Tuesday, June 22, 2010

Sukar Untuk Mencari Teman Hidup !



gambar sekadar hiasan yang benar ( frasa yang agak pelik bunyinya )

Ya benar. Memang sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai dengan diri kita. Saya pernah menjalinkan hubungan ( bukanlah hubungan terlarang / songsang / seksual ) kasih sayang dengan beberapa teman wanita, namun kecundang di pertengahan jalan. Sepatutnya pertengahan tahun ini ( Jun 2010 ) saya sudah merancang untuk mengikat pertunangan. Namun semuanya hanyalah impian yang tidak dapat digapai. Mungkin penulisan ini agak "jiwang" bunyinya namun benar, bagi saya percintaan yang seterusnya membawa kejinjang pelamin bukanlah sesuatu yang mudah. Sehingga nukilan ini saya hasilkan telah lebih 1 tahun 2 bulan saya tidak memiliki teman wanita. Saya terus bersendirian... menghitung masa dan mencari idea, bagaimana mahu memilih teman hidup buat sepanjang zaman..bagaimana ya?

4 comments:

amira aiza said...

xpe cikgu....saye ade..haha

Anonymous said...

berat demo

Anonymous said...

Tidaklah sesukar mana sahabatku.. cuma anda perlu berkawan dengan seseorang dan mendalami hati budinya.. bukan rupa paras manjadi kayu pengukur sesebuah hubungan tapi budi pekerti menjadi penanda aras yang pasti. Kisah lama jadikan pengalaman, buka buku baru dan cuba adaptasi kekhilafan lama. jangan mencari sempurna, cukup sekadar Kesempurnaan dihati. Yang pasti, niat yang baik itu akan adanya sinar bahagia.. InsyaALLAH. - helmi Shaari

Anonymous said...

x pe..ramai lagi kaum wanita kat luar sana tu.. ape pon kalau dah dapat yang paling sesuai jangan pandang yang lain.. walaupun yang lain lagi perfect k..-natasha mohd kamil(saje je visit. bored)