Menjelang Konvokesyen lagi beberapa minggu..
Terkenang akan rakan-rakan di Kolej Harun Aminurrashid..
Ditujukan buat semua (tanpa nama) yang rasakan kena dengan situasi yang akan aku coretkan:
Ingatkah kawan-kawan kita selalu berjalan kaki kedepan kedai makcik lambat- satu nama agung kedai makanan popular student ketika itu..Kenapa panggil kedai makcik lambat? jawabnya dia masak sangat lamabat. andai kita order nasi goreng ayam 5 bungkus dia akan masak sebanyak 5 kali untuk 5 hidangan. Motiftak? Walaupun lambat, tetapi makanan disitu sangat sedap..air sirap bandung cincaunya jadi ingatan.
Ingatkah kawan-kawan kita sama-sama menonton tv diruang tamu rumahku 2-2-6 menonton perlawanan bola dan drama bersiri Manjalara setiap petang, dan alangkah sedihnya tv tu kena rampas....ingatkah orang yang merepotnya?
Ingatkah kawan-kawan nasi goreng, bee hon dan beberapa masakan lain yang selalu aku masak kat kolej untuk kalian?ingatlah nasi goreng rentungku itu sampai bila-bila.
Ingatkah kawan-kawan dengan tragedi muz menyergah perompak dirumah 2-2-10?hehe..
Ingatkah kawan-kawan port rumah sensasi 2-2-6..?
Ingatkah kawan-kawan kita pernah masuk satu pertandingan fashionistas di KHAR?..dengan yakinnya...(sekali dalam seumur hidup)
IngIngatkah kawan2 kisah pergaduhan sensasi antara *&%^*^&& dan &^&%&*((
Ingatkah kawan-kawan kita bermain futsal di tepi pantai teluk Batik?
Ingatkah kawan-kawan kita dan kita........
Kenangan lalu akan disimpan rapi dalam ingatan...Sejarah terindah akan disimpan dalam lipatan memori..atkah kawan-kawan kita g Teluk Batik bersama-sama?........
Kalau ikutkan banyak sangat kisah yang mahu di coretkan..namun biarlah ianya tinggal kenangan..
Thursday, July 23, 2009
Wednesday, July 22, 2009
KEGAGALAN..
Menanti konvo yang tidak lama lagi..
Kadang-kadang anda dan saya juga memang pernah merasai kegagalankan?..
Justeru, kegagalan adalah rencah dan asam dalam kehidupan..
Justifikasi senarai kegagalan :
1) Gagal memperolehi keputusan cemerlang bagi UPSR,PMR dan SPM.
2) Gagal menyambung pengajian ke Matrikulasi.
3) Gagal dalam percintaan.
4) Gagal dalam perhubungan dengan rakan-rakan.
5) Gagal memeperolehi anugerah-anugerah akademik.
6) Gagal menguasai bidang pengucapan awam.
7) Gagal menjadi hambaNYA yang esa.
8) Gagal menjadi pemimpin yang terbaik dalam semua penyertaan.
9) Gagal dalam praktikum tatkala memperolehi B sahaja.
Dan kadang-kadang kegagalan itu mematangkan manusia. Dari kekhilafan kita bina keimanan. Dari kebobrokan kita bina kemurniaan. Dan seterusnya.
Justeru, perubahan akan dan tentu berlaku...
Kepadamu Ya Tuhan..
Sebagai hambamu yang lemah, kumohon kegagalan dan kekhilafan ini menjadi satu sumber, kejayaan pada masa hadapan. InysaAllah.

Perjalanan Hidup Satu Tujuan.
Kenangan Semasa Praktikum di SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Kenangan 4 tahun di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI jadi memori abadi.
Kenangan Praktikum Di SK Sg Buaya, Rawang, Selangor.
Setelah lama dinantikan, inilah saat-saat yang ditunggu, istiadat konvokesyen. Berangan mahu memakai jubah tatkala melihat abangku berkonvo, kini bakal menjadi realiti. Berangan mengambil gambar sebesar bagak juga bakal direalisasikan. Alhamdulillah buat kesekian kalinya, Allah melunaskan hasrat untuk bergelar graduan sarjana muda pertama. Mimpi bukanlah fantasi andai tekad dan impian disaluti. Dulu sejarah akademikku, bukanlah sehebat manapun sekadar mendapat 3A,3B,3C (SPM) sahaja. Berbanding dengan rakan-rakan, ada yang memperolehi kesemua A dalam peperiksaan. Tetapi inilah rezeki yang Allah berikan. Tarikh 15 Ogos bakal menjadi saksi. Jemput datang ye..
Temuduga KPM
Temuduga juga merupakan saat yang paling dirisaukan. Mahu menjawab beberapa soalan berkaitan isu pendidikan menjadi alat untuk Berjaya ataupun tidak. Walaupun bekerja di KPM, dan andai cuba membodek2 soalan, namun manakan mungkin yang susah menjadi mudah, integriti juga janganlah disanggah. Untuk temuduga guru KPM akau akan bertemuduga di BTPN Melaka pada 5 Ogos 2009. Kebetulan pada ketika itu aku ‘out station’ untuk taklimat kursus di King Hotel, Melaka, jadi mudahlah untuk kesana.
Kerja
Kerja berjalan seperti biasa. Rutin taklimat bagi beberapa kursus masih diteruskan. 26-29 Julai takliamt di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Kemudian Awal ogos di Hotel King, Melaka. Kadang-kadang pernah jua terfikir sama ada mahu bekerja terus disisni ataupun sebagai seorang guru?.Sebenarnya selain tawaran di KPm tempat ku bekerja ini), aku juga mendapat tawaran di Jabatan Perdana Menteri Sebagai Pegawai Khas Program Anak-Anak Permata Negara. Namun aku tolak disaat-saat akhir. Semuany kerana cintakan bidang perguruan. Tatkala membaca SMS hari guru (masih disimpan), hatiku terus teringatkan suasa sekolah. Ya Allah berikanlah ku petunjuk, jalan mana yang terbaik untukku.
Kenangan 4 tahun di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI jadi memori abadi.
Kenangan Praktikum Di SK Sg Buaya, Rawang, Selangor.
Kenangan Semasa di Asrama Sekolah
Blog ini sengaja dimulakan dengan gambar-gambar diatas. Gambar tersebut sangat menyuntik elemen kenangan yang selalu terbayang didalam ingatan.
Blog ini sengaja dimulakan dengan gambar-gambar diatas. Gambar tersebut sangat menyuntik elemen kenangan yang selalu terbayang didalam ingatan.
Kerja, Temuduga, Konvo dan Posting.
Empat frasa ni memang selalu disebut-sebut oleh semua kawan2. Semua sibuk nak postinglah, kerjalah, persiapan konvo dan temuduga. Yang pasti kesemuanya akan menjelma tidak lama lagi.
Kenangan di Universiti
Menjelang tarikh istiadat konvokesyen yang hanya kurang dari sebulan ni, selalu aku teringatkan kisah-kisah di universiti. Kalau mahu dijilidkan bak tesispun berdombong-dombong koleksi yang boleh dihasilkaRakan-rakan yang sangat menghiburkan, suasana kampus yang sangat menceriakan dan kuliah yang tidak membebankan. Semua himpunan memori akan tersimpan. Kenangan hampir 4 tahun di Kolej Harun terlalulah banyak. Unit 2-5-9, 2-2-10, 2-2-6 dan 2-4-1 akan disimpan sebagai satu kenangan cukup terindah. Tragedi rampasan TV haram di unit 2-2-6 tentu tidak boleh dilupakan. Kemudian beramai-ramai menyaksikan siaran secara langsung bola dan drama petang manjalara (kini ulangan di tv3) dirumahku?huhu inra,yus,ashiq,muz,raizuan tentu ingatkannya.
Konvokesyen
Setelah lama dinantikan, inilah saat-saat yang ditunggu, istiadat konvokesyen. Berangan mahu memakai jubah tatkala melihat abangku berkonvo, kini bakal menjadi realiti. Berangan mengambil gambar sebesar bagak juga bakal direalisasikan. Alhamdulillah buat kesekian kalinya, Allah melunaskan hasrat untuk bergelar graduan sarjana muda pertama. Mimpi bukanlah fantasi andai tekad dan impian disaluti. Dulu sejarah akademikku, bukanlah sehebat manapun sekadar mendapat 3A,3B,3C (SPM) sahaja. Berbanding dengan rakan-rakan, ada yang memperolehi kesemua A dalam peperiksaan. Tetapi inilah rezeki yang Allah berikan. Tarikh 15 Ogos bakal menjadi saksi. Jemput datang ye..
Temuduga KPM
Temuduga juga merupakan saat yang paling dirisaukan. Mahu menjawab beberapa soalan berkaitan isu pendidikan menjadi alat untuk Berjaya ataupun tidak. Walaupun bekerja di KPM, dan andai cuba membodek2 soalan, namun manakan mungkin yang susah menjadi mudah, integriti juga janganlah disanggah. Untuk temuduga guru KPM akau akan bertemuduga di BTPN Melaka pada 5 Ogos 2009. Kebetulan pada ketika itu aku ‘out station’ untuk taklimat kursus di King Hotel, Melaka, jadi mudahlah untuk kesana.
Kerja
Kerja berjalan seperti biasa. Rutin taklimat bagi beberapa kursus masih diteruskan. 26-29 Julai takliamt di Hotel Putra, Kuala Lumpur. Kemudian Awal ogos di Hotel King, Melaka. Kadang-kadang pernah jua terfikir sama ada mahu bekerja terus disisni ataupun sebagai seorang guru?.Sebenarnya selain tawaran di KPm tempat ku bekerja ini), aku juga mendapat tawaran di Jabatan Perdana Menteri Sebagai Pegawai Khas Program Anak-Anak Permata Negara. Namun aku tolak disaat-saat akhir. Semuany kerana cintakan bidang perguruan. Tatkala membaca SMS hari guru (masih disimpan), hatiku terus teringatkan suasa sekolah. Ya Allah berikanlah ku petunjuk, jalan mana yang terbaik untukku.
Thursday, July 9, 2009
TAMAT TAKLIMAT KURSUS DI JB
Alhamdulillah selesai kursus di Tanjung Puteri Resort JB. Jutaan penghargaan buat semua peserta dari JPN Johor dan Kakitangan Bukan Akademik sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. 3 Kursus iaitu Kursus Pra Persaraan, Kursus Pembangunan Insan Cemerlamng siri 31 dan 32.
Keseluruhannya peserta kursus ni semuanya spoRting,pergi main bowling , sauna dan mandi kolam bersama-sama khasnya golongan veteran bagi kursus pra Persaraan.. Andai ada masa berjumpa lagi. InsyaAllah.
Wednesday, July 1, 2009
Berita hidup terkini..
Emm lamanya tak menulis dalam blog. Walaupun sekarang biladah kerja komputer depan mata internet 24 hour, tapi kadang-kadang takde mood nak "post" apa-apa buletin.
Konvo.
Tarikh konvo aku dah rasmi pada 15 Ogos 2009 sidang pagi. Alhamdulillah sebab walupun tarikhtu hari terakhir konvo tapi tarikhtu jatuh pada hari sabtu. So cuti dan tak perlu untuk mohon cuti. Pakaian? aku rasa baju biasa jadilah. Takde nak havoc-havocnya(bak kata Raizuan BM).
Out Station?
Memandangkan aku berkerja dalam unit Latihan dan Induksi di KPM, kursus memang tak henti. Jadi sebagai pegawai, taklimatpun tak henti-henti. Jadual? untuk bulan Julai ni 3 kursus selama 14 hari aku out station. Di Tanjung Puteri, Johor,-Coral Bay Pangkor dan Teluk Dalam,Pangkor. Motipnya? duit banyak habis. Nasib baik 'claim milage ada' itupun yang adooo lambat dapat.
Kesihatan.
Akhir Jun aku dijangkiti virus "chicken pox". Sangat menyeksakan. 4 hari aku tak mandi. Tapi alhamdulillah semuanya dah ok. Aku harap sangat Allah s.wt berikan kesihatan yang lebih buat diri aku. aMemandangkan ada 3 kursus menanti.
Posting?
Semua call atau sms tanya, Faiezi bila posting kau tautak? mentang-mentanglah aku kerja di KPM so dorang tanya aje. Jawabnya samada Oct,Nov atau Januri tahun depan. Tunggu dan tunggu. Kawan-kawan Tesl IPSAH semua akan posting 16 Julai ni. Tahniah semua..Tahniah untuk BOY dan Camel yang ter :posting: di JOHOR.
Kereta?
oRANG SELALU TANYA? hai dah keje tak beli ketake? masalahnya banyak sanagtke duit aku nak beli kereta> Bila aku nak dapat kereta? tunggu...memang itu sangat penting bagi aku.Tapi nanti-nantilah dulu...Jenama apa? tunggu...but cluenya BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Pengacaraan
Walaupun tidak berada di kampus, aku masih lagi menjadi MC dalam banyak program Terbaru dijemput menjadi MC majlis perkahwinan seorang anak Prof UPM dan terkini MC untuk perhimpunan bulanan KPM. Kalau dah minat. cebur saja.asalkan tak susuahkan orang lain..betultak?
Kepada semua selamat maju jaya dan didoakan keceriaan yang berpanjangan..InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)