Well macam bosanje..sajala aku nak share beberapa gambar kat semua. Tengok gambarni,fahami dan gelak sorang-sorang. Ada juga beberapa gambarni untuk renungan kita bersama.
Kereta aku warna putih, tapi ok jek. Tak jadi masalah andai pandai jaga.
Kata orang putih itu cepat kotor. Tapi takdelah. Andai kita pandai menjaganya ok jek. Begitu juga dengan diri kita, kita mampu mengubahnya andai kita berazam dan bertekad merubahnya. Renung-renungkanlah. Selamat beramal.
Emm aku taktaulah..semacam bosanje kerja time ramadhanni.. Ofice sunyi memanjang.. . . . . . .. . . Tak ada apa2 yang menarik. Nilah takde kerja.Aku ambil gambar2 kat Ofice..
Suasana ofice yang suram.. Semuanyapun bosan je.. Patriotikla kunun ada bendera..pulaktuh dah pasang lampu kelip2 Dinding dihias bendera..
Sajak yang aku ciptani lahir dari luahan perasaan yang wujud dalam jiwa. Rasanya sudah lama tidak aktif dalam menghasilkan sajak. Kalau dulu-dulutu adala juga buat-buat sajak..
Cinta Adam dan Hawa
Detik berdetik
Masa demi masa
Ohh tidak sangka hanya seketika…
Wahai Hawa
Kehaidranmu tak kupinta
Kewujudanmu memang tidak pernah terlintas dalam jiwa
Namun cepatmu terburu-buru
Berusaha menempatkan dirimudalam jiwa sang Adam ini
Mengoles sebuah rasa dalam jiwa
Ku menurut dalam hatiku terdetik
Ya….
Mungkin ini teman sepanjang hayatku
Benar penaakulanku kau culas tidak lama
Menilai Si Adam hanya seketika
Hei Hawa – Don’t judge book by its coverlah…
Seperti awalnya
Kehadiranmu tak kupinta
Keterburuanmu mengoles cinta dalam hati si Adam
Nah ku tertawa
Kini kau merencatkan satu simbiosis cinta yang kau sendiri cipta
Apa kau ingat ini lakonan semata..
Dan si Adam adalah satu simbol analisis cinta?
PUTUS – mudahnya kalimat ini lahir.
Yatuhan…
Inikahbalasan buat si Adam yang jahil ini?
Sukarnya si Adam menanggung derita
Si Hawa mana tahu
Diakhirnya…
SiAdam haruslah tabah dan tabah..
Si Adam tewas lagi pada perlumbaan keduanya.
Hairul Faiezi Lokman
Putrajaya
12.10 pagi
Terimakasih buat semua yang telah memberikan hadiah,cenderamata sempena konvo aku.Tq
Hah... inilah fenomena.. harini jumaat. esok sabtu barunak puasa.. tapi * * * persiapan perhiasan raya meriah dijalankan.. Memasang lampu hiasan pelita pasang itu, pasang ini, * * * hei meriahnya meriah sangat cantik betul AMAT BERMOTIF padahal raya lagi sebulan sehari..
Hidup memang selalunya tidak seindah yang disangkakan. Dugaan,cabaran dan pengorbanan haruslah ditempuhi dengan penuh tabah. Kehidupan sangatlah mengujakan andai kita dilimpahai kesenangan,kebahagian,keamanan dan kesejahteraan. Hajat dan impian kadang-kadang tidak dapat dikotakan sepenuhnya. Aku merasakan hidup yang sempurna bukanlah insan yang “perfect” segala urusan hidupnya kerana hidup yang sempurna harus mempunyai sulaman kegembiraan dan kesedihan. Kegembiraan yang major sememangnya menjadi cita-cita dan impian semua. Namun siapalah kita yang mampu menentukan segala-galanya. Kadang-kadang perancangan rapi kita laksanakan namun lain pula yang terjadi.
Menjelang fasa kehidupan ber’profesion’ ini, aku merasakan hidup aku masih lagi tidak selengkap dan semolek mana lagipun. Pertama, asas agama yang masih lemah dan tidak layak menjadi seorang pemimpin pada satu komuniti masyarakat kelak. Bergelar guru seharusnya aku menjadikan diri aku semuaallim yang mungkin. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku cuba untuk memperbaiki diri dari jahil kepada mulia pada amal dan suruhannya.
Kedua, memiliki kekaksih atau senang kata calon isteri. Usia yang semakin lanjut ini seharusnya menjadi kebimbangan apabila tidak mempunyai kekasihpun. Berchenta? Ohh sudah beberapa kali berchenta namun putus ditengah jalan. Berpisah bukanlah kerelaan namun takdir yang dicipta oleh kekasih itu sangat menyeksakan. Aku sering berdoa kepada Allah agar dipercepatkan jodoh dan bertemukan wanita soleh buat dijadikan bakal isteri kelak.InsyaAllah.
Ketiga, membahagaiakan insan-insan yang selalu aku kenangkan. Buat ayah (lokman Hj Yusuf) anakmu ini kan cuba memberikan yang terbaik buatmu selagi ada hayatmu. Dan juga buat kakak (Rohaidah Lokman) yang sangat sukar kehidupannnya. Anak dan adikmu ini sedaya upaya memberikan kebahagiaan yang sedaya mungkin.
Keempat, melaksanakan nazar yang pernah aku detikkan dalam diriku setelah bergelar Graduan. InsyaAllah nazar yang aku lafazakan akan aku kotakan. YaAllah moga aku dapat lakukannya.
Menjelang Ramadhan Al-Mubarak ini, aku memohon keampunan buat semua ahli keluarga, sahabat andai dan masayarakat islam semua. Dengan harapan Ramadhan kali ini mengubah hidupku dari insan yang jahil kepada insan yang tawaduk kepadanya. InsyaAllah.
Sabtu lalu (15 Ogos 2009) selesai sudah Istiadat Konvokesyenku. Dibawah ini adalah bhebhe rapa gambar yang sempat diambil.
Kenangan Konvokesyen
Semasa Pergi Ke UPSI
Perancangan awal aku akan ‘stay; hari jumaat di Rumah Muz di KHAR supaya tak tergesa-gesa. Namun perancangan tak jadi sebabnya aku terpaksa bawa ayah dan kakak aku pada awal pagi konvo kerana abang aku akan sampai pada pagi sabtu dan bukan pada malam jumaat. Jadi aku bertolak pada pagi sabtutu jam 7.15 pagi dari Rawang ke UPSI (dekatjepun, bukan jauh sangat) dan sampai pada jam 7.55 pagi. Alhamdulillah aku minta ayah dan kakak aku terus menuju ke Dewan SITC dan aku pergi ke Auditorium. Terimakasih buat Yani yang tolong pasang klip dekat selimpang aku..
Semasa Perarakan Graduan
Alhamdulillah lah syukur tak hujan pagituh. Sebab sebelumtu ada satu istiadat sidang keberapa tak pasti waktutu hujan. Jadi mereka terpaksa berlari-lari dan terus masuk kedewan. “voguenya” rasa bila beraraktuh dan apabila masuk dewan bangga tak terkata.
Kisah Tersadung Kasut dan Salam Pro Canselor
Semasa giliran untuk menaiki tangga mengikut flow penerima ijazah entah bagaimana boleh terjadi, aku hamper nak terjatuh tersadung dek tangga. Nasib baik tak jatuh dan orang ramai masatuh pun tak perasan coz dorang tumpukan mata dekat skrin utama. Setelah gelabah tersadung tadi aku gabra pula apabila berhadapan dengan pro canselor. Dengan keyakinan dan confidentjah(huhu bahasa lama tak diungkapkan) aku bersalam dengan Pro Canselor. Bersalam tak lah salah, namun protokol konvo manada bersalam. Yakin tak yakinlah.. Sape penah buat? Akulah..hehehe. Semasa nak turun dari stage, orang ramai macam bising-bising, rupa-rupanya mortaboard kawan aku terjatuh selepas bersalam dengan Pro Canselor.. Hei macam2 hal. Dan apa yang MEMBUATKAN AKU BERBAUR BANGGA APABILA AKU LALU SEBELAH NAIB CANSELOR & TIMBALAN NAIB CANSELOR, DORANG UCAP TAHNIAH DAN TEPUK TANGAN.Thanks VC coz masih ingat nama HAIRUL.hehe
Semasa Perarakan Keluar Graduan
Setelah selesai pengumuman ALUMNI UPSI menyusul adalah perarakan keluar. Bangga lagi..(kembang lagi).Keluar berjalan dari dewan aku mencari-cari manalah anak-anak buah dan sanak kaum kerabat. Takde pula. ALih-alih rupanya dorang dekat Audi. Silap lokasi dah…Tapi yang buat aku terharu dan HAMPIR MENANGIS bila kawanku WAN MPP datang berjumpaku dan memberikan sekuntum bunga. Tq sangat-sangat wan katkau. Kaulah kawan awal dan akhir di kampusni. Huhu sedeynya dengar cite dia. Hadiah
Hadiah konvo? Huh serius macam sambutan hari Guru dan Tamat Praktikumje gamaknya. Tq buat Abg Rashid,Kakyah Family kerana sumbangkan 2 jambangan bunga yang aku boleh katakan sangat mahal harganya(agak membazir tapi bak kata akak aku, takpelah sekali seumur hidup) dan kini dah layupun dirumahku. Kepada Anida yang memberi hadih baju G2000,Selipar Polo,Cokelat Cadbury,Shida-Baju Durban, Y-Tie Suave,Kak Yati-Pen Parker, Abg Hairi-T-Shirt Polo & Tie,Muzaffar-Troli Replika. Terima kasih semuanya. Buat Kak Idah terimasih kerana sudi hadir.
Kehadiran keluarga dan sahabat handai
Buat kaum keluarga yang RAMAI hadir untuk adik bongsumu ini, tq sesangat diucapkan. Sanggup mohon cuti, korban masa dan waktu kalian untuk konvoni. Buat rakan-rakan juga tak lupa kerana sudi datang dan memberi sokongan.
Ucapan Penghargaan.
Mesej dan kad yang kuterima adalah dari sahabat handai,para guru sekolah lama dan pensyarah. Terima kasih buat, Muzaffar,Muz Bayyazid,Yuszaiman,Raizuan, Rashdan, Amy, Ijat dan beberapa no yang aku tak tahu siapa pemiliknya. Apa-apa pun terimakasih. Buat Guru-guru Pn. Rosmani, Pn.Zarina, Pn.Kanha,Pn.Zainab,Pn.Noraini Abdullah,Pn.Noraini Ibrahim,En.Azmi,En.Yusri, Pn.Citi Haida, Pn.Ct Zuliana,Pn.Kanha,Pn.Hayati terimakasih kerana masih mengingati anak muridmu ini. Tak lupa buat pensyarah En.Hasbi,Dr.Hisham,Cik Zuraini tq diucapkabn. Sekalung penghargaan untuk semua juga yang mengucapkan tahniah dan syabas dan sanggup hadir memeriahkan majlis serta mengambil gambar buat Aini Vogue,Azhar & Wan.
Menunaikan amanat Arwah Bonda
Alhamdulillah, impian dan hajat arwah mak (Hjh Saenah) yang mahu aku menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan (Guru) tercapai dan termakbul jua. Syukur. Walaupaun mak tiada disisi semasa konvo namun aku percaya beliau melihat penuh kegembiraan. Terimalah Ijazah sarjana Muda Pendidikan ini sebagai bukti dekrol(gelaran nama dalam keluarga) boleh Berjaya walaupun terkejar-kejar diperingkat awal.
Jasa Insan Yang Merubah Diriku.
Jujurnya, insan yang banyak merubah gaya, penampilan,komunikasi dan keyakinan ku adalah bekas guru sekolah rendahku En.Rafi Zuhri (guru @ jurulatih pidatoku). Kalau ditanya apa jasanya padaku, terlalu bererti. Aku asalnya seorang pendiam,selekeh,tiada keyakinan dan tidak bersosial mampu diubah oleh insan bergelar sang guru ini. Beliau mengubah hidupku menjadi seorang yang berkeyakinan,petah berbicara,mampu bersosial dan berkomunikasi dengan baik. Pada ketika itulah buat pertama kalinya aku mewakili sekolah didalam pertandingan PIDATO dan mendapat JOHAN HULU SELANGOR. Selepas itulah aku mempunyai keyakinan dan serba sedikit, kejayaan demi kejayaan yang aku tempa ini adalah hasil teguran,ajaran dan nasihat yang beliau berikan. Terimaksih diucapkan.
Konvo Adalah Kenangan Terindah Aku merasakan istiadat konvo ini merupakan satu dari beberapa siri kenangan terindah yang sudah pasti tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Buat semua rakan-rakan yang seangkatan tahniah,baut adik-adik muda nantikan detik ini kelak dan buat yang masih bertatih di bangku sekolah, nak rasa kenangan terindah masuklah university dan rasailah kenikmatan konvokesyen.