Thursday, April 23, 2009

TAMAT SUDAH...
PRAKTIKUM..


AKAN KUTINGGALKAN

KELAS SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
4 WANGSA 1
A AMANAH
2 MAJU
2 NILAI


KELAS PENDIDIKAN MORAL
4 NILAI / GIGIH / SETIA


DAN
SUDAH TENTU

SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

Saturday, April 18, 2009

Emm aku sedang merasakan tekanan dari sahabat2 sahabat yanmg sedang mentelaah pelajarn bagi menjawab exam semster..semoga maju jaya semua..huhu aku dah merdeka untuk degree..nantilah master plak..hehe.good luck semua khasnya SAHABAT DEBAT UPSI DAN KELAB PENYAYANG USPI

Tag Buat Sendiri - Anda Perlu membacanya

Selalunya orang menghantar tag dari orang yang meeemberi padanya. Kalini akau membuat tag yang aku buat sendiri..
1. Sejauh mana anda kenal saya?
2. Hebatkah saya?
3. Apa ucapan paling istimewa anda untuk saya?
4. Harapan anda bila saya berkarier nanti.
5. Adakah anda yakin suatu hari nanti Hairul Faiezi Lokman merupakan menteri sebuah kabinet?
Lima soalan yang aku kemukakan. Jawab ye..
Mangsanya adalah:
1. Hafiz Debat
2. Shahida Nalini
3. Bib Sastera
4. BIB BM
5. Faiz BNK
6. Inra Rivera
7. Kamarudin KUO
8. Abu Handalah
9. Nadia Kelantan
10. Afiti BNK
11. Muz Bayyazid BM
12. Yuszaiman BM
Dan saya mengalu2kan sesiapapun untuk membalasnya..TQ

Untuk Bib Sastera

tag BIB Sastera
Orang banyak panggil nama BIB JMK lah, BIB Aziz lah, tapi aku suka menggelarnya BIB Sastera,- biar ada ikhtisasnya..

1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Siapalah Aku- kerana frasa ini sudah cukup meminta pembaca dan pelayar blog meninjau setiap entri2 yang aku kirim…baca dan bacalah..

2.Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?!
Faiezi.blogspot.com-kerana nama akulah…

3. Apakah 'method' dalam penulisan blog anda?
Freedom is my philosophy untuk wat entry..apa2 aje terlintas

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Tidak. Dan tak pernah terlintas

5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini? selamburb??
Blog mereka ni sangat vogue, so ni masa untuk promosikan blog doranglah..disamping mereka ni hebat..lagipun dah lama tak dengar khabar mereka (ntah dorang balasketak)

6. Senaraikan 5 orang yang akan anda tag:
sbnrnye...xm0 bg tag ni kat org. tp kena mjwb soalan. klu tak mrkah tak pnh plak. s0...
1. Jijah UMT- Pendebat Nun UMT, Terengganu. Budak Baikni
2. Mie Shell SMKWM2-Anak murid yang paling havoc dan cute..
3. Cikgu Izwan Seremban - Cikgu yang menjadi aspirasi..
4. Azwan UMP _ pendebat bermata cantik..
5. Abg BOB UKM - Peguam yang sangat MANTOP..haha motip..ex debater UKM

Friday, April 17, 2009

kenapa? tak percaya

Penulisan ini tidak bermaksud membanggakan diri.

Selasa lalu (14 Apr 2009) Anugerah Ketrampilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 dianjurkan dengan jayanya. Walaupun majlis tahun ni diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Sahaja, namun tetap meriah. Majlis kali kelima ini diadakan bagi mengiktiraf penglibatan mahasiswa UPSI dalam pelbagi acara sukan , kesenian, kebudayaan, kemasyarakatan dan kepimpinan.

Aku

Pagi 14 hb tu, aku busy di sekolah sedang menyiapkan gerak kerja Kempen Sayangi Sekolah 2009. Sebagai Penasihat bagi program ni, sudah tentulah komitmen 100% diberikan(Guru Praktikumkan).

