Monday, June 23, 2008

.

.

.
.
.
.


Sunday, June 22, 2008

Jangan Lupa Undi AZHAN Akademi Nasyid TV9

Malam tadi saya tidak berkesempatan untuk menonton rancangan secara langsung Akademi Nasyid di TV9. Walaupun tidak berkesempatan melihatnya, mujurlah terdapat ulangan di TV9.COM yang boleh dilihat melalui internet siaran tertunda. Terdapat 12 finalis individu dan berkumpulan mempersembahkan persembahan yang saya rasakan cukup baik bukan setakat pada nyanyian malah keseluruhan konsep persembahan yang dibawakan. Tahniah buat TV9 kerana menganjurkan pertandingan seumpamanya di Malaysia. Hiburan dan semangat seperti inilah yang perlu ada dan bukan setakat hiburan stereotaip biasa yang sering kita jamahkan dalam realiti tv yang lain. Semoga rancangan ini mendapat sambutan, sokongan dan kemajuan yang lebih memberangsangkan.




Berkaitan dengan tajuk entri ini yang menyeru supaya mengundi saudara azhan, saya terlalu teruja dan terkesima dengan alunan suara beliau. Tatkala saya mendengarnya terus hati saya tersentuh dan teringat akan kekuasaan Allah s.w.t. Dalam konsert pertama ini, saudara Azhan membawakan lagu yang dipopularkan oleh Ramli Sarip, Kaulah yang satu dengan cukup baik dan penuh penghayatan. Saya rasa, sekiranya saudara Azhan meneruskan kekonsistenan dalam AN ini, insyaAllah beliau boleh dinobatkan sebagai juara. Dan buat pengetahun semua, selepas saya melihat porsembahan azhan, saya terus tidak teragak-agak untuk mengundi beliau...jadi, marilah beramai-ramai kita menyaksikan Akademi Nasyid setiap sabtu jam9. Moga mesej murni dan nawaitu yang murni mendapat keberkatan olehNYA. InsyaAllah.


Undilah Azhan, AN AZHAN send to 33399

Keputusan Yang Mengecewakan

Grades

Course Desc Credit Hours Grade Points
1 KPT2063 Rekabentuk Instruksional dan Teknologi 3 B 9.00
2 LAY4013 Sistem Perundangan dan Kehakiman 3 A
12.00
3 LMK3023 Pendidikan Pengguna 3 B 9.00
4 LMK3033 Kemahiran Komunikasi 3 B 9.00
5 LMK3043 Budaya dan Masyarakat Malaysia 3 A 12.00
6 LSM3033 Sejarah Malaysia : 1900 - Sehingga Kini 3 B+ 10.20



keputusan yang streotaip setiap semester..

Saturday, June 21, 2008

Perginya seorang sahabat...

Entri ini dimulakan dengan lafaz AL-FATIHAH buat Allahyarham Suhaimi yang telah kembali kerahmatullah pada 9 Jun 2008 yang lalu.

AL-FATIHAH

Disinilah persinggahan terakhir beliau
Pusara arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman

9 Jun 2008, saya dihujani beberapa mesej seawal jam 9 pagi yang menyatakan tentang kematian arwah semasa tidur. Saya abaikan mesej ini dengan beranggapan mesej tersebut hanyalah "propa" seperti yang selalu saya terima dari beberapa rakan sebelum ini. Ketika itu saya sedang menjalani latihan pra-praktikum di sekolah. Jam 10 pagi saya menghubungi rakan yang rapat dengan beliau, saudara Shahrizan untuk mendapat kepastian. Beliau juga sangsi kerana belum menerima pengesahan sebenar. Saya abaikan. Namun pada jam 11 pagi apabila Pn. Hjh Zainab ( ex Pengetua Kolej Kediaman Harun Aminurrashid , UPSI) memaklumkan tentang kebenaran sms tersebut, saya terus terdiam dan terbayang-bayang wajah arwah..Betulkah suhaimi telah pergi??

Saya rasa persoalan tersebut bukan sahaja berlegar dalam kotak pemikiran saya, namun semua rakan-rakan arwah yang mengenali beliau. Hajat hati mahu mengikuti beberapa rakan yang mahu menziarahi keluarga arwah di Terengganu, namun tugasan Pra-Praktikum yang baru berjalan harus diteruskan dan membatasi hasrat dihati ini. Jam 7.45 ptg saya menerima beberapa pesanan mesej yang memaklumkan arwah akan dikebumikan beberapa masa lagi setelah selesai menjalani "bedah siasat". Hasil dari bedah siasat tersebut, arwah mengalami masalah kegagalan fungsi jantung. Sekali lagi saya terbayang wajah arwah..

Perginya insan yang cukup mulia pada pemikiran saya. Insan yang mengimami beratus-ratus jemaah pada bulan ramadhan, bersuara lunak menyebut butir kata qalamNYA, selepas ini sudah tiada suara itu, insan yang mempunyai bakat besar dalam bidang seni suara nasyid dan al-quran serta punyai kebolehan memimpin di UPSI dan rakan yang agak 'gila-gila' walau seorang ustaz mulia. Sukar untuk mencari penggantinya.. Namun yang pergi biarlah pergi, tuhan menyayangi beliau, kita yang hidup harus teruskan bakti, insan muallim cerminan manusia yang unggul...

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

p/s: gambar dan video ihsan dari sifoo araby : Sifo0araby.blogspot.com


Saturday, June 7, 2008

Selamat Menjalani ROS (Pra-Praktikum)


Kepada sahabat-sahabat semua selamat menjalani Pra Praktikum (RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH) di sekolah masing-masing. Buat ROS dengan ikhlas dan baik.

Kepada Maksarian's 08.. program MAKSA kalini memang havoc..bukan sebab penganjuran program tapi sebab korang semua...tunggukan kemunculan entri khas pengalamanku sepanjang Program Maksa ini..

-Blog ini akan berehat bagi menumpukan kepada Pra-Praktikumku di SMK Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor-


* selamat maju jaya semuanya!