Tuesday, March 24, 2009

BAHAS @ DEBAT 2

HAMPIR SEMINGGU LATIHAN DILAKUKAN, ALHAMDULILLAH SMK SEK7, SHAH ALAM BERJAYA SAMPAI KEPERINGKAT SEPARUH AKHIR BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH PETALING 2009. PASUKAN SEKOLAH TEWAS DITANGAN TUAN RUMAH SMK TAMAN TUN DR ISMAIL JAYA, SHAH ALAM DENGAN KEPUTUSAN YANG AMAT SENGIT. WALAU BAGAIMANAPUN TAHNIAH DAN SYABAS, ANDAI ADA MASA CUBA LAGI TAHUN HADAPAN.

LATIHAN BERSAMA PARA PELAJAR SMK SEK7, SHAH ALAM.
BERGAMBAR KENANGAN DENGAN GURU DAN PELAJAR

TERIMAKASIH BUAT PUAN NIK (KETUA BIDANG BAHASA SMK SYEKSYEN 7, SHAH ALAM), PUAN HANA (KAKAK ANGAKAT TERSAYANG) DAN PARA PELAJAR YANG SUDI MEMBERI KEPERCAYAAN UNTUK MELATIH PASUKAN SEKOLAH.ANDAI DIBERI PELUANG KITA BEKERJASAMA LAGI, INSYAALLAH
jAuh nun disana (UPSI) tahniah buat adik2 debat KHAR yang dikhabarkan masih mengekalkan legasi hebat dengan menjuari debat NC, tahniah abang ucapkan...teruskan kegemilangan demi kemajuan diri, kolej, dan universiti..

Monday, March 16, 2009

pin DAH dah DIA


Kelas 4W1, (yang lainpun ok juga)
Budak-budaknya sangat bez..
Kerana apa?murid-muridnya macam kawan-kawan sendiri,
hubungan akrab sangat kuat
sayangnya
dari 30 menjadi 29, ..27,..23..dan dan dan..

Masing..masing..masing bertukar ke:

SBP
MRSM
TEKNIK

dan..dan..dan

Namun tidak mengapa, cikgu sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu semua. Buat yang pergi..teruskan perjuangan,,yang tinggal jangan rasa rendah diri..anda kelak pewaris kegemilangan SMKWM2.

Thursday, March 12, 2009

DEBAT @ BAHAS DISEKOLAH


KENANGAN PERTANDINGAN DEBAT TERAKHIR YANG DISERTAI PADA TAHUN 2008.

BULAN APRIL, PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN ZON KERAMAT, WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SHAH ALAM.

HUH SUDAH LAMA TIDAK BERDEBAT.APATAH LAGI MENGAJAR BOLEHKE?


TAK MENGAPA, KITA MENCUBA:


SMK WANGSA MAJU SEK2, SETAPAK, KL.

SMK WANGSA MAJU SEK5, SETAPAK, KL.

SMK SEK13, SHAH ALAM, SELANGOR.



DENGAN KEKANGAN MASA YANG SINGKAT, CIKGU HARAP, KITA DAPAT BUAT YANG TERBAIK.

KEPADA ZAINAL, CIKGU NAK TARIK AWAK JADI PENDEBAT TERBAIK SEKOLAH.. AWAK ADA BAKAT, INSYAALLAH AWK BOLEH.

SPM 2008. TAHNIAH SEMUANYA

KEPUTUSAN SPM BARU SAHAJA DIKELUARKAN. TAHNIAH BUAT YANG BERJAYA. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SMK WANGSA MAJU SEKSYEN 2 JUGA TIDAK MENGHAMPAKAN. PELAJAR TERBAIK NIK FATHIAH MENDAPAT 11A1. TAHNIAH DIUCAPKAN.KEPADA PELAJAR SPM 2009 BUAT YANG TERBAIK TAHUN NI..


Tag From Shahaeda (Pendebat Muda UPSI)

6th folder in my 'my pictures' folder. upload the 6th photos in the folder on your tagged entry. lets check out the 6th folder and the 6th photo.



haha this is it. 6th photo on my 6th folder. Ni Pict diambil masa latihan MC Pertandingan Puisi Non Bumi IPT Malaysia kat Panggung Budaya UPSI.

Sunday, March 1, 2009

KASTURI - CUBA LAGI TAHUN HADAPAN

Berakhirlah sudah acara sukan tahunan SMKWM2. Syukur semuanya berjalan lancar. Malangnya, pasukan rumah Kasturi (biru) tewas dikedudukan tempat ketiga keseluruhan. Mungkin tiada rezeki. Disamping itu, keputusan mengejut, pasukan kawad ditempat terakhir dan pasukan sorak ditempat ketiga sangat mengecewakan. Kepada semua yang terlibat samada berjaya atau tidak, tahniah diucapkan. Sebagai guru praktikum aku sangat berbangga dengan penganjuran sukan SMKWM2 ini. terimaksih dan jutaan penghargaan tidak terhingga buat Puan Norasah, Puan Zalina, Puan Nora dan semua guru-guru rumah kasturi. Gagal kali ini bukan bererti gagal pada masa hadapan. Maju Kasturi!

Pingat Yang Menjadi Rebutan. Akhirnya Kasturi hanya mengutip 31 Emas, 20 Perak 11 Gangsa

Perarakan perbarisan bermula

Rumah Kasturi yang sangat cemerlang namun rezeki tidak menyebelahi.

Rumah Lekir , Kostum dan baju yang menarik. Johan Perbarisan.

Pasukan Sorak Rumah Kasturi yang sangattt cantik dan havoc

Johan Pasukan Sorak - Rumah Tuah dibimbing oleh Madam Noriah.

Acara balapan, 4 x 100 meter Johan milik Kasturi.

Tahniah dan syabas semuanya!