Sebagai seorang pendidik hujung tahun sudah tentu cuti akhir tahun. Cuti yang panjang sudah tentu diisi dengan aktiviti-aktiviti percutian, riadah dan tidak terkecuali menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai.
Pulau Pangkor , 28 - 30 November 2010
Pulau Pangkor , 28 - 30 November 2010
Cuti pada tahun ini dimulakan dengan percutian di negeri Perak. Percutian 3 hari 2 malam ini sebenarnya di rancang oleh abang saya, Abdul Rashid Lokman dan kakak, Rohaya Lokman. Percutian separa ahli keluarga ini tidak dirancang rapi, tetapi kerana pengalaman saya yang telah berkunjung lebih 2 kali ke Pangkor maka urusan penginapan dan pakej percutian menjadi mudah.
Cameron Highlands, 6 - 8 Disember 2010
Aktiviti cuti sekolah di susuli dengan mengunjungi Cameron Highlands selama 3 hari 2 malam. Berkunjung di Cameron Highlands pada musim cuti sekolah menyebabkan kami terkandas beberapa jam di antara Kampung Raja menuju Berinchang. Percutian pada kali ini bersama rakan lama asrama sekolah SMK Kuala Kubu Bharu, Mohd Izwan Mislam dan rakan pendebat UPSI Kadir. Di Cameron Highland cuaca memang sejuk dek hujan yang turun renyai. Namun kami masih boleh mengunjungi tempat-tempat menarik seperti MARDI, Ladang Teh, Pasar Berinchang dan sudah tentu Night Market Berinchang. Sesuatu yang amat di kesali, harga barang-barang di Cameron termasuk hotel terlalu mahal. Bayangkan kita menghuni hotel tidak berbintang tetapi di caj dengan harga 3 bintang. Walau bagaimanapun percutian di Cameron Highlands pada akhir tahun ini, sangat seronok kerana seolah-olah berada di luar negara lantaran cuaca yang sangat sejuk ( 15 darjah celsius ), orang yang ramai dan kemeriahan sambutan krismas.
Itulah 2 buah percutian ringkas sempena cuti akhir tahun 2010 ini. Cerita selanjutnya menyusul..
p/s: penguasaan penulisan bahasa melayu saya masih lemah.
No comments:
Post a Comment