Monday, February 23, 2009

TAG?



BUAT SEMUA YANG
MENG "TAG" , NANTI SAYA JAWAB EK...
BUSYLA
KAT
PADANG SEKOLAH..

JANGAN
MARAHTAU..

NANTI
SAYA BALAS TAG2 KALIAN YE.

PENAT TERBALAS


Bersama Pasukan Kadet Polis SMK Wangsa Maju (2).

Wah bukanlah nak berbangga
sakan-sakan, Namun gembira, suka dan teruja. Alhamdulillah anak-anak didik Kadet Polis akhirnya menang ditempat kedua untuk layak keperingkat zon Keramat dan sukan sekolah. Untuk makluman semua, saban hari dari jam 3 sehingga jam 6 latihan dilakukan sampai penat dibuatnya. Namun semuanya terbalas apabila kejayaan tiba. Syukur pada Allah. Berbaloilah setelah dua minggu menjalani latihan akhirnya berjaya jua.

Sekalung penghargaan buat Puan Nik (GPK HEM) kerana sudi menyerahkan tugas menjadi penasihat bersama Cik Kok, Cik Adila yang cute sebagai jurulatih, Hazrina and tha geng serta semua.

Kadet Bomba Ditempat Keempat Johan- Pandu Puteri

Buat Puteri Islam, tahniah sebab johan. Tahniah juga buat semua yang tidak berjaya Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Bomba, Pengakap dan Pandu Puteri.


p/s: Untuk Zainal PMSM dan geng2nya jgn marahye...cuba lagi untuk sabtuni..

Monday, February 9, 2009

Sekolah?


“6.20 pagi setiap hari, bagun! Huh dari kecil sampai sekarang, kena pergi sekolah”.

Huh rungutan diatastu memang selalu aku ungkapkan, bila nak bangun tidur.
Sekolah? Ya aku perlu pergi sekolah lagi setiap hari. Bezanya kalau dulu sebagi pelajar tapi kini sebagai guru.

Everyday I have to wake up early and must be at school from 7.30 am til 2pm..hah….After that got meeting til 4pm. Furthermore also need to deal with sport activities til 6pm…ohhhh. That was my daily routine everyday..Gigih dan tabah je.

Sepanjang sebulan di SMKWM2 ni, banyak program yang sempatla aku sertai. As a teacher haruslah menceburkan diri, bukanla berhajat sangat nak pikat Pengetua, jauh sekali mengipas mereka, namun kadang-kadang kita perlu menyibukkan diri, supaya kelak taklah ‘kaget’ bergelar guru sebenar. Lagipun untuk menjadi guru yang baik, kita perlu menganggap semua aktiviti adalah menarik, jadi bila kita menyertai sesuatu program kita taklah mengeluh panjang, ‘enjoy’lah dengan sesuatu program.



Karnival Hari Terbuka SMKWM2

Karnival ni berlangsung pada 17 Januarai 2009. Amatla menyedihkan buat aku pada haritu pergi kesekolah tanpa mengenakan cermin mata. Bayangkan rabun setebal-tebalnya berjalan tanpa kanta mata. Malam sebelum karnival cermin mataku pecah. Jadi nak buatpundah tak sempat. Keseluruhannya karnivalni meriah ada NTV7, Paint Ball, Abseiling dan macam2lah, ha tak lupa mcm biasalah rumah hantu. Aku dapat merasakan pelajar sekolah ni cukup kreatif.




Kursus Rukun Negara 2009


Dulu masa sekolah tak ada lagi Kelab Rukun Negara ni. Semenjak perpadaun tergugat, kestabilan terjerat dan keamanan semakin melarat, so kelabni pun ditubuhkan dengan motip untuk mewujudkan perpaduan kaum. Relevanke? (malas nak bincang pasal politik disini). Dalam aktiviti sehari ni tugas sebagai guru pembimbing banyak memberikan pengalaman dari segi pengurusan dan pengawalan pelajar. Keseluruhannya programni sangat menarik dan bermanfaat buat semua.

Program selepasni ialah
1)Renang MSSKL
2)Olahraga MSSZ Keramat
3)Sukantara sekolah
4)Rentas desa
5)Sukan tahunan



Terfikir juga, aku bercadang nak buat satu program untuk sekolah? Program apa? Tunggu..

Gaza Sampai Bila?

Tanpa...
Ketandusan,
Manakah pula kesilapan
Hamba Marhaein nan menitis kelesuan
Dimanakah dia..

Kontak penindasan saban masa
menujah kerancuan kefasadan
Entah mana noktahnya
Gaza.............
Badai yang datang dan pergi silih berganti..
.......dan....entah dan...
lagi
dan
lagi dan
lagi
dan
persoalannya sampai bila


Bila Cikgu Hairul menulis

Saturday, February 7, 2009

Tentang Praktikum


Wah hampir terlupa nak informasikan tentang praktikum.


Sekarang aku sedang menjalani praktikum di SMK Wangsa Maju (2), Setapak, Kuala Lumpur bermula 12 Januari sehinggalah 25 April nanti.

Everything is fine! Students and teacher are great. Very proud to make this school as my prac. school. Im teaching moral education and Civic. Hopefully
everything is fine until im finish my prac. the students, teachers and the lect who evaluate me. So from now on i will always updating my blog...

