Monday, November 17, 2008
Update...........................
Meramin Selamat (salam sejahtera menurut bahasa Orang Sungai, Sabah)
Lama sudah tidak meng’update’kan blogni. 2 ke 3 mingguni memang sibuk dengan macam-macam program walaupun kuliah hanya tinggal sebulan. Semasa entri ini dibuat masing-masing sedang sibuk menelaah pelajaran, maklumlah peperiksaan akhir menjelma. Disini aku nak kongsi dua aktiviti terakhir semester ini. Program pertama ialah Program Pra Graduan yang diadakan di Pulau Pangkor. Program akhir semester bagi pelajar tahun terakhir ini merupakan acara wajib sebleum bergelar garaduan sebenar. Manakala program kedua ialah Majlis ”Jasa Dikenang, Budi Disanjung” yang dijalankan di Dewan Sri Tanjung (ala-ala hotel) kat UPSI je..untuk menjimatkan budget buat kat dalam je.
Ayoh kita tinjau gambar-gambar byang sempat aku selitkan buat tatapan semua.
Pra Graduan Mahasiswa Pendidikan Moral Tahun Terakhir
Program anjuran Jawatankuasa Mahasiswa Moral (JMM) ini telah dirangka sejak semester lepas lagi. Aku dilantik menjadi AJK Pengangkutan (motif?). Tugas mudahje, juz mencari bus dan menguruskan pengangkutan dari UPSI ke Pangkor. So kepada semua yang nak sewa bus, feri dan teksi di P.Pangkor, hubungilah aku.
Ha nilah tugas asasi aku, memastikan perjalanan lancar. Pose istimewa ini diambil semasa Feri (eh bot ke kapall?) sedang berlayar menuju ke Pulau Pangkor.
Dah...sampaipun..
Ni Azan, Presiden JMM...dialah pengarah bagi programnih...calon Anugerah Naib Canselorni...
Kemudian semuanya perlu ”check In” sebelum program selepasnya menyusul..Penginapan ala-ala chaletje..
Petangtu aktiviti sukan dijalankan, aktiviti pantai yang klise dilakukan.main futsal pantai, bola tampar, sukaneka, bina istana pasir dan mandi-mandalah..macam2lah tengok jer gambarkat bawahni
Malamnya, Majlis Malam Pra-Graduan bersama pensyarah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti nyanyian, cabutan bertuah dan tak lupa karaoke(ni yang aku suka) sempat juga aku dan farah berduet menyanyikan lagu seiring dan sejalan...
Esoknya (18 Oktober 2008), hari terakhir program kami. Pagi tu seawal jam8 kami keluar untuk melakukan aktiviti pantai, snorkelling dan kayakking(ejaan salah lantaklah..)jujurnya..nilah aktiviti yang paling seronok..
Ini sahaja..kemudian.kami pun chow...pulang ke UPSI............kenangan paling terindah bersama teman
Majlis ”Jasa Dikenang, Budi Disanjung”-Mahasiswa Moral Tahun Terakhir
Program ni adalah dibawah seliaanku selaku Pengarah Program. Program ini bertujuan untuk menghargai jasa pensyarah yang telah mengajar bermula dari semester satu sehingga semester 7. Inilah gambar-gambar yang dapat diambil.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment