Wednesday, October 29, 2008

HARI - HARI TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Pertamanya maaf kerana sudah lama tidak meng"update" blog yang biasa ini...
Beberapa program yang dijalankan terlalu padat sehingga kadang-kadang nak pejam matapun terfikir takut-takut masih ada yang kurang.Beberapa program yang dijalankan sepanjang 2 minggu terakhir kuliah adalah seperti Program Jamuan Hari Raya Mahasiswa Moral, Malam Pra-Graduan, Hari Penghargaan Ahli Akademik FSSK UPSI dan Pertandingan Debat BPR. Sesungguhnya program yang dijalankan ini amat meletihkan dan memerlukan komitman yang jitu. Namun alhamdulillah kerja yang berat dapat disudahkan dengan bantuan beberapa rakan.. Terima kasih buat kalin semua..

Disebalik kesibukan persediaan program, Kampus pula hangat dengan Pilihanraya Kampus bagi sesi pemilihan majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2008/2009. Beberapa "junior" yang pernah terlibat dengan beberapa programku turut bertanding. Aqilah,Hairi,Afiti, Rashid dan beberapa nama lain. Alhamdulillah setelah keputusan dikeluarkan ada yang terselit sebagi MPP bagi sesi akan datang.. Emmm itulah kehidupan, masing-masing dengan urusan dan misi masing-masing.. Aku seperti biasalah meneruskan kerja-kerja sang mahasiswa yang tak tahu bila hentinya. (bapa aku pernah memarahi aku kerana sempat pulang kerumah hanya 5 jam- katanya - kauni gila kuasake?, semua benda nak buat dari sekolah sampai kat universiti)..ahhh ngomelan tuh selalu aku dengar..

No comments: