Monday, March 31, 2008

kHILAF...KUUU

I’m really sorry. I’ve never felt really
bad like this. This guilt is killing me
and I don’t know where do I turn to. I’m
at my weakest and I just can’t take it
anymore. Please heal my feelings, I’m
hurt and broken because of all the
wrongs I’ve done. I’m just a human being
and I keep on making mistakes, and yet I
just can’t get over it. I’m worn out and
still I try to withstand. Please give me
strength to keep holding on. I won’t
stop and I won’t back down, but I have
the limit of my patience. As the going
gets tough, I just can’t help myself
from being helpless and I can’t stop
from blaming myself. I apologize for
all mistakes I’ve made, for all the
lacks I’ve shown and for all of my
weaknesses that caused so much trouble.
I’m learning and trying to make myself
better. Forgive me if somehow it makes
you feel uneasy, dear friends. Please
accept me the way I am. Thank you for
reminding me to stand on the ground when
I lost my stance and thank you for
putting me back on track when I’ve gone
so far from the right path. There’s so
much that I can regret of and yet there
are so many things that I should be
grateful for. If this is what has been
fated for me, then let me stand on my
feet and get moving. Don’t let me dwell
on my mistakes, just let me progress
myself. I won’t become greater, but at
least I can say that I finally get to
gather myself and move on to become
better. Insya Allah

Sunday, March 23, 2008

Akhirnya KHAR bawa pulang semula piala Debat Naib Canselor..l

Huh...
Sungguh penat rasany badan ini kerana dua hari all out dengan pertandingan debat Naib Canselor Kali Ke-5..Keputusan dah tahu..KHAR menjadi juara dan tempat kedua KUO...walau ape2 pun tahniah semua...tunggu post berikutnya aku akn maklumkan..dengan lebih lanjut.;.

Tuesday, March 18, 2008

KABINET BARU..AYAH DAFI EX-MB..MACAM2..

Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Seri Nazri Aziz
Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim (Senator)
Datuk Amirsham Abd Aziz (Senator)

Kementerian Kewangan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Menteri Kewangan II
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (T)
Datuk Kong Cho Ha (T)

Kementerian Pertahanan
Datuk Seri Najib Razak
Datuk Wira Abu Seman Yusop (T)

Kementerian Dalam Negeri
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Datuk Chor Chee Heong (T)
Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh (T)


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Liew Vui Keong (T)
Datuk Jacob Dungau Sagan (T)


Kementerian Pelajaran
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Datuk Wee Ka Siong (T)
Datuk Razali Ismail (T)


Kementerian Luar
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (T)

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Peter Chin Fah Kui
Senator A. Kohilan (T)

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Datuk Mohd Shafie Apdal
Datuk Teng Boon Soon (T)

Kementerian Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Dr Hou Kok Chung (T)
Datuk Idris Harun (T)


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Dr Mustapa Mohamed
Datin Paduka Rohani Abdul Karim (T)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Maximus Ongkili
Fadilah Yusof (T)

Kementerian Pelancongan
Datuk Seri Azalina Othman Said
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib (T)

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Datuk M. Saravanan (T)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Datuk Abu Ghapur Salleh (T)

Kementerian Pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat
Datuk Anifah Aman (T)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Dr Ng Yen Yen
Noriah Kasnon (T)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Noh Omar
Datuk Saiffuddin Abdullah (T)

Kementerian Kerja Raya
Datuk Ir Mohd Zin Mohamed
Datuk Yong Khoon Seng (T)

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Joseph Salang Gandum (T)

Kementerian Kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (T)

Kementerian Penerangan
Datuk Ahmad Shaberry Cheek
Datuk Tan Lian Hoe (T)

Kementerian Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Noraini Ahmad (T)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Shahrir Samad
Jelaing Mersat (T)

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Tan Sri Joseph Kurup (T)
Joseph Entulu Belaun (T)


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ong Ka Chuan
Datuk Robert Lau (T)
Datuk Hamzah Zainuddin (T)


Kementerian Belia dan Sukan
Datuk Ismail Sabri Yaacob
Wee Jack Seng (T)


Barisan kabinet yang baru sahaja diumumkan oleh PM ini menyaksikan lebih separuh muka-muka baru dilantik dan jawatan Setiausaha Parlimen dihapuskan. Jumlah anggota pentadbiran kerajaan kini hanya seramai 68 orang terdiri daripada Menteri dan Timbalan Menteri berbanding sebelumnya seramai 90 orang termasuk Setiausaha Parlimen.

Diantara calon yang menang tetapi digugurkan dari senarai kabinet termasuklah Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Azmi Khalid selain daripada mereka yang kalah atau tidak dicalonkan semula di dalam pilihanraya yang baru lalu.

Saturday, March 15, 2008

DEBARAN PIALA NC SEMAKIN TIBA


HUH..memang tak dinafikan kesebokan sepanjang minggu dengan asignmentnya, program2 penyayangnya dan juga tak lupa selaku protokol dan cenderamata Debat NC memang cukup memenatkan dan MEMENINGKAN kepala aku...

Inilah dia erti kesungguhan, walau banyak halangan, terlalu rigit serta karenah birokrasi yang aku rasakan terrrrrrrrrlalu banyak kat dunia nih ( mcm : urusan nak pinjam meminjam, urusan meminta tanda tangan, urusan pengeluaran duit kelab) tapi sesuatu yang kita lakukan itu perlulah dilakukan bersungguh-sungguh...penat..memanglah penat..sapa cakap tak penat...

Tapi sebagai mahasiswa yang bitara kononnya (istilah student UPSI Bitara is terbaik dikalangan yang terbaik, persoalannya yang melaksana, pelaksana dan dinilai itue..bitarake..nak jadi diri terbaikpun tak sampai lagi inikan lagi mahu terbaik kalangan yang terbaik)...fahamkan frasa akunie???...

So berbalik pada debaran NC nih...memang satu penantian yang sering dinantikan...harap-harap majlis berjalan dengan lancar..Jumlah pasukan setakat ini (diberitahu oleh ustazah rock : matun ) ialah sebanyak 12 team sahaja...hope lepasni ada penambahan..lagi banyak lagi bagus...situasi ini seterusnya melahirkan hampir 50 pendebat muda dari UPSI..dan hampir 30 orang dikalangan muka-muka baru dalam dunia debat di UPSi..harap sangat dari 50 muka ini akan mewarnai pelbagi jenis debat IPT nanti..mungkin bakal merangkul sesuatu piala kelak...insyaAllah...mana tahu.. tuhan itue maka kuasa.

JUMPA DI PERTANDINGAN DEBAT PIALA NAIAB CANSELOR KELIMA NANTI..22 DAN 23 MAC 2008

AKU BAKAL GURU...

PAGI 16 Mei 2005, saya dikejutkan
dengan beberapa orang anak murid yang
meluru ke arah saya. Wajah mereka
berseri-seri lalu masing-masing
menghulurkan bungkusan berwarna-warni.

"Cikgu... Selamat Hari Guru!" kata
mereka bertepuk tangan sambil berlari-
lari anak mengelilingi saya.

Memang saya terkejut kerana sebelum
itu tidak pernah saya khabarkan pada
anak-anak murid tentang tarikh
sambutan Hari Guru, apalagi
mengingatkan mereka.. Bagi saya mereka
terlalu muda dan belum dapat menilai
erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya
saya silap. Tanpa saya menyangka pagi
itu meja saya di-penuhi pelbagai jenis
hadiah. Ada yang membawa jambangan
bunga, jam, bingkai gambar,
kerongsang, tudung dan macam-macam
lagi. Hari itu saya rasakan terlalu
indah. Saya rasa disanjungi, lalu pipi
anak-anak murid saya kucup tanda
menghargai pemberian dan ingatan
mereka.

"Terima kasih... bagitau ibu, cikgu
ucapkan terima kasih, ya," pesan saya
pada Anna lalu satu kucupan singgah di
pipi gebunya.

Di sisi Anna, saya lihat Mariam
tersengih-sengih.

"Cikgu... Mariam pun nak bagi hadiah.
Tapi takbawa hari ni, lupa. Boleh
cikgu, ya? " kata anak kecil itu
bersungguh.

"Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak
apa. Cikgu bukan minta hadiah,
cukuplah Mariam ucap Selamat Hari Guru
buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu
gembira," saya cuba memujuknya kerana
tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-
anak murid yang lain.

Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit
latar belakang keluarga mereka. Kerana
itu saya tidak mahu ada di antara anak-
anak murid saya yang bersusah payah
menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi
Mariam. Dia bukan anak orang senang,
ibu bapa Mariam membesarkannya hanya
dengan meraut lidi, mencari daun getah
kering lalu menjualkannya. Sebab itu
saya tidak mahu Mariam rasa bersalah
bila melihat teman-teman yang lain
memberikan hadiah sedangkan dia tidak
membawa apa-apa. Bagi saya, lebih
baiklah duit yang ada itu digunakan
oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum
keluarga, atau belikan baju baru untuk
Mariam buat menggantikan baju yang
kusam dan masam dek peluh.

Saya gembira mendidik murid seperti
Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama
meninggal dunia namun anak kecil itu
masih bertuah kerana ibu tirinya
menyayangi Mariam tidak ubah seperti
anak kandung sendiri. Buktinya setiap
pagi saya lihat anak kecil itu datang
ke tabika sambil dipimpin ibunya,
berjalan kaki sejauh dua kilometer
setiap hari. Kalau ada yang
bersimpati, di tengah perjalanan ada
keluarga murid-murid lain akan
menumpangkan Mariam. Kalau tidak
Mariam akan terus berjalan kaki dalam
panas gerimis, pergi dan balik.
Begitulah setiap hari.

Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi
dengan pelbagai jenis hadiah. Kali ini
datang daripada anak-anak murid yang
tidak sempat memberikannya semalam.
Saya hanya mampu menggeleng-gelengka n
kepala bila mana sambutan Hari Guru
tahun ini benar-benar meriah.

Seperti biasa, pagi itu saya berdiri
di hadapan pintu menyambut seorang
demi seorang ibu bapa datang
menghantar anak masing-masing. Di muka
pintu sekolah, saya dengar seorang
bapa berpesan; "Hadiah tu bagi kat
cikgu, tau." Tatkala itu saya benar-
benar tersentuh kerana saya langsung
tidak menyangka cukup dihargai oleh
anak-anak murid yang masih kecil
usianya.

Dari halaman, saya lihat Mariam
berpimpinan tangan dengan ibunya. Saya
sambut kedua-dua mereka dengan
senyuman. Sama seperti pagi-pagi
sebelumnya, Mariam tiba di tabika
dengan keadaan tubuh yang bermandikan
peluh. Bajunya basah namun kanak-kanak
itu tetap ceria, tersenyum seperti
biasa.

"Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk
cikgu!" laungnya sambil ketawa.

"Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah
bagi cikgu hadiah," kata saya lalu
mengusap rambut Mariam yang bertitisan
peluh, dengan rasa kasih yang mendalam.

"Tak apa... hadiah ni best cikgu!"
kata Mariam bersungguh-sungguh.

Meriam meletakkan begnya di atas meja.
Pantas jari-jemari comelnya membuka
zip beg sekolahnya yang sudah pudar
warna akibat dimamah cahaya matahari.

"Sekejapya, cikgu," kata Meriam yang
masih tercungap-cungap kepenatan.

Saya lihat Meriam mengeluarkan sesuatu
dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik
menghulurkan segumpal surat khabar
yang berkecai dalam genggamannya.

"Alaaaa... koyak pulak cikgu," rungut
Meriam penuh kekesalan. Matanya
membulat memandang saya yang masih
setia menantinya. Beberapa anak-anak
murid yang lain turut berdiri tidak
sabar lihat apa yang Meriam keluarkan.

"Apa yang Meriam bawa tu? " saya tanya
penuh hairan melihat sesuatu yang
bulat dibungkus dengan surat khabar
lama.

Saya dekati anak kecil itu lalu
menyelak beg yang dibawanya. Di saat
itu hati tiba-tiba menjadi sebak
sebaik melihat lima biji buah bacang
bertindihan dengan buku-buku
tabikanya. Dada saya ini mula terasa
berat, ada air yang mula bertakung di
kelopaknya.

"Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam
tak ada plastik sebab tu mak bungkus
dengan kertas. Tapi koyak pulak,"
katanya lincah sambil sebiji demi
sebiji buah bacang dikeluarkannya dari
dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-
kawannya mula kedengaran namun Meriam
masih tersenyum lalu matanya merenung
saya dengan pandangan yang cukup sayu.

