Entri ini dimulakan dengan lafaz AL-FATIHAH buat Allahyarham Suhaimi yang telah kembali kerahmatullah pada 9 Jun 2008 yang lalu.
AL-FATIHAH
Pusara arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
9 Jun 2008, saya dihujani beberapa mesej seawal jam 9 pagi yang menyatakan tentang kematian arwah semasa tidur. Saya abaikan mesej ini dengan beranggapan mesej tersebut hanyalah "propa" seperti yang selalu saya terima dari beberapa rakan sebelum ini. Ketika itu saya sedang menjalani latihan pra-praktikum di sekolah. Jam 10 pagi saya menghubungi rakan yang rapat dengan beliau, saudara Shahrizan untuk mendapat kepastian. Beliau juga sangsi kerana belum menerima pengesahan sebenar. Saya abaikan. Namun pada jam 11 pagi apabila Pn. Hjh Zainab ( ex Pengetua Kolej Kediaman Harun Aminurrashid , UPSI) memaklumkan tentang kebenaran sms tersebut, saya terus terdiam dan terbayang-bayang wajah arwah..Betulkah suhaimi telah pergi??
Saya rasa persoalan tersebut bukan sahaja berlegar dalam kotak pemikiran saya, namun semua rakan-rakan arwah yang mengenali beliau. Hajat hati mahu mengikuti beberapa rakan yang mahu menziarahi keluarga arwah di Terengganu, namun tugasan Pra-Praktikum yang baru berjalan harus diteruskan dan membatasi hasrat dihati ini. Jam 7.45 ptg saya menerima beberapa pesanan mesej yang memaklumkan arwah akan dikebumikan beberapa masa lagi setelah selesai menjalani "bedah siasat". Hasil dari bedah siasat tersebut, arwah mengalami masalah kegagalan fungsi jantung. Sekali lagi saya terbayang wajah arwah..
Perginya insan yang cukup mulia pada pemikiran saya. Insan yang mengimami beratus-ratus jemaah pada bulan ramadhan, bersuara lunak menyebut butir kata qalamNYA, selepas ini sudah tiada suara itu, insan yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni suara nasyid dan al-quran serta punyai kebolehan memimpin di UPSI dan rakan yang agak 'gila-gila' walau seorang ustaz mulia. Sukar untuk mencari penggantinya.. Namun yang pergi biarlah pergi, tuhan menyayangi beliau, kita yang hidup harus teruskan bakti, insan muallim cerminan manusia yang unggul...
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
p/s: gambar dan video ihsan dari sifoo araby : Sifo0araby.blogspot.com

6 comments:
faiezi,
masa nadia tao
nadia pun terkejut tao!
tapi tu lah..
ajal maut di tangan tuhan
sampai masa.. tak ada siapa mampu menghalangnya
moga arwah dirahmati
amin
salam..
suhaimi?
dah pergi?
ya Allah..sy kenal arwah..masa lawatan UPSI datang maktab kami 2 tahun lepas..
pastu, selalu gak la kontek thru sms..kadang2 ym..
patutla skang ni dah tak nampak id dia online ym..
betul ke khabar ni? betul ke?
Fairuzniza IPG mana ek? yes betul..Arwah telah pergi meninggalkan kita semua..saya lagi tidak sangka kerana arwah memang tiada sebrang penyakit..
salam...sy satu skool ngn arwah dlu time kmb-smktai-yt..arwah org yg sgt baik,slalu bgi nsht...actually,sgt terkejut ble dpt tau melalui blog fairuzniza...smga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh..amen
-yana-
ya ALLAH... mulianya seorg abg terhadap adiknya...
moga rohnya dicucuri rahmat.. amin ya robbal a'lamin..
arwah sgt2 baik...
allahyarham Mohd Suhaimi Yusoff
*almuaalim*.
Al Fatihah
tulus ikhlas drpd
RaJiH_HuJjaTuL_iSLaMiC..
H
Post a Comment