Nak pergi malam anugerah macam malasje, sebabnya kampustu jauh sangatlah, kemudian penat sangat rasanya badan dan kalau sebagai calon je, macam malas nak datang pulak anugerahni.


Sejarah

Sebelum ini, tahun 2006/2007 dan 2007/2008 aku pernah memenangi Anugerah Kepimpinan Pelajar Kategori Khidmat Masyarakat dua tahun berturut-turut.

SEMASA ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR TAHUN 2007

SEMASA ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR 2008

Kategori ni baru saja diperkenalkan dan akulah orang pertama dan seterusnya kekal memegangnya pada tahun kedua. Syukur, diatas kejayaan yang ditempa. Kata orang macam kerusi selesa untuk dikuasai. Sebenarnya bukanlah anugerah yang menjadi rebutan, namun keikhlkasan dan komitmen dalam melakukan sesuatu aktiviti kemasayarakatan itu lebih bermakna dari segalanya.

Malam Anugerah, 8.00pm , UPSI.

Tergesa-gesa aku menuju ke Dewan Serbaguna Kolej Za’ba untuk menghadiri Majlis Anugerah kali ke-5 ini.

CUAKJE MUKA KAN? LEWAT LAGI, PADAN MUKA.

Mujurlah sampai tak lewat. Perasaan yang mula-mula berbelah bahagi samada mahu pergi ataupun tidak akhirnya dibulatkan dengan kata putus,

”aku kena pergi”.

tak menangpun jalan-jalanpun jadilah”

manalah tau ada rezekikan”

boleh jumpa kawan2”

dah lama tak pergi kampuspun”

Akhirnya aku bertolak dari Wangsa Maju jam 5.00 petang.

Memang sudah ditakdirkan tuhan

Ya memang sudah ditakdirkan tuhan, Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan – ANUGERAH PERDANA NAIB CANSELOR 2008/2009 – anugerah yang paling berprestij dalam dunia kepimpinan UPSI. Penerimanya ialah

HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN.


ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL

Berikut sejarah 5 tahun Sepanjang anugerah ini diperkenalkan.:

Tahun 2005 – Mantan YDP MPP 2004/2005

Tahun 2006 – Mantan YDP MPP 2005/2006

Tahun 2007 – Saudara Ahmad Faizul Mantan YDP MPP 2006/2007

Tahun 2008 – Saudari Izan Mantan S/U MPP 2007/2008

Tahun 2009 – Saudara Hairul Faiezi Lokman Mantan Presiden Kelab Penyayang 2006/2007 dan 2007/2008

Kepimpinan, Orator dan Khidmat Masyarakat

Tiga bidang yang banyak membantu kejayaan. Bila ditanya oleh wartawan tempoh hari, ketiga-tiga bidang inilah yang membawa kejayaan kepada saya. Untuk menghuraikan kesemua penglibatan, memang terlalu banyak. Namun bila ditanya bagaimana membahagikan masa antara ketiga-tiganya? Pertama minat, kedua komitmen dan ketiga usaha.

Senarai Anugerah Dunia Kampus

  • Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI (Khidmat Masyarakat) 2007

  • Duta Penyayang IPT 2007

  • Anugerah Pencapaian Kelab Terbaik UPSI 2007 (Kelab Penyayang)

  • Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI (Khidmat Masyarakat) 2008

  • Anugerah Pencapaian Bitara KHAR (Kokurikulum) 2008

  • Anugerah Emas Debat Bahasa Melayu UPSI 2008

  • Anugerah Pencapaian IPT UPSI 2008

  • Anugerah Senarai Dekan SEM1 dan SEM7

Penghargaan

Buat semua yang banyak menyokong dalam penglibatan dunia kampus UPSI, jutaan penghargaan diucapkan. Untuk menyenaraikan kesemuanya memang terlalu banyak. Andai ditaip tentu berjela-jela. Kepada kawan-kawan yang
sempat mengucapkan tahniah melalui sms – INRA,KAZA,KADIR,MUZ,AQILAH,MINIE,HAFIZ terimakasih diucapkan.





Friday, April 10, 2009

ITULAH DIA PENGKISAHAN

SEMASA ENTRI INI DITULIS...
AKU MASIH TERTEKAN DENGAN KISAH HIDUPKU...

BAGAIMANA KAU SEORANG WANITA
YANG SANGAT MENCULASKAN SATU SIMBIOSIS KASIH
MENJALANGKAN PERIBADI..

SUNGGUH TAK KU SANGKA, WANITA SEMURAHMU SANGAT RENDAH MARTABATNYA..

ANDAI PENYANGAK MATA WANG DUNIA MAHU MENGGODAMMU PUN TIDAK LAKU PADANYA,
ITULAH DIA...
SEBURUK-BURUK PERIBADI SANG WANITA..

MUJUR KU TIDAK MENGAHWINIMU..

HANYA SEKADAR OMONGAN KOSONG,
MAHU MENDENGUS KATA BAHASA BUNYINYA...

Saturday, April 4, 2009

WAHDAH PEMANGKIN KHAIRU UMMAH

Juz nak Tunjuk gambar Sambutan Maulidurrasul Peringkat sekolah...
Tengokye...










Guru OH Guru..Jasa Kalian Amat Dihargai

CIKGU

Celik
Insan
Kerana
Guru
Unggul



Frasa tersebut memang sesuai diberikan kepada Insan Yang Bergelar Guru. Menjelang hari-hari terakhir praktikum ini (kurang lagi 3 minggu), terasa rindu dan terkenang zaman-zamn persekolahan dahulu. Buat semua guru akan ku ingat jasa kalin. Anak didikmu ini kelak juga bakal menjadi sebahagian rakan seprofesion anda.. Guru banyak memeberikan pengajaran dan ilmu yang berguna bukan sahaja dunia malah ukhrawi.

Memang jika mahu disebut, satu persatu nama memang agak sukar di nyatakan, namun biarlah hati, doa dan ingatan ku kepada kalian sebagai satu tinta wahalan yang tidak akan dilupakan. Jasa kalian bermula dari zaman mengaji al-quran, tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, sekolah asrama, pra-u dan Universiti malah guru-guru debat, persatuan kelab penyayang dan guru-guru secara tak langsung seperti memandu dan sebagainya akan diingati sampai bila-bila..

Guru Pembina Negara Bangsa
Tema
Hari Guru 2009
Sudah
Tentu
Tahun ini ada SMS,mahupun apa-apa sahaja ingatan yang berbunyi :

"Salam, Selamat Hari Guru Cikgu"


Dari anak-anak murid.

Dulu memang tak pernah terlintas mahu menjadi guru, namun setelah 4 tahun pengajian dalam pendidikan ditambah lagi dengan praktikum, ya..aku dah bersedia menjadi seorang GURU.

Benarlah kata Saudara Ali Ashraf , Seorang debater UM dan juga seorang bakal lulusan pendidikan dari UM: Katanya:

"Kenangan praktikum merupakan kenangan terindah"

Ya memang terindah.

SMKWM2, Is the best !

SELAMAT hari Lahir.. Buat dua insan yang disayangi..

Buat Kakak Yang Sangat Disayangi Serta Sayang Yang dirindui, Selamat Hari Jadi Di Ucapkan.. Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Dirahmati Allah S.W.T.
2007-10-30(17.33) Pictures, Images and Photos



Puan Rohayah Bt. Lokman


Siti Hawa Kamaluddin

Dua insan yang tersayang, moga kedua-duanya di lindungi tuhan...

SOALAN CEPU EMAS...

1) Bila Cikgu nak abis?
2) Cikgu lama lagi ke kat sini?
3) Alaaaa teruslah kat sini..
4) Cikgu jangan tuka tau..
5) Cikgu mintaklah kat sini..
6) Cikgu lepasni buat apa?
7) Cikgu jangan lupa belanja kitorang...

Tujuh soalan nih dah jemu aku jawab...

Persoalannya bila...dan bila... nak atau taknak...

Bila?
Biarlah Rahsia

Nak Tak?
Emmm cikgu cdg nak postingkat Peraklah...oppss tak tau lagilah kat mana..