Friday, April 17, 2009

kenapa? tak percaya

Penulisan ini tidak bermaksud membanggakan diri.

Selasa lalu (14 Apr 2009) Anugerah Ketrampilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008/2009 dianjurkan dengan jayanya. Walaupun majlis tahun ni diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah Sahaja, namun tetap meriah. Majlis kali kelima ini diadakan bagi mengiktiraf penglibatan mahasiswa UPSI dalam pelbagi acara sukan , kesenian, kebudayaan, kemasyarakatan dan kepimpinan.

Aku

Pagi 14 hb tu, aku busy di sekolah sedang menyiapkan gerak kerja Kempen Sayangi Sekolah 2009. Sebagai Penasihat bagi program ni, sudah tentulah komitmen 100% diberikan(Guru Praktikumkan).

Nak pergi malam anugerah macam malasje, sebabnya kampustu jauh sangatlah, kemudian penat sangat rasanya badan dan kalau sebagai calon je, macam malas nak datang pulak anugerahni.


Sejarah

Sebelum ini, tahun 2006/2007 dan 2007/2008 aku pernah memenangi Anugerah Kepimpinan Pelajar Kategori Khidmat Masyarakat dua tahun berturut-turut.

SEMASA ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR TAHUN 2007

SEMASA ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR 2008

Kategori ni baru saja diperkenalkan dan akulah orang pertama dan seterusnya kekal memegangnya pada tahun kedua. Syukur, diatas kejayaan yang ditempa. Kata orang macam kerusi selesa untuk dikuasai. Sebenarnya bukanlah anugerah yang menjadi rebutan, namun keikhlkasan dan komitmen dalam melakukan sesuatu aktiviti kemasayarakatan itu lebih bermakna dari segalanya.

Malam Anugerah, 8.00pm , UPSI.

Tergesa-gesa aku menuju ke Dewan Serbaguna Kolej Za’ba untuk menghadiri Majlis Anugerah kali ke-5 ini.

CUAKJE MUKA KAN? LEWAT LAGI, PADAN MUKA.

Mujurlah sampai tak lewat. Perasaan yang mula-mula berbelah bahagi samada mahu pergi ataupun tidak akhirnya dibulatkan dengan kata putus,

”aku kena pergi”.

tak menangpun jalan-jalanpun jadilah”

manalah tau ada rezekikan”

boleh jumpa kawan2”

dah lama tak pergi kampuspun”

Akhirnya aku bertolak dari Wangsa Maju jam 5.00 petang.

Memang sudah ditakdirkan tuhan

Ya memang sudah ditakdirkan tuhan, Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan – ANUGERAH PERDANA NAIB CANSELOR 2008/2009 – anugerah yang paling berprestij dalam dunia kepimpinan UPSI. Penerimanya ialah

HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN.


ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL

Berikut sejarah 5 tahun Sepanjang anugerah ini diperkenalkan.:

Tahun 2005 – Mantan YDP MPP 2004/2005

Tahun 2006 – Mantan YDP MPP 2005/2006

Tahun 2007 – Saudara Ahmad Faizul Mantan YDP MPP 2006/2007

Tahun 2008 – Saudari Izan Mantan S/U MPP 2007/2008

Tahun 2009 – Saudara Hairul Faiezi Lokman Mantan Presiden Kelab Penyayang 2006/2007 dan 2007/2008

Kepimpinan, Orator dan Khidmat Masyarakat

Tiga bidang yang banyak membantu kejayaan. Bila ditanya oleh wartawan tempoh hari, ketiga-tiga bidang inilah yang membawa kejayaan kepada saya. Untuk menghuraikan kesemua penglibatan, memang terlalu banyak. Namun bila ditanya bagaimana membahagikan masa antara ketiga-tiganya? Pertama minat, kedua komitmen dan ketiga usaha.

Senarai Anugerah Dunia Kampus

  • Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI (Khidmat Masyarakat) 2007

  • Duta Penyayang IPT 2007

  • Anugerah Pencapaian Kelab Terbaik UPSI 2007 (Kelab Penyayang)

  • Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI (Khidmat Masyarakat) 2008

  • Anugerah Pencapaian Bitara KHAR (Kokurikulum) 2008

  • Anugerah Emas Debat Bahasa Melayu UPSI 2008

  • Anugerah Pencapaian IPT UPSI 2008

  • Anugerah Senarai Dekan SEM1 dan SEM7

Penghargaan

Buat semua yang banyak menyokong dalam penglibatan dunia kampus UPSI, jutaan penghargaan diucapkan. Untuk menyenaraikan kesemuanya memang terlalu banyak. Andai ditaip tentu berjela-jela. Kepada kawan-kawan yang
sempat mengucapkan tahniah melalui sms – INRA,KAZA,KADIR,MUZ,AQILAH,MINIE,HAFIZ terimakasih diucapkan.





10 comments:

kAseh Abdul Aziz said...

abg faizie...
sgt2 thniah. tmpg bangga skali.
ank sel (smgt kenegerian btl!) he3

bangg3x...
sj xm0 wish kat hp...sdg bkabung atas kesedihan kkalahan remy. ha3

ape2 p0n...
thniah!
mmg da jngka da. (bncg dgn abg helmi) kih3

kAseh Abdul Aziz said...
This comment has been removed by the author.
. said...

eleh...yeke?....sorry............

walau kalah, tapi pakwe awak tetap hebat tau...

. said...

hebat apatau? hebat sebab dapat awak...jelous gitu..bole..

jumapx said...

salam...
tahniah...

shahida nalini said...

tahniah... :)

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) said...

tahniah ratu hihihihi(gurau jah)

kAseh Abdul Aziz said...

wahhh...
abg faizie punye statemnt.
ha3

ble nk blnje ni?
ttibe trigt plak ms sem 1, pnh d blnje oleh org ni. kui3

~ats kmengn anda...ada tag utk d jwb.
=p

kAseh Abdul Aziz said...

wahhh...
abg faizie punye statemnt.
ha3

ble nk blnje ni?
ttibe trigt plak ms sem 1, pnh d blnje oleh org ni. kui3

~ats kmengn anda...ada tag utk d jwb.
=p

. said...

Tq semua,

Bib Sastera
Motip belanja,insyaALlah..Nanti abg Konvo belanja ye..hihi

Jumain UMP
tq bebanyak..

Shahida
Tq shaheda, tahniah JMK yg cemerlang