Saturday, February 7, 2009

Legasi Yang Membanggakan..

Debat Terbuka ASTA Kolej Pertama Universiti Malaya telah melabuhkan tirainya pada 1 Februari lalu. Keputusannya, telah diketahui, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) telah menjuarai pertandingan bagi edisi 2009 ini. Aku berkesempatan juga untuk menyaksikan pertandingan yang saban tahun dianjurkan ini pada hari sabtu (1 FEB) bagi menyaksikan pasukan UPSI yang disertai oleh (Baihaqie, Sheera, Hafiz dan Rasmini) berentap pada pusingan suku akhir. Jelas, cukup membanggakan, jalinan pasukan debat muda UPSI ini sangat menyengat walaupun ini merupakan penampilan kedua mereka selepas Royal UIAM lalu. Syabas buat pihak pengurusan Saudari Habibah Juddin yang berjaya menggarap bakat mereka. Walaupun tewas pada suku akhir dengan tajuk : Isu Palestin : Bagai Menjolok Sarang Tebuan, UPSI ditewaskan oleh tuan rumah UM dengan margin yang sangat tipis. Tidak dilupakan, buat Kazaruddin Lahisi, pendebat ketiga UPSI yang cukup berbakat, tahniah sebab menempatkan diri dalam kelompok 5 individu terbaik pendebat liga. Mungkin rezeki tidak berpihak kepada pasukan beliau (Shahida, Nadia dan Suhaimi), yang hanya berjaya dalam pusingan “Octo Final”, namun apa yang membanggakan ialah percubaan Shahida sebagai posisi pertama cukup meyakinkan. Keseluruhannnya aku sangat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh pasukan UPSI dalam debat terbuka ASTA ini. Syabas sekali lagi.

Memori

Sampai di Kolej Pertama UM, suasana pertandingan sangat rancak. Lalu teringat kenangan lalu semasa menyertai debat ini. Sesuatu yang unik, berbanding debat-debat IPT yang lain yang mana ianya dianjurkan bersilih ganti lokasinya antara IPT-IPT, Debat Terbuka ASTA dianjurkan oleh universiti sendiri, maka lokasi pertandingannya adalah sama setiap tahun. Maka ingat ASTA sudah tentu kita akan terbayangkan khemah-khemah bagi sidang perlawanan. Justeru itu tentu banyak kenangan-kenagan yang tak akan aku lupakan. Teringat aku pada tahun 2007 satu lokasi diadakan di ruang legar tanggga. Semasa itu pasukan aku (Hamilatul dan Fazuan) menentang UNIMAS (Mahathir,Eddy dan Afida). Tentu semua tertanya-tanya macam mana tu dahlah sempit- namun inilah keunikan ASTA, walupun kondisi kecil namun penganjurannnya sangat membanggakan. Semasa tewas separuh akhir dengan UPM (pasukan shamsul) pada 2007, tempat “meratapi kesedihan” ditepi tangga ditepi dewan juga menjadi satu kenangan lalu yang mungkin tak akan aku lupakan. Dan alangkah terujanya apabila perlawanan suku akhir semalam (UPSI vs UM) diadakan di sidang 5 (sebelah bilik rehat) teringat kenangan dibilik tersebut. Dibilik tersebut 2 kali pasukan aku keperingkat suku akhir dan sekali bagi peringakat separuh akhir dan penentuan tempat ketiga dan keempat juga diadakan ditempat tersebut. Memang banyak memori-memori yang ada di ASTA. Tahniah buat semua yang berjaya dan usaha lagi untuk kejayaan yang akan dating.

No comments: