Sabtu lalu (15 Ogos 2009) selesai sudah Istiadat Konvokesyenku. Dibawah ini adalah bhebhe rapa gambar yang sempat diambil.
Kenangan Konvokesyen
Semasa Pergi Ke UPSI
Perancangan awal aku akan ‘stay; hari jumaat di Rumah Muz di KHAR supaya tak tergesa-gesa. Namun perancangan tak jadi sebabnya aku terpaksa bawa ayah dan kakak aku pada awal pagi konvo kerana abang aku akan sampai pada pagi sabtu dan bukan pada malam jumaat. Jadi aku bertolak pada pagi sabtutu jam 7.15 pagi dari Rawang ke UPSI (dekatjepun, bukan jauh sangat) dan sampai pada jam 7.55 pagi. Alhamdulillah aku minta ayah dan kakak aku terus menuju ke Dewan SITC dan aku pergi ke Auditorium. Terimakasih buat Yani yang tolong pasang klip dekat selimpang aku..
Semasa Perarakan Graduan
Alhamdulillah lah syukur tak hujan pagituh. Sebab sebelumtu ada satu istiadat sidang keberapa tak pasti waktutu hujan. Jadi mereka terpaksa berlari-lari dan terus masuk kedewan. “voguenya” rasa bila beraraktuh dan apabila masuk dewan bangga tak terkata.
Kisah Tersadung Kasut dan Salam Pro Canselor
Semasa giliran untuk menaiki tangga mengikut flow penerima ijazah entah bagaimana boleh terjadi, aku hamper nak terjatuh tersadung dek tangga. Nasib baik tak jatuh dan orang ramai masatuh pun tak perasan coz dorang tumpukan mata dekat skrin utama. Setelah gelabah tersadung tadi aku gabra pula apabila berhadapan dengan pro canselor. Dengan keyakinan dan confidentjah(huhu bahasa lama tak diungkapkan) aku bersalam dengan Pro Canselor. Bersalam tak lah salah, namun protokol konvo manada bersalam. Yakin tak yakinlah.. Sape penah buat? Akulah..hehehe. Semasa nak turun dari stage, orang ramai macam bising-bising, rupa-rupanya mortaboard kawan aku terjatuh selepas bersalam dengan Pro Canselor.. Hei macam2 hal. Dan apa yang MEMBUATKAN AKU BERBAUR BANGGA APABILA AKU LALU SEBELAH NAIB CANSELOR & TIMBALAN NAIB CANSELOR, DORANG UCAP TAHNIAH DAN TEPUK TANGAN.Thanks VC coz masih ingat nama HAIRUL.hehe
Semasa Perarakan Keluar Graduan
Setelah selesai pengumuman ALUMNI UPSI menyusul adalah perarakan keluar. Bangga lagi..(kembang lagi).Keluar berjalan dari dewan aku mencari-cari manalah anak-anak buah dan sanak kaum kerabat. Takde pula. ALih-alih rupanya dorang dekat Audi. Silap lokasi dah…Tapi yang buat aku terharu dan HAMPIR MENANGIS bila kawanku WAN MPP datang berjumpaku dan memberikan sekuntum bunga. Tq sangat-sangat wan katkau. Kaulah kawan awal dan akhir di kampusni. Huhu sedeynya dengar cite dia.
Hadiah
Hadiah konvo? Huh serius macam sambutan hari Guru dan Tamat Praktikumje gamaknya. Tq buat Abg Rashid,Kakyah Family kerana sumbangkan 2 jambangan bunga yang aku boleh katakan sangat mahal harganya(agak membazir tapi bak kata akak aku, takpelah sekali seumur hidup) dan kini dah layupun dirumahku. Kepada Anida yang memberi hadih baju G2000,Selipar Polo,Cokelat Cadbury,Shida-Baju Durban, Y-Tie Suave,Kak Yati-Pen Parker, Abg Hairi-T-Shirt Polo & Tie,Muzaffar-Troli Replika. Terima kasih semuanya. Buat Kak Idah terimasih kerana sudi hadir.
Kehadiran keluarga dan sahabat handai
Buat kaum keluarga yang RAMAI hadir untuk adik bongsumu ini, tq sesangat diucapkan. Sanggup mohon cuti, korban masa dan waktu kalian untuk konvoni. Buat rakan-rakan juga tak lupa kerana sudi datang dan memberi sokongan.
Ucapan Penghargaan.
Mesej dan kad yang kuterima adalah dari sahabat handai,para guru sekolah lama dan pensyarah. Terima kasih buat, Muzaffar,Muz Bayyazid,Yuszaiman,Raizuan, Rashdan, Amy, Ijat dan beberapa no yang aku tak tahu siapa pemiliknya. Apa-apa pun terimakasih. Buat Guru-guru Pn. Rosmani, Pn.Zarina, Pn.Kanha,Pn.Zainab,Pn.Noraini Abdullah,Pn.Noraini Ibrahim,En.Azmi,En.Yusri, Pn.Citi Haida, Pn.Ct Zuliana,Pn.Kanha,Pn.Hayati terimakasih kerana masih mengingati anak muridmu ini. Tak lupa buat pensyarah En.Hasbi,Dr.Hisham,Cik Zuraini tq diucapkabn. Sekalung penghargaan untuk semua juga yang mengucapkan tahniah dan syabas dan sanggup hadir memeriahkan majlis serta mengambil gambar buat Aini Vogue,Azhar & Wan.
Menunaikan amanat Arwah Bonda
Alhamdulillah, impian dan hajat arwah mak (Hjh Saenah) yang mahu aku menyambung pelajaran dalam bidang Pendidikan (Guru) tercapai dan termakbul jua. Syukur. Walaupaun mak tiada disisi semasa konvo namun aku percaya beliau melihat penuh kegembiraan. Terimalah Ijazah sarjana Muda Pendidikan ini sebagai bukti dekrol(gelaran nama dalam keluarga) boleh Berjaya walaupun terkejar-kejar diperingkat awal.
Jasa Insan Yang Merubah Diriku.
Jujurnya, insan yang banyak merubah gaya, penampilan,komunikasi dan keyakinan ku adalah bekas guru sekolah rendahku En.Rafi Zuhri (guru @ jurulatih pidatoku). Kalau ditanya apa jasanya padaku, terlalu bererti. Aku asalnya seorang pendiam,selekeh,tiada keyakinan dan tidak bersosial mampu diubah oleh insan bergelar sang guru ini. Beliau mengubah hidupku menjadi seorang yang berkeyakinan,petah berbicara,mampu bersosial dan berkomunikasi dengan baik. Pada ketika itulah buat pertama kalinya aku mewakili sekolah didalam pertandingan PIDATO dan mendapat JOHAN HULU SELANGOR. Selepas itulah aku mempunyai keyakinan dan serba sedikit, kejayaan demi kejayaan yang aku tempa ini adalah hasil teguran,ajaran dan nasihat yang beliau berikan. Terimaksih diucapkan.
Konvo Adalah Kenangan Terindah
Aku merasakan istiadat konvo ini merupakan satu dari beberapa siri kenangan terindah yang sudah pasti tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Buat semua rakan-rakan yang seangkatan tahniah,baut adik-adik muda nantikan detik ini kelak dan buat yang masih bertatih di bangku sekolah, nak rasa kenangan terindah masuklah university dan rasailah kenikmatan konvokesyen.
1 comment:
abg faiezi...
s0wi x dtg k0nvo abg faiezi.
sy ade hal.
=(
Post a Comment