Cuma kadang-kadang lewatlah sikit untuK update, coz busy program kat sekolah ni banyak sangat..Kepada kawan-kawan lain yang menjalani praktikum, Good Luck untuk semua. Moga maju jaya....Azan (SMK Ideal Heights), Borhan (Port Dickson High School) Malik (La Salle Klang) and....sumalah...

Maju Jaya!

Menjawab Tag Adik ku _ Abu Handalah.

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda

- Cantik (vogue) haha harus!
- Berkarier
- Tak banyak cakap (harus kontra)
- Mempunyai asas agama yang teguh
- Dari keluarga yang baik-baik
- Pandai memasak
- Pandai menghias rumah

2. 7 wanita/lelaki yang anda minati sepanjang hidup

- Kekasih hatiku ( mana2pun)
- Guru-guru ku (mana2 pun)
- Ayahku
- Ibuku
- Kakak Sulungku
- ni je kot..
- Yang laintu..samaje


3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang anda minati

- Sangatla bangga
- Wah, kelas gitu
- Haruslah rasa dihargai
- Berdebar-debar juga
- Ok ke tak? (pakaian/penampilan)
- Keyakinan yang amat yakin
- emmm apa lagi..asal sampai tujuh banyaknya…

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama teman anda

- Makkah (motiP)
- Bali
- Beijing
- Kalabakan, Sabah
- Pulau Manukan
- Karambunai
- London

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

- Cincin
- HP
- Jam tangan
- bunga
- apa2 la yg si dia suka..hahaha...
- Anak patungkot///

6. 7 lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

- Relaku pujuk
- Lelaki ini
- Seribu Tahun
- Mungkir bahagia
- Right Here Waiting
- Everything Is You
- Menanti Di Barzah…(lagu nasyid paling diingati)


p/s: semua yang diatas adalah sekadar menjawab taging...mungkin ada yg betul dan ada yg tidak...hehehe...

Legasi Yang Membanggakan..

Debat Terbuka ASTA Kolej Pertama Universiti Malaya telah melabuhkan tirainya pada 1 Februari lalu. Keputusannya, telah diketahui, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) telah menjuarai pertandingan bagi edisi 2009 ini. Aku berkesempatan juga untuk menyaksikan pertandingan yang saban tahun dianjurkan ini pada hari sabtu (1 FEB) bagi menyaksikan pasukan UPSI yang disertai oleh (Baihaqie, Sheera, Hafiz dan Rasmini) berentap pada pusingan suku akhir. Jelas, cukup membanggakan, jalinan pasukan debat muda UPSI ini sangat menyengat walaupun ini merupakan penampilan kedua mereka selepas Royal UIAM lalu. Syabas buat pihak pengurusan Saudari Habibah Juddin yang berjaya menggarap bakat mereka. Walaupun tewas pada suku akhir dengan tajuk : Isu Palestin : Bagai Menjolok Sarang Tebuan, UPSI ditewaskan oleh tuan rumah UM dengan margin yang sangat tipis. Tidak dilupakan, buat Kazaruddin Lahisi, pendebat ketiga UPSI yang cukup berbakat, tahniah sebab menempatkan diri dalam kelompok 5 individu terbaik pendebat liga. Mungkin rezeki tidak berpihak kepada pasukan beliau (Shahida, Nadia dan Suhaimi), yang hanya berjaya dalam pusingan “Octo Final”, namun apa yang membanggakan ialah percubaan Shahida sebagai posisi pertama cukup meyakinkan. Keseluruhannnya aku sangat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh pasukan UPSI dalam debat terbuka ASTA ini. Syabas sekali lagi.

Memori

Sampai di Kolej Pertama UM, suasana pertandingan sangat rancak. Lalu teringat kenangan lalu semasa menyertai debat ini. Sesuatu yang unik, berbanding debat-debat IPT yang lain yang mana ianya dianjurkan bersilih ganti lokasinya antara IPT-IPT, Debat Terbuka ASTA dianjurkan oleh universiti sendiri, maka lokasi pertandingannya adalah sama setiap tahun. Maka ingat ASTA sudah tentu kita akan terbayangkan khemah-khemah bagi sidang perlawanan. Justeru itu tentu banyak kenangan-kenagan yang tak akan aku lupakan. Teringat aku pada tahun 2007 satu lokasi diadakan di ruang legar tanggga. Semasa itu pasukan aku (Hamilatul dan Fazuan) menentang UNIMAS (Mahathir,Eddy dan Afida). Tentu semua tertanya-tanya macam mana tu dahlah sempit- namun inilah keunikan ASTA, walupun kondisi kecil namun penganjurannnya sangat membanggakan. Semasa tewas separuh akhir dengan UPM (pasukan shamsul) pada 2007, tempat “meratapi kesedihan” ditepi tangga ditepi dewan juga menjadi satu kenangan lalu yang mungkin tak akan aku lupakan. Dan alangkah terujanya apabila perlawanan suku akhir semalam (UPSI vs UM) diadakan di sidang 5 (sebelah bilik rehat) teringat kenangan dibilik tersebut. Dibilik tersebut 2 kali pasukan aku keperingkat suku akhir dan sekali bagi peringakat separuh akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat juga diadakan ditempat tersebut. Memang banyak memori-memori yang ada di ASTA. Tahniah buat semua yang berjaya dan usaha lagi untuk kejayaan yang akan dating.