Thursday, October 9, 2008

MENYEPI BUKAN BERERTI TIDAK BERSUARA.


Pertamanya, aku ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semuanya. Masih tidak terlewat rasanya ingin menghulurkan kemaafan buat semua yang mengenali diri ini. Sudah lama tidak menulis didalam blog ini lantaran sibuk dengan pelbagai perkara.

Pertama - Tugasan Tesis Tahun Terakhir


Syukur kehadrat Allah selesai sudah tesis yang dibuat. Semoga hasil penulisan ilmiah yang kubuat menurut segala kehendak yang diharapkan. Tesis setebal hampir 120 muka surat ini bertajuk - Persepsi Mahasiswa UPSI Terhadap Gejala Seks Bebas Sebelum Berkahwin. Tajuk yang agak bosan dan klise ini , diharap berjaya memperolehi markah yang baik.

Kedua - Penentuan Penempatan Lokasi Praktikum

Setelah pelbagai polemik antara pensyarah, rakan-rakan dan unit latihan mengajar, akhirnya selesai sudah segala kegusaran dan kebuntuan. Muktamad SMK Wangsa Maju Syeksyen 2 aku ditempatkan bagi menggantikan SMK King George V Seramban.

Ketiga - Program Amal Ramadhan-Ziarah Mahabbah Ramadhan Diberkati


Bertindak selaku Pengarah Program, sudah tentu kesibukan MENJADI nombor satu sepanjang bulan September. Alhamdulillah Program Amal ini dapat disempurnakan dengan cemerlang. Program amal terakhir dalam tempoh pengajianku di UPSI ini merupakan program amal dalam bulan ramadhan anjuran Sekretariat Pencegahan Rasuah UPSI (SPR). Setelah tidak memegang sebarang jawtan di UPSI, tawaran dari Presiden SPR UPSI, Abg Wan EX YDP MPP untuk menganjurkan satu program amal, sudah tentu tidak akan disia-siakan, apatah lagi program amal ini mendapat "budget" ribu-ribuan. Alhamdulillah semoga projek amal ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah..InsyaAllah.

Keempat - Aidilfitri Hari Lebaran.






Rasanya semua juga masih merasakan kemeriahan aidilfitri. Kuliah pada hari raya keenam, memang memeritkan. Hari Raya kelima sudah bertolak pulang meninggalkan keluarga di kampung. Hari raya yang cukup meriah disambut secara sederhana namun penuh kesyukuran bak tema sambutan aidilfitri TV3. Hari Raya pertama solat sunat aidilfitri, mengunjungi pusara bonda, bermaaf-maafan bersama keluarga, mengunjungi sanak sauadara. Hari Raya Kedua pula mengunjungi sahabat handai semenjak dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, Hari Raya ketiga mengunjungi kampung halaman lama, membakar lemang dan beramah bersama sanak saudara, Hari Raya kelima diteruskan dengan kunjungan rumah sahabat handai dan hari raya kelima pulang ke kampus meneruskan tempoh kuliah yang hanya berbaki 3 minggu sahaja.

Kini - Sepanjang Oktober



Setelah selesai program amal terakhir lalu (ziarah mahabbah) satu lagi program yang turut meletakkan aku sebagai terajunya iaitu Pertandingan Debat BPR Inter Fakulti.Tunggu sahaja kesudahannya. Disini aku isytiharkan bahawa program ini merupakan program arahan terakhirku sepanjang tempoh pengajian di UPSI. Untuk rekod, sebanyak 17 Program telah aku terajui dan program paling besar dan menjadi ingatan sudah tentulah Gegar U Warna-Warna Malaysiaku UPSI. Kepada semua khasnya rakan pendebat, doakan program ini berjalan dengan jayanya.


Dalam kesibukan menguruskan Debat BPR, pada 17&18, Program Malam Pra Graduan Program Pendidikan Moral berlangsung. Bertindak selaku AJK Pengangkutan, sejak awal-awal lagi telah selesai aku uruskan. Malam Pra-Graduan adalah malam gemilang terakhir bersama sahabat-sahabat sekuliah.



Akhirnya, setelah selesai kesemuanya, seperti biasa minggu ulang kaji pula menjelma dan disusuli dengan peperiksaan terakhir bagi semester ini dan juga sepanjang tempoh pengajian...
selesai sudah, praktikumlah pula..

SUDAH TENTU JALAN YANG KULALUI INI UNTUK KEKULIAH SELAMA 3 TAHUN SETENGAH TIDAK LAGI DIGUNAKAN PADA SEMSTER HADPAN.

SELAMAT TINGGAL UPSI...
SELAMAT TINGGAL MEMORI...
ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN...
BUMI ILMIAH PARA PENDIDIK MASA HADAPAN....
SAYONARA..

No comments: