Saturday, May 24, 2008

Isu-Isu Terkini_ Percaya ataupun tidak...ianya ( lihat di akhir perenggan entri ini)

Sudah lama rasanya tidak menukilkan sebarang entri berkaitan isu-isu semasa negara yang harus di ketahui bersama demi kelestarian (jika tidak salah penggunaaan kata) masyarakat yang proaktif,optimis serta intelek pada kaca mata pemikiran insan biasa. Beberapa isu seperti :



Isu Dakwat Hitam ( Suruhanjaya Pilihan Raya )

Isu besar semasa PRU 12 lalu sudah tentulah isu berkaitan pembatalan penggunaan dakwat. Terjahan dan kritikan dilemparkan kepada Tan Sri Abd Rashid selaku pengerusi SPR sehingga kediamannya yang tersergam indah dilemperkan cat berwarna merah oleh "manusia" yang tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu. Rasional mereka katanya "berkisar pada soal keselamatan dan maklumat daripada pihak polis kononnya ada pihak yang membawa masuk dakwat hitam kekal untuk mensabotaj pilihan raya". Jawapan yang cukup mudah dibidas oleh mana-mana masyarakat di Malaysia. Namun ini bukanlah isunya (kerana telah 3 bulan berlalu), baru-baru ini, dek rasa mahu menegakkan bahawa dirinya benar dan seolah-olah menjadi mangasa (merujuk pengerusi SPR) beliau mendedahkan bahawa kerajaan sendiri yang meminta SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam kekal dan pihak SPR, yang kita semua tahu bukan bebas, terpaksa akur dengan arahan itu. Lemparan kata-kata ini kemudiannya disambut oleh Perdana Menteri yang menyatakan Kabinet hanya memberi "cadangan" kepada SPR supaya tidak menggunakan dakwat hitam kekal pada pilihan raya berkenaan. Amat mudah bagi Pak Lah untuk membuat penafian dan memberi alasan yang cukup lemah. Sebenarnya, sama ada cadangan atau pandangan, jika ia datangnya dari Kabinet, maka ia dilihat atau diterima sebagi satu arahan lebih-lebih lagi oleh mana-mana institusi yang berkaitan kerajaan. Pegawai kerajaan pasti tidak berani menentang "cadangan" Kabinet? Oleh itu, alasan Pak Lah amat cetek dan tidak dapat diterima. Ia membuktikan betapa tidak telusnya kepimpinan Pak Lah dan ia juga memberi satu lagi bukti bahawa SPR bukanlah sebuah badan bebas seperti yang didakwa oleh kerajaan.

DR. Mahathir Keluar UMNO (elok ditulis gelaran ikhtisasnya sahaja)

Bukan satu Malaysia malah satu dunia telah mengetahui isu DR.M ini. Setelah menjadi ahli UMNO selama 22 tahun, beliau telah membuat keputusan untuk keluar parti atas dasar masalah kepimpinan UMNO sekarang. Orang "besar" pertama yang melanjutkan hasratnya ialah pengikut setianya " Tan Sri Sanusi Junid". Berfikir pada kaca mata seorang siswa yang tidak berlatarbelakangnya dunia pensejarahan, saya berfikir bahawa tindakan DR.M ini secara kasarnya menuntut pada hak, jika mahu saya tersukan jika saya tak mahu cukup setakat ini. Ikut pada gerak hati. Namun jika ditelusuri pada siratnya, bukankah Paklah (maaf beliau tidak memiliki sebarang gelaran iktisas seperti DR.PROF etc., maka relevan penggunaan nama Paklah itu) dilantik oleh DR.M sendiri dan kini beliau sendiri tidak mempercayai pada orang pilihannnya. Agak basah terima tempias kerana telah meludah jatuh pula pada muka sendiri. Kebobrakan yang berlaku ini seterusnya boleh memecahbelahkan orang melayu di Malaysia. saya cuba berfikiran secara jauh, mungkin startegi DR.M ini mahu mengangkat semula UMNO pada kaca mata yang sebenar dan berhasrat menjenamakan semula "jenama" yang telah hilang selepas era sang "hadhari" itu. Mana yang benar?

Isu Royalti Minyak ( hai lokasi Monsun Cup - merujuk negeri dimaksudkan )

Saya agak kurang pasti apakah isu sebenar kerana belum membaca dan menganalisis isu ini lagi. Namun Sama ada ia dikatakan wang ehsan atau royalti minyak, isunya sama saja. Ia sudah berlarutan agak lama. Isu yang diperkatakan membabitkan pembayaran wang tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Semasa kerajaan PAS memerintah isu ini dinafikan miliknya. Selepas "tumbang" bergaya dalam PRU 11, BN menguasai semula Terengganu.. tatkala Idris menguasai tidak pula kedengan isu-isu royalti ini, namun pabila kabinet negeri kontroversi dengan frasa " nate" menguasai Terengganu, wujud pula pertikaian yang mahukan royalti..Ada semacam alur galur yang tak selari dalam kepimpinan sebelum dan selepasnya..yang pasti bukankan mereka dibawah payung yang sama, timbang ber'dacing' untuk menyeimbangnya, mana kemudi yang dibawa, mungkin monsun cup empunya ceritera.emmm entahla.

Hilangnya tempat memancing Kegemaran

Merujuk pada akhbar "kosmo" yang menukilkan rasa sedih dan dukacitanya masayarakat sekitar pantai selatan yang tidak dapat menanam hobi memnacing dan persinggahan bot-bot nelayan selepas Mahkamah "keadilan" Antarabangsa (ICJ) memutuskan dengan juri 12-2 (rasanya, hampir terlupa) bahawa ianya bukan milik kita..Siapalah Malaysia pada kaca mata mereka. Rasionalnya rapuh, ICJ mendakwa Pulau Batu Putih adalah Terra Naulis (pulau tidak bertuan) dan dikatakan manusia gagal membuktikan adanya kegiatan manusia disitu(motif sangat menang). Konklusinya begini, ICJ adalah di bawah PBB, PBB pula dibawah sang Veto USA, Singapura pula anak emas kepada USA. Jadi semua sudah tahu mana jawapannnya (namun ini adalah pendapat peribadi)

berbalik kepada tajuk entri ini, rumusan keseluruhan cerita dan kes yang dibawakan jelas semuanya berdasar,berumbikan serta bermotifkan POLITIK. Politik menjadi satu nadi yang meneyemarakkan seribu satu persoalan, pertikaian dan pertentangan.

3 comments:

CeO said...

Isu2 yg sensasi nih, aku suka memberi pendapat dlm soal begini. hehe...

Pertama sekali mengenai Tun Mahathir. Aku salah seorang dr jutaan rakyat yg meminati beliau. Tapi aku xbias dlm memberi pendapat. Keluarnya Tun dr UMNO bukan kerana beliau bersifat emo atau terlalu mengikut perasaan tetapi terdapat beberapa perkara yg penting utk di pertimbangkan :

1- kepimpinan tertinggi UMNO yg ternyata mementingkan politik drp kepentingan org Melayu.
2-kelemahan pucuk pimpinan dlm menghadapi krisis rakyat.
3-perjuangan UMNO yg samar2
4-projek2 yg menguntungkan rakyat dan kerajaan di tarik balik/dimansuhkan (cth: jambatan Johor-Singapura dan jambatan kedua Pulau Pinang)
Pernahkah kita terfikir atau "membuka mata" mengenai situasi politik. Bila kita berkuasa, semua org tidak berani membantah, tp bila kita turun, semuanya serba tidak kena. Inilah, hipokritis yg merosakkan sistem masyarakat.

Kedua,pasal minyak di Terengganu. Kenapa Idris Jusoh tidak mahu melepaskan jawatanya dan "mengamok" apabila tidak dilantik semula sbg Menteri Besar?Kenapa? Royalti minyak paling byk adalah di negeri Terengganu. Kita untung byk dlm penjualan minyak dan kita juga negara pengeluar minyak tp harga minyak tinggi. Kenapa??Perbandingan harga minyak, bukanlah isunya kerana kita negara pengeluar dan memanglah berbeza jika dibandingkan dgn negara bkn pengeluar minyak. Harga minyak boleh dikurangkan jika kerajaan sanggup utk mengurangkan "untung" mereka dalam urusan jual beli minyak.Kenapa xboleh berbuat demikian?Jika tamak, memanglah xboleh.Ini adalah rasional ekonomi.

Dan yg ketiga, soal Batu Puteh. Kenapa kita hairan dgn keputusan tersebut. Kerana sebenarnya, memang dari awal sudah diketahui jawapanya. Sy dah tahu jawapanya sebelum diumumkan oleh ICJ lagi. Hal ini bukan hanya Singapura adalah "partner" Amerika tetapi kerana kebodohan org terdahulu dlm 2 hal :

1-mengiktiraf pulau Batu Puteh sbg tidak berpenghuni
2-membuat perjanjian secara hitam putih membenarkan Singapura membina rumah api di situ.

Nampak x kebodohanya??Kita dah beri mandat awal2 lagi kepada Singapura. Analoginya mudah, jika kita dah jual kereta kita, kita dah xberhak.Bahkan, utk mendapatkan semula kereta kita, kita kenalah beli ia semula dari pemilik kereta tersebut dan kita tidak boleh hanya dgn meminta pemilik tersebut utk memberi balik hak kita. Begitulah situasinya. Keputusanya jelas, sengaja nak heboh2 pulak, nak tunjuk kebodohan dekat org lain.

CeO

. said...

Isu begini (pulau batu putih) menuntut kepada penceritaan lentera kolonial dahulu. Seperti kata Prof Madya Dr. Adnana Nawang, Raja-raja dan Pembesar dahululah petualang sebenar bangsa...Banyak hikmah Penjajah datang menjajah...

Mengimbau kisah Ngah Ibrahim yang mengenalkan sistem Hamba, British muncul meminda kepada sistem kuli...kalau terus dengan Sistem Ngah Ibrahim..smapai sekarang melayu IS HAMBA...

CeO said...

So, apa kaitanya hamba dgn pulau batu puteh tuh?

Yes, apa yg nko kata tuh btul.kalu penjajah xdtg, mmg masy melayu khususnya xkan berada dimana kita berada sekarang. Tetapi perjuangan UMNO sekarang seakan tidak lagi relevan dgn perjuangan mengenai hak org Melayu. Mereka lebih kepada bagaimana nak menambah kerusi di parlimen. Semua parti pon sama sahaja.