"Cikgu... cikgu tak suka buah bacang
ke? " tanya anak kecil itu bila
melihat saya merenung wajahnya dan
lima biji buah bacang yang bergulingan
di atas meja.

Saya cuba tahan air mata supaya tidak
mengalir. Terlalu sebak rasanya.

"Taakkkkk... Cikgu... cikgu suka
sangat. Balik nanti cikgu buat sambal
belacan, ya," kata saya, perlahan.
Suara saya bagai tersekat di
kerongkong.

Dapat saya lihat anak kecil itu
mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya
yang masih bermandi kan peluh. Tidak
dapat saya gambarkan bagaimana anak
kecil itu membawa lima biji buah
bacang sambil berjalan kaki sejauh dua
kilometer.

Saya kucup pipinya beberapa kali lalu
tidak henti-henti ucapan terima kasih
saya bisikkan ke telinga Mariam.

"Bagitau mak... cikgu suka buah
bacang. Terima kasih, ya," ucap saya
lagi.

Anak kecil itu mengangguk.

"Tengok Meriam pun bagi hadiah kat
cikgu juga," katanya kepada kawan-
kawan sambil tersenyum riang.

"Eleh.... buah bacang bukan hadiah.
Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-
lawa, bukan dengan kertas koyak," kata
seorang anak murid yang masih tidak
mengerti nilai sebuah hadiah yang
sebenar-benarnya.

"Tak apa... semua hadiah cikgu suka.
Balut lawa atau tidak, semuanya sama.
Cikgu sayang semua anak-anak murid
cikgu," saya ucapkan kata-kata itu
agar hati dan perasaan anak sekecil
Mariam tidak terguris.

Dapat saya lihat Mariam sekali lagi
ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa
titis air mata yang sejak tadi saya
tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-
cepat saya mengesatnya bimbang anak-
anak kecil yang suci dan bersih itu
perasan kerana mereka belum dapat
menyelami perasaan seorang insan yang
bergelar guru.

Buah bacang pemberian Mariam itu saya
bawa pulang dengan perasaan bangga
bercampur hiba. Walaupun ia hanya lima
biji bacang, tapi hadiah itu amat
istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang
dibasahi peluh dan senyumannya yang
ikhlas bermain-main di ruang mata saya.

Tengah hari itu sambal belacan buah
bacang menjadi santapan kami
sekeluarga dan semasa menelannya,
beberapa titik air mata ini tumpah
lagi kepipi.

Terima kasih, Mariam. Lima biji bacang
itu merupakan hadiah paling bermakna
buat cikgu dan cikgu tidak akan
lupakan sampai bila-bila.


CERITA INI MENJADI SATU PANDUAN UNTUK AKU YANG BAKAL MENJADI SEORANG GURU KELAK...TUGAS IKHLAS YANG DI PEGANG PERLULAH KEKAL SEHINGGA KEAKHIR HAYAT..INSYAALLAH..SAMA2 DOAKAN AKU...

Tuesday, March 4, 2008

Dulu-dulu. BACA TAK BACA RUGI

budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti
ingat
mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku
cerita. ari ni bg list, esok mintak
duit
beli walaupun cerita buku tu dah tau.
salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp
just tengok gamba je. bile ade program
Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg
berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn
blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk
padam. padahal itu fungsi sbnr, utk
padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm
air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade
pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering
dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume
boleh
tp bile time kaler sume hampeh. ade gak
buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...

- main game 2D. super contra, super
mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb
bole
tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la
pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang.
Tora pon best gak. Beli se mata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan
die
kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman,
transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2
x
smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg
permanent. huhu~

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende
nih...
hehehee..

Sunday, March 2, 2008

Debaran PIALA NAIB CANSELOR KALI KE-5


Kolej manakah pula yang akan merampas piala Naib Canselor ini dalam edisi kelima Pertandingan Debat Piala Naib Canselor UPSI kali Ke-5.

DI MERCU..

Mimpi dan Harapan
Bagaikan Duri yang Mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanya di hati tersimpan
Terpendam...
Keterbatasan Diriku
Menjadi penghalang

Chorus
Sampai Bila AKu bertanya
Samapi Bila
Ku harus mencoba
Bila LAgi Resah Hatiku
Bila LAgi
Aku harus berani lalu ku bangkit
Tegak bediri
Mengatur Langkahku
Terus mendaki
Cita-citaku Di mercu...

Mimpi dan Harapan
Cecita yang tinggi
Menjulang..
Suara yang ku biar
Cecita di hati tersimpan
Terpendam..
Keterbatasan kau Ajar
Menjadi Penghalang..

Chorus...

Aku mencari Kekuatan
Dalam Kelemahan..(wajah)
Aku temui kejayaan
Dalam (..??)

Chorus..

Lalu ku bangkit Tegak berdiri
Mengatur Langkahku Terus Mendaki
Cita-citaku di Mercu

Lirik : Habsah Hassan
Lagu : Aubrey Suwiti
Nyanyian : Nor Ayu Damit @ AYU OIAM

Bulan MAC yang terlalu sibuk

Emm mula dalam mingguni ( bulan MAC) mulalah aktiviti ku yang sangat sibuk dengan pelbagi program kat universitinih...walaupun akau hanya memegang sekelumit jawatan dikampus namun bebanannya terlalu banyak..

8 Mac
Sudah tentulah aku akan bergegas pulang ke rumah bagi memilih tampok kepimpinan temapatku iaitu di Rawang, Selangor. Nasib baik tidak jauh kerana selepas selesai aku mengundi aku terus bergegas semula ke UPSI untuk program seterusnya.



9 Mac
Setelah aku bergegas pulang kerumah selepas mengundi hari ahad nih aku ada program merakyatkan seni...aku terlibat dalam beberapa aktiviti..Program ni anjuran MPP kawan baikku juga YB Nur Izwan..walau tiada sebarang undangan tapi aku tetap sertai beberapa aktiviti.

14 Mac
Walaupun harini hari jumaat namun program tetap diteruskan. Pada hari ini anak2 buahku (Caring Club) anjurkan Coretan Perpaduan sempena Perkampungan Malaysia MPP.. aku tak terlibat tapi bestnya jadi VIP juz untuk sampaikan hadiah mengiringi TNC HEPA..harap program success..

15 Mac
Pada hari ni akau ada dua program; pertama program Jalinan 3 anak yatim dan yang kedua Penyayang UPSI - UTEM...mana kau nak pergini? aku x decide lagi...sebab dua2 penting..teringatkan adik2 angkat kat rumah2 anak2 yatim dan rakan2 dari UTEM yang datang berkunjung...emmm pening-pening

16 Mac
Tak sempat berehat lagi 16 hb ni ada taurnmnt Bowling pulak untuk Kelab Penyayang UPSI..penat tak penatlah..ni program pertama aku jadi pengarah semsterni setelah semuanya aku bagi pada anak2 buah aku....kononnya santailah beb...

22 & 23 Mac
Dua hari ini sudah tentu memenatkan dan memeningkan kepala.Apataknya pada tarikhni berlangsungnya Debat Piala VC UPSI kali ke-5..aku terpaksa all out dengan jadi judge, teknikal dan Protokol...siapalah agaknya akan menangye? harap KHAR akan membawa semula piala nih..

29 Mac
Pada malamni akan diadakan MALAM GEMILANG DEBAT'08 @ MGD yang menjadi dambaan segala aktiviti Orator UPSI..nantikan siapa yang akan membawa trofi Perdana?...tunggu. aku ditugaskan sebagai pengarah program.. sesuatu yang membebankan.,.

30 Mac
Penyayang Ke Desa. AKtiviti insyaallah akan diadakan di Sungai Slim..

31 Mac

Pada hari ini tepat jam 12 maka tamatlah semua jawatan2 ku yang kusandang selama setahun.. antaranya:

Presiden Kelab Penyayang UPSI
MT Kelab Pengucapan Awam UPSI
Penasihat 2 Kelab Orator KHAR
Sahabat Mahasisiwa Universiti

selepas ini sudah tentulah akan tumpukan dalam dunia pembelajaran..Kepada yang baru teruskan komitmen dan kejayaan kalian...