BAGUS UNTUK DIKONGSI BERSAMA (dipetik dari blog sahabat-andalusia)
Assalamualaikum semua, saja-saja je ni nak kongsi satu peristiwa yang berlaku kat masjid tadi, selepas solat maghrid tadi ada pengajian kitab hikam sementara menunggu waktu isyak oleh seorang ustaz yang pekat telo indonnya, dalam leka ustaz menerangkan kitab hikam beliau sempat menegur dengan nada yang agak keras, mengenai sikap bakal-bakal cikgu muslim UPSI, muslimin khususnya yang tidak menghormati waktu maghrib, sudah azan maghrib pun masih ada yang bermain bola, mungkin dalam perjalanan ke masjid beliau melihat ada yang masih bersukan. Dengan nada membentak, beliau mempertikaikan sikap cikgu-cikgu tersebut, bagaimana hendak mengajar dan mendidik anak orang jika akhlaknya begitu, tidak menghormati waktu solat, seumpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Wahh, tersentak ana..padat dan pedih..hehe..tapi betul juga tegurannya tu kan..terasa betul, biarpun ana tak terlibat tapi terasa la jugak..bagaimana nak didik anak orang jika diri sendiri pun tak tentu hala kan..huhu..moga masih ada ruang dan peluang untuk ana perbaiki keburukan diri sebelum menjadi guru yang sah..boleh ke jadi guru yang baik ni..macam tak yakin sangat je..huhu..teringat lagi, masa raya hari tu, ada cikgu lama ana cakap ana cikgu tiga suku..hehe..tak patut betul cikgu cakap saya macam tu..patut tak?tak patut kan..tak patut2..k lah, malas nak tulis panjang-panjang..nak sambung study jap..kepada bakal-bakal cikgu..jadilah guru yang berdedikasi, tunjukkanlah akhlak yang terpuji agar nanti lahirnya generasi baru Islam yang terdidik akhlaknya..ameen..
p/s: be a good muslim or die as a syuhada!!!
No comments:
Post a Comment