnya. Agak basah terima tempias kerana telah meludah jatuh pula pada muka sendiri. Kebobrakan yang berlaku ini seterusnya boleh memecahbelahkan orang melayu di Malaysia. saya cuba berfikiran secara jauh, mungkin startegi DR.M ini mahu mengangkat semula UMNO pada kaca mata yang sebenar dan berhasrat menjenamakan semula "jenama" yang telah hilang selepas era sang "hadhari" itu. Mana yang benar?

Isu Royalti Minyak ( hai lokasi Monsun Cup - merujuk negeri dimaksudkan )

Saya agak kurang pasti apakah isu sebenar kerana belum membaca dan menganalisis isu ini lagi. Namun Sama ada ia dikatakan wang ehsan atau royalti minyak, isunya sama saja. Ia sudah berlarutan agak lama. Isu yang diperkatakan membabitkan pembayaran wang tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Semasa kerajaan PAS memerintah isu ini dinafikan miliknya. Selepas "tumbang" bergaya dalam PRU 11, BN menguasai semula Terengganu.. tatkala Idris menguasai tidak pula kedengan isu-isu royalti ini, namun pabila kabinet negeri kontroversi dengan frasa " nate" menguasai Terengganu, wujud pula pertikaian yang mahukan royalti..Ada semacam alur galur yang tak selari dalam kepimpinan sebelum dan selepasnya..yang pasti bukankan mereka dibawah payung yang sama, timbang ber'dacing' untuk menyeimbangnya, mana kemudi yang dibawa, mungkin monsun cup empunya ceritera.emmm entahla.

Hilangnya tempat memancing Kegemaran

Merujuk pada akhbar "kosmo" yang menukilkan rasa sedih dan dukacitanya masayarakat sekitar pantai selatan yang tidak dapat menanam hobi memnacing dan persinggahan bot-bot nelayan selepas Mahkamah "keadilan" Antarabangsa (ICJ) memutuskan dengan juri 12-2 (rasanya, hampir terlupa) bahawa ianya bukan milik kita..Siapalah Malaysia pada kaca mata mereka. Rasionalnya rapuh, ICJ mendakwa Pulau Batu Putih adalah Terra Naulis (pulau tidak bertuan) dan dikatakan manusia gagal membuktikan adanya kegiatan manusia disitu(motif sangat menang). Konklusinya begini, ICJ adalah di bawah PBB, PBB pula dibawah sang Veto USA, Singapura pula anak emas kepada USA. Jadi semua sudah tahu mana jawapannnya (namun ini adalah pendapat peribadi)

berbalik kepada tajuk entri ini, rumusan keseluruhan cerita dan kes yang dibawakan jelas semuanya berdasar,berumbikan serta bermotifkan POLITIK. Politik menjadi satu nadi yang meneyemarakkan seribu satu persoalan, pertikaian dan pertentangan.

Kemarau Masih Berpanjangan..Persoalannya sampai Bila?


Debat Perpaduan baru selesai melabuhkan tirainya pada 23 Mei 2008. Keputusannya UiTM berjaya mengekalkan kejuaran tahun lalu dengan menang bergaya 6-1 dengan menewaskan UIAM dengan usul " Perpaduan Kaum Jawapan Kepada Keselamatan Negara". Tahniah kepada yang menang. Berbalik kepada tajuk entri diatas, kemarau berpanjangan yang dimaksudkan ialah kekalahan dan kehampaan buat kesekian kalinya pasukan Debat UPSI dalam mana-mana pertandingan Debat IPT. Tewas secara "bergaya" dalam pertandingan Debat Perpaduan 2008 ini menjadikan satu rekod paling buruk sepanjang tempoh penglibatanku dalam dunia Debat IPT. Kekalahan pada pusingan saringan dengan UM,UKM dan UIAM menjadi penentu hasrat merealisasikan kemarauan berpanjangan ini. Rasanya bukan kalah pada skala yang bodoh kerana tewas dengan UM hanya margin 2.3 dan tewas pada UIAM hanya 2.56. Namun inilah adat yang rasanya telah acap kali dimengerti pada frasa fahaman pemikiran sendiri " adat bertanding ada yang menang dan kalah"..persoalnnnya berapa lama mahu menggunakan frasa ini lagi? Namun jauh disudut hatiku, walaupun Debat Perpaduan 2008 ini menjadi satu rekod terburuk dalam dunia penglibatan debat IPT, aku telah berjaya menjadi sang pembentuk konsep secara langsung bersama rakan-rakan debat lain (INRA,NADIA & KAM). Kalau mahu dibandingkan sewaktu mula-mula berdebat ( Debat Piala NC Kali Ke-4), mahu membina konseppun tidak tahu, apatahlagi mematahkan kes lawan. Semasa mahu bertolak dari UPSI ke UUM.
Pemandangan yang mendamaikan sepanjang perjalanan dari Lebuh Raya Utara Selatan.
Kamaruddin (Bugis Sabah) Hairul Faiezi (Banjar Semenanjung) Inra (Orang Sungai)
& Nadiah (Melayu Kelantan)

Bergambar selepas selesai saringan ke-6 dengan UNITEN
Malam Peertandingan AKhir Debat Perpaduan 2008

Kepada rakan pasukan pendebat:


Nadia

Tahniah diucapkan kerana telah menunjukkan potensi yang amat memberangsangkan. Percayalah Nadia mungkin belum ada rezeki kita lagi..InsyaAllah suatu hari nanti ( berbalik pada pertikaian persoalannya bila?) kita akan mencapai sesuatu kejayaan jika tidak besar cukuplah ianya menjadi ingatan. Tahniah kerana mendapat tempat ke-8 ranking keseluruhan pendebat. Rasa hiba tatkala usul Sistem pendidikan tewas..(Ketika ini kita telah tunjukkan persembahan yang cukup sempurna, namun rezeki tidak menyebelahi kita, tewas bergaya sekali lagi).

Inra

Pujian harus diberikan kerana peningkatan yang amat meberangsangkan dari sebelum ini (Royal 2007). Juga seperti Nadia, Inra mungkin belum masanya lagi pasukan kita berjaya...cuba dan cuba lagi..Tq kerana banyak berkorban dari segi wang,masa dan tenaga demi Debat perpaduan kali ini...Tq banyak..banyak...

Kamaruddin
Wah...pencapaian tatkala pertama kali muncul dalam debat IPT menerima pendebat terbaik bagi pusingan kedua..Tahniah kam....Pendebat muda yang baru dan berbakat besar..teruskan usaha,Jadikan debat Perpaduan ini sebagai satu titik mula kepada karier debat IPT selepas ini...InsyaAllah...

Kadir,Faani, Faiz dan Mini

Tq kat korang semua yang telah banyak menolong pasukan, khasnya dalam mencari bahan dipusat sumber,mencari literal (awal2 suadah siap), menjaga masa dan ejen hiburan tatkala tention..Tq korang...

Kadang-kadang aku pernah terfikir jua...jika tidak semasa zaman aku (ketika berdebat semasa tempoh pengajian lagi) untuk membawa sebarang piala, mungkin adik2 baru Orator UPSI akan menyambung perjuangan yang ":tidak pernah Selesai"...InsyALLAH... Jumpa lagi Debat Perpaduan 2009.

Saturday, May 17, 2008

mAKAN tak ingat, Berat Badan Pon Bertambah..Satu Musibah..Kesihatan PERLU DIJAGA

melihat kepada gambar diatas....
aku kelihatan semakin "sihat"....
risau-risau....
inilah dia kerana makan tak ingat dunia...
Sebab cuti yang panjang...
Gambar ini diambil semasa mahu menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan debat Perpaduan...
Haaa risaunya...

Kemarau Yang Berterusan..


Akhirnya impian untuk membawa pulang piala yang pernah kunjung di tanah air semasa era kebangkitan Rashid Sidek ini terpaksa di lupakan. Kemarau panjang yang dinantikan terus dengan kepanasannnya dan tidak tahu pula bila bakal berkunjung tiba..Tewas dengan Cina 3-2 memang cukup menghampakan..namun usaha telah dilakukan, mungkin rezeki belum sirna. satu formula baru perlu difikirkan..Cabaran Olimpik 2008 sudah tentu dinantikan..mampukah skuad badminton Malaysia ini maju kehadapan atau cabaran demi cabaran berakhir dengan kegagalan...Sebenarnya pasukan badminton malaysia antara kalangan jaguh handalan dunia...cuba dan cuba sedaya upaya...

Friday, May 16, 2008

Teacher, Sir, Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah...Semuanya sama

Semasa Pra Praktikum 1- Sekolah Rendah. (sebenarnya akan mengajar Ting.6 Sek Menengah)

Tanggal 16 Mei setiap tahun sudah tentu diingati oleh kita semua warganegara Malaysia kerana pada tarikh ini Hari Guru dilangsungkan disetiap sekolah (dan mungkin ada yang dilaksanakan lewat dari tarikh sebenar kerana kekangan atau masalah disekolah masing-maising)..Namun yang pastinya semua pelajar boleh manghafal dan mengingati bait-bait lagu "Kami Guru Malaysia" dengan lancar dan baik sekali.

Tanggal 7 Julai 2005 semasa minggu Orientasi UPSI, aku rasa terpana tatkala menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia"..ahhh..aku bakal seorang guru? berderau darah semasa menyanyikan lagu 'keramat' itue...

Kini 16 Mei 2008..lagi setahun akan bergelar guru sebenar..terasa bimbang dengan cabaran dan tanggung jawab yang bakal menerpa kelak..

Kepada semua guru-guru yang telah mendidik semenjak dari usia 5 tahun sehingga kini ucapan penghargaan diucapkan kepada kalian semua...Jasa dan pengorbanan kalian dalam memberi didikan kepada anak-anak bangsa akan diingati sampai bila-bila.

Jasamu di Kenang :

Tadika SK Kampung Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
SK Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
SK Agama Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)
SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
SMK Bestari Kuala Kubu Bharau, Selangor.
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Siapalah kita tanpa mereka, ajaran dan didikan akan dikenang dan disanjung sampai bila-bila..CURAHAN ILMU dibawa sampai keakhir hayat..membentuk generasi maju masyarakat bermatlamat..

"Terimakasih Cikgu"

Saturday, May 10, 2008

Dalam kenangan- Allahyarhamah Hajjah Saenah Bt. Haji Sahdan

Hairul Faiezi Lokman ketika berusia 2 tahun...

Saya mulakan entri ini dengan ungkapan Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Allahyarhamah bonda tercinta....
al-fatihah


Bergenang air mata dan kenangan lentera lama bersamamu bonda meniti kehidupan yang sempat bertahan selama 16 tahun disisiku..jasa dan pengorbanan bonda tiada tolok bandingnya bagiku...Memori yang tercipta bersamamu bonda akan terpatri dalam sanubariku...

Perginya bonda 21 Ramadhan ( 2001) menjelang seminggu aidilfitri tak dapat kutitipkan kata kesedihan dalam jiwa, kerana semuanya atas khendakNYa..Inilah realiti kehidupan..Pergi tak akan kembali..

Bonda tersayang,Sesungguhnya tiada kata yang dapat anakanda lafazkan. Tiada lukisan yang dapat dilakarkan dan tiada tulisan yang dapat dititipkan untuk melahirkan rasa penghargaan buatmu ibu, melainkan rasa kesyukuran setinggi-tingginya kerana dikurniakan ibu seperti mu. Sedar tidak sedar, kini usiaku menjangkau 2oan tahun. Tidak dapat kugambarkan betapa keperitan yang ibu rasakan ketika bertarung nyawa melahirkanku. Ibu berkorban segala jiwa dan raga demi melihat sinar hidup anakmu. Hanya Dia yang layak membalasnya.

Kekesalan merentap:

Bonda tidak dapat melihat semua kejayaan dan merasa segala pencapaian anakmu ini...Inginku membalas jasa-jasa bonda..namun apakan daya..hanya doa dan sedekah dari anakmu yang jahil ini sahajalah yang dapat diberikan..

Bonda,
Seketika aku terkenang firman Allah bermaksud: “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya hingga berpisah selama 30 bulan sehingga apabila dia dewasa dan umurnya menjangkaui 40 tahun, dia berdoa:

Ya Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan supaya aku beramal soleh yang Kau redai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang yang berserah diri."Firman-Nya lagi: "Mereka itulah orang yang kami terima daripada mereka amalan kebaikan yang mereka kerjakan dan Kami ampunkan kesalahan mereka bersama penghuni syurga sebagai janji benar yang telah dijanjikan kepada mereka." (Surah al-Ahqaf, ayat 15 hingga 16)Aku terharu.

Tanpa disedari, air bergenang di kelopak mataku. Betapa tingginya kedudukanmu di sisi Tuhan. Betapa mulianya tugasmu ibu hingga disebutkan dalam al-Quran. Betapa Dia menjanjikan keampunan dan syurga buat mereka yang mentaati ibu bapa. Dalam ayat lain pula, firman-Nya bermaksud: “Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menderita kelemahan atas kelemahan dan berpisah (melahirkan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu." (Surah Luqman, ayat 15)Nabi Muhammad SAW juga amat memuliakan diri insan bergelar ibu. Sabda Baginda bermaksud: “Telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah, lalu dia bertanya: Siapakah orang yang paling layak untuk aku berbuat baik? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Jawab Baginda: Bapamu.”(Muttafaqun 'alaih)Urwah, sahabat Rasulullah berkata: "Tunduklah kamu di hadapan ibu bapamu sebagaimana tunduknya seorang hamba abdi di hadapan tuannya."Kata Atha' bin Rabah: "Janganlah kamu mengangkat tangan apabila sedang bercakap dengan kedua-dua ibubapamu."

Imam Hassan al-Banna berkata: "Hendaklah si anak itu bercakap kepada orang tuanya: Wahai ibu! Wahai ayah! Dan jangan sesekali memanggil dengan menyebut nama mereka."

Apabila dikenang kembali waktu kecil, hatiku sering memberontak lantaran rasa kebebasan diri disekat. Tidak seperti orang lain yang mudah memperoleh apa saja yang diinginkan. Namun, kini aku sedari bahawa tindakanmu ibu, bukan untuk menyakiti diriku, bukan juga untuk mendera. Jauh sekali untuk membalas dendam terhadap apa yang pernah ibu rasakan.

Tindakan itu untuk mendidik diriku menjadi seorang insan yang bakal berjuang untuk agama, keluarga, bangsa dan negara. Terima kasih ibu, ayah.Namun ibu, aku berduka cita melihatkan fenomena dunia kini. Tamadun manusia semakin meningkat, kemajuan di sana sini, namun hakikatnya jiwa dan rohani mereka kian mundur. Demi mengejar kemajuan kebendaan dan mengagungkan nafsu menyesatkan, mereka sanggup mengetepikan arahan Tuhan.

Bukankah Dia Yang Maha Mulia memerintahkan agar sekalian manusia berlaku ihsan terhadap ibu bapanya yang bersusah payah melahir dan membesarkannya? Bukankah Dia memberi amaran keras terhadap mereka yang mengabaikan kedua-dua ibu bapanya? Lupakah mereka pada kisah Alqamah, sahabat Rasulullah yang menghadapi kesulitan untuk mengucap syahadah ketika ajal menjemput lantaran mengutamakan isteri melebihi ibunya?Apakah manusia tidak ingin mengambil iktibar terhadap kisah pemuda yang diselamatkan Allah daripada terperangkap dalam gua hanya kerana bakti dan pengorbanan terhadap kedua-dua orang tuanya? Adakah mereka sangka bahawa mereka dapat membalasnya dengan nilaian wang dan harta?

Duhai ibu, semoga Allah melindungi diriku daripada bersifat sebegitu.. Anakmu yang kerdil ini mendoakan agar ibu berada dalm keredhaan dan keberkatan yang abadi diSana..

Sempena hari ibu ini moga bakal ibu2 sekalian dikurniakan ketabahan seperti tabahnya Maryam, ibu Nabi Isa. Allah memilihnya untuk dipertanggungjawabkan dengan amanah sebagai seorang ibu, meskipun tanpa kehadiran suami. Begitu juga kepahitan yang dirasakan oleh bonda Rasulullah, Aminah binti Abdul Wahab ketika dibawa berita gembira mengandungkan Baginda, suami tercinta pula dipanggil mengadap Yang Esa. Ketabahan dan keutuhan peribadi mereka akhirnya melahirkan peribadi unggul, insan pilihan yang membawa manusia kepada Penciptanya.

Ibu tercinta, anakanda memohon keampunan atas segala kesalahan dan keterlanjuran yang dilakukan selama ini dalam sedar atau tidak. Ketahuilah ibu, sesungguhnya anakmu ini tidak ingin melukai hati suci ibu. Anakanda tidak ingin menjadi seorang anak derhaka. Ibu, anakanda akan berusaha menjadi seorang anak terbaik , contoh cemerlang buat keluarga. Harapan anakmu ini berjaya mencapai cita-cita, dan menjadi penyejuk hati kedua-dua ibu dan ayah. Sebelum berundur, dari jauh anakanda titipkan petikan kata-kata nasyid ini buat mu.Ibu...Bergenang air mataku.

Terbayang wajahmu yang redup sayuRestumu dan kasihmu kuharapkanKerana di situ letak syurgaku.Ibu...Kau ampunilah dosakuAndainya ku pernah menghiris hatimuKasihanilah Wahai Tuhan…Ibu yang telah melahirkan dirikuDengan kepayahan sewaktu kecilkuMoga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Anak mana yang tidak bersedih atas kehilangan Ibu?...

Yang pergi..tidak akan kembali...
Yang Hidup...teruskan berbakti...

Selamat Hari Ibu..


Detik itu..7,8,9 & 10 Mei 2008

Ahhh rasa tention sangat antara 7 , 8 ,9 dan 10 Mei ini.. Sebabnya :

7,8 dan 9 Mei

Exam aku berderet-deret tak henti sudahlah tu empat paper major dan minor..khasnya 9 Mei Jumaat. 2 paper sekaligus Sejarah Malaysia dan Consumer Educ..dahlah soalannnya susahhhhhhhhhhhhhhh giler... 6 jam menjawab soalan pagi dan petang...aduh risau sangat keputusan semester ini..

10 Mei
Pertandingan Pengisahan Kemerdekan..Motif sgt nak join walau buat latihan 2 jam je...yakinkan..yakin tak yakinlah akhirnya sampai peringkat Akhir 24 Mei ni...Alhamdulillah..

Kesimpulannnya, aku terlalu letih dalam tempoh masa dan waktu itu, aku hanya sempat tidur selama lebih kurang 6 jam..percaya atau tidak inilah rekod pertama dalam sepanjang hidup aku...

Thursday, May 8, 2008

YANG DATANG DAN PERGI SILIH BERGANTI..

Macam semacamjekan tajuk kat atas tuh...Sebenarnya harini aku baru selesai menduduki paper ke-4 bagi semester ini..dan semasa entri ini dibuat rakan ku , mohd shahrizat baru sahaja pulang ke kampung halaman sempena cuti semester panjang ini. Emm moodnya sudah tentulah sedih, tak ada orang nak kejut, tak ada kawan yang ajak lunch setiap hari dan sudah pastinya tak ada teman berbual.Dan semester depan mungkin sudah tidak serumah atau berjiran seapartmen lagi..beginilah realiti tinggal di kolej kediaman universiti. Setiap tahun bertukar ganti roomate dan hausemate..nak variasilah katanya..motif sgt kan..Emm tulah dia yang datang dan pergi silih berganti..Esok tinggal dua paper membunuh iaitu Sejarah Malaysia yang terlalu sostifikited dan spesifikasi pemarkahannnya kerana papaer ini ditanda oleh Dekan aku sendiri..Ybhg Prof Madya Dr. Adnan Nawang dan sebelah petangnya paper Consumer Education..yang ditanda pula oleh pensyarah dari uar negara Prof Dr. Stephen Bucher...

Sunday, May 4, 2008


Hoho..balik Kampung..

Haha saja buat tajuk mcm tuh..padahal bukan balik kampungpun.. sebabnya manada kampung balik perumahan adalh..tapi tak sesuai pulak buat tajuk ""hoho..balik perumahan"" (agak janggal frasa ini)..tak sabar rasanya nak masuk bilikku yang dah berbulan-bulan ku tinggalkan..juga melihat suasana air terjun serta ikan-ikan emas berenang (buatan tanganku) dan pusing-pusing berjumpa rakan-rakan yang lama telah aku tidak jumpa..

1) Khar - Selamat Tinggal 2) Halaman rumah mendamaikan 3) Kolam buatan sendiri 4) Ruang tamu tempat beristirehat