Saturday, April 4, 2009

Guru OH Guru..Jasa Kalian Amat Dihargai

CIKGU

Celik
Insan
Kerana
Guru
Unggul



Frasa tersebut memang sesuai diberikan kepada Insan Yang Bergelar Guru. Menjelang hari-hari terakhir praktikum ini (kurang lagi 3 minggu), terasa rindu dan terkenang zaman-zamn persekolahan dahulu. Buat semua guru akan ku ingat jasa kalin. Anak didikmu ini kelak juga bakal menjadi sebahagian rakan seprofesion anda.. Guru banyak memeberikan pengajaran dan ilmu yang berguna bukan sahaja dunia malah ukhrawi.

Memang jika mahu disebut, satu persatu nama memang agak sukar di nyatakan, namun biarlah hati, doa dan ingatan ku kepada kalian sebagai satu tinta wahalan yang tidak akan dilupakan. Jasa kalian bermula dari zaman mengaji al-quran, tadika, sekolah rendah, sekolah agama, sekolah menengah, sekolah asrama, pra-u dan Universiti malah guru-guru debat, persatuan kelab penyayang dan guru-guru secara tak langsung seperti memandu dan sebagainya akan diingati sampai bila-bila..

Guru Pembina Negara Bangsa
Tema
Hari Guru 2009
Sudah
Tentu
Tahun ini ada SMS,mahupun apa-apa sahaja ingatan yang berbunyi :

"Salam, Selamat Hari Guru Cikgu"


Dari anak-anak murid.

Dulu memang tak pernah terlintas mahu menjadi guru, namun setelah 4 tahun pengajian dalam pendidikan ditambah lagi dengan praktikum, ya..aku dah bersedia menjadi seorang GURU.

Benarlah kata Saudara Ali Ashraf , Seorang debater UM dan juga seorang bakal lulusan pendidikan dari UM: Katanya:

"Kenangan praktikum merupakan kenangan terindah"

Ya memang terindah.

SMKWM2, Is the best !

No comments: