Sunday, December 19, 2010

Debat Diraja IPT 2010



Gambar di atas - Pasukan Debat Diraja UPSI 2007 UITM Shah Alam

Sekali lagi Debat Diraja IPT 2010 dipancarkan dan kali ini Unmiversiti Tun Hussein Onn Johor dipilih selaku tuan rumah. Malang sekali 3 tahun kebelakangan ini saya tidak berkesempatan menyertai pertandingan ini dek kerana pelbagai halangan dan aktiviti. Pada tahun ini sekali lagi saya tidak dapat menghadiri kerana menjadi pengapit pengantin sahabat sejawat, Fazli Hussin.

Debat Diraja IPT memberikan secalit memori. Penyertaan pertama pada tahun 2006 di UNIMAS memberikan pengalaman berharga dan sehingga kini menjadi lipatan memori yang cukup indah. Pada ketika itu saya di gandingkan dengan Halimatul Saadiah (kini guru di Pahang ), Nurul AIni ( Pensyarah KMP ) dan Nadiah ( Pensyarah KMJ ) memberikan penagalaman pertama yang sangat berharga. Pada pusingan pertama ketika itu, pasukan saya bertemu dengan pasukan Khairul Anuar ( pendebat UKM ) dan kami menang!. Seterusnya penglibatan Debat Diraja ialah di UiTM 2007 dan UIAM 2008.

Buat pasukan UPSI 2010 sejuta harapan di kendongkan demi membawa nama universiti. Percayalah, hanyalah usaha, keberkatan dan keyakinan membawa kearah kejayaa anda semua..Bakat baru seperti Nuraini Muanwar dan Shahril Kasin diharap dapat membawa reputasi UPSI segah kegemilangan era 2004-2005. Insya Allah.

2 comments:

Nuraini Munawar said...

terima kasih abg faizi. syukur sampai ke separuh akhir ni.....

tambah bersemangat atas kehadiran senior2 yang menyokong!

norillyas hussin said...

hahahha..papepon tahniah buat upsi muda 1 yang berjaya ke semi...walaupon telah dikalahkan oleh utp muda 2..hahahhahaha.
jgn marah ea....