Wednesday, June 23, 2010

Gigih Walaupun Berusia 76 tahun.



Ayah saya telah berusia 76 tahun. Satu usia yang sangat lama. Alhamdulillah kesihatan ayah masih diperkenankan oleh Allah S.W.T untuk bergerak dan menghadiri solat berjemaah dimasjid walaupun bersembahyang duduk. Moga ayah terus dikurniakan kesihatan yang sangat baik oleh Allah S.W.T.

Penulisan ini bukanlah ingin menceritakan tentang kegigihan ayah saya, namun ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku semasa mahu pulang dari Kursus Kehakiman Kawad kakai 2010. Semasa melalui jalan menghala ke Pekan Kuala Kubu Bharu, saya terlihat seorang pakcik berbangsa india sedang berjalan kaki membawa barang. Pakcik tersebut kelihatan terlalu uzur ( badannya bongkok ketika berjalan ) namun gigih berjalan. Lantas saya melalakukan pusingan u dan memberhentikan kenderaan untuk bertanyakan arah tuju destinasi beliau. Ujarnya mahu ke Kerling bagi menghadiri majlis Perkahwinan saudara. Saya mempelawa beliau untuk menghantarnya ke stesen bus terdekat.

Dalam perjalanan tersebut saya sempat mengajukan soalan, berapa usia? tinggal dimana? tidak penatkan berjalan kaki? masih kuat untuk berjalan dan pelbagai soalan lain. Usia beliau sama