Buat pertama kalinya aku puasa di Putrajaya setelah bekerja di Kementerian Pelajaran Malaysia sejak Jun 2009 yang lalu.
Apa yang istimewa atau kelainananya ?
Pertama di Putrajaya ada Masjid yang gah sangat. Ada dua masjid, Masjid Putra(yang sangat fofular selalu orang buat gambar kad raya) dan Masjid Sultan Mizan (atau fofular disebut masjid besi).
Apa yang istimewa atau kelainananya ?
Pertama di Putrajaya ada Masjid yang gah sangat. Ada dua masjid, Masjid Putra(yang sangat fofular selalu orang buat gambar kad raya) dan Masjid Sultan Mizan (atau fofular disebut masjid besi).
Masjid Sultan Tunku Mizan mula digunakan pada malam 1 Ramadhan untuk terawih.Masjid ini dibina berasaskan keluli (sebabtu dipanggil masjid besi).
Wah memang besar dan menarik. Jemaah memang ramai, tapi tak dapat aku agak jumlahnya. Bacaan Imam Terawih jemputan dari Syria malam itu sungguh sedap. Tidak terasa penat atau tidak selesa walaupun 20 rekaat. Sistem siarayanya jelas. Walaupun takde aircond atau kipas namun takdelah panas sangat. Mungkin air tasik dan kolam sekitar masjid tersebut mendinginkan ruang utama solat yang seperti takde dinding.
Since namanya masjid besi dan dikatakan menggunakan 70 strukturny a daripada besi keluli, aku serta ramai lagi kelihatan asyik mengetuk-ngetuk tiang or dinding. Mungkin sama keinginan dengan ku untuk pastikan betol ke besi. Tapi sebenarny a tidak nampak sangat atau terasa besinya. Mungkin struktur dalaman atau binaan sebelah atas yang tidak terketok oleh tangan.
Kedua, Bazaar Ramadhan di Presint 2 yang sangat - sangat besar mengalahkan bazaar di Bangi dan Serdangtuh. Singkatan PARAM (untuk Pasar Ramadhan sangat sesuei di sebut andai mahu pergi).
Apakah ini yang dikatakan kemeriahan Ramadhan bagi Umat Melayu ? Satu-satunya Bazar Ramadhan Putrajaya berada di tapak yang sama dengan Pasar Malam Putrajaya. Fuh !! Bersesak macam pesta membeli belah nampaknya. Ramainya tidak macam pasar malam biasa. Walaupun terdapat pelbagai juadah dijual, namun aku tidak kisah sangat hal juadah berbuka.
Tetapi yang aku kira menariknya di Bazar ini ialah terdapat banyak gerai yang pembelinya siap beratur panjang untuk mendapatkan giliran membeli / mendapatkan juadah yang dikehendaki. Bagus dan berdisiplin rakyat 1Malaysia ... Tapi nampaknya macam kat gerai jual ikan bakar dan ayam panggang sahaja. Sama ada memang itu yang favorite atau memang masakan gerai tersebut sedap. Sebabnya ada juga gerai lain jual yang sedemikian, tetapi tak ada orang beratur pun ..
No comments:
Post a Comment