Sunday, June 22, 2008

Jangan Lupa Undi AZHAN Akademi Nasyid TV9

Malam tadi saya tidak berkesempatan untuk menonton rancangan secara langsung Akademi Nasyid di TV9. Walaupun tidak berkesempatan melihatnya, mujurlah terdapat ulangan di TV9.COM yang boleh dilihat melalui internet siaran tertunda. Terdapat 12 finalis individu dan berkumpulan mempersembahkan persembahan yang saya rasakan cukup baik bukan setakat pada nyanyian malah keseluruhan konsep persembahan yang dibawakan. Tahniah buat TV9 kerana menganjurkan pertandingan seumpamanya di Malaysia. Hiburan dan semangat seperti inilah yang perlu ada dan bukan setakat hiburan stereotaip biasa yang sering kita jamahkan dalam realiti tv yang lain. Semoga rancangan ini mendapat sambutan, sokongan dan kemajuan yang lebih memberangsangkan.




Berkaitan dengan tajuk entri ini yang menyeru supaya mengundi saudara azhan, saya terlalu teruja dan terkesima dengan alunan suara beliau. Tatkala saya mendengarnya terus hati saya tersentuh dan teringat akan kekuasaan Allah s.w.t. Dalam konsert pertama ini, saudara Azhan membawakan lagu yang dipopularkan oleh Ramli Sarip, Kaulah yang satu dengan cukup baik dan penuh penghayatan. Saya rasa, sekiranya saudara Azhan meneruskan kekonsistenan dalam AN ini, insyaAllah beliau boleh dinobatkan sebagai juara. Dan buat pengetahun semua, selepas saya melihat porsembahan azhan, saya terus tidak teragak-agak untuk mengundi beliau...jadi, marilah beramai-ramai kita menyaksikan Akademi Nasyid setiap sabtu jam9. Moga mesej murni dan nawaitu yang murni mendapat keberkatan olehNYA. InsyaAllah.


Undilah Azhan, AN AZHAN send to 33399

No comments: