Wednesday, October 29, 2008

FSSK Juara Debat Pencegahan Rasuah BPR Inter Fakulti 2008


Pertandingan Debat Pencegahan Rasuah Inter-Fakulti telah selesai berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah majlis yang dirancang berjaya juga dilaksanakan dengan sempurna. Jutaan penghargaan buat semua yang telah banyak membantu samada secara langsung mahupun tidak. Kejuaran milik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan manakala tempat kedua adalah milik Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.
Urusetia sedang sibuk untuk mengedit keputusan
Semasa pertandingan saringan berlangsung di Foyer KHAR
Dewan Sri Tanjung, Kampus Sultan ABdul Jalil Shah, UPSI-lokasi pertandingan akhir.
Urusetia bersama piala pusingan Pengarah BPR Perak
Ketibaan VIP masuk ke dewan
Perarakan masuk Piala Pusingan Piala Pengarah BPR Perak
Penonton Pertandingan Akhir Debat BPR 2008
Hadiah-hadiah yang disediakan oleh penganjur.
Barisan VIP yang hadir menyaksikan perlawanan akhir debat
Hakim yang mengadili pertandingan ini.
Pentas perdana FSSK (kerajaan) FSKPM (pembangkang)
JOhan FSSK-Rasmini, Sheera dan Fitriyana
Naib Johan FSKPM-Razi,Faizal dan Shahida.
Bergambar antara johan dan naib johan.

Secara keseluruhannya, selaku pengarah bagi pertandingan ini, tabik hormat harus ditujukan buat para peserta yang telah memberikan komitmen bermula dari pertandingan daringan, raptai pertandingan dan majlis pertandingan akhir. Kepada rakan-rakan urusetia yang banyak membantu, jutaan penghargaan diucapkan. Disimpulkan bahawa inilkah program terakhir yang menjadi arahanku sepanjang tempoh pengajian di UPSI. Semoga pertandingan ini akan terus dianjurkan dari semasa kesemasa. InsyaAllah.

-Pengarah Program Debat Pencegahan Rasuah Piala Pengarah BPR Perak 2008 UPSI-

No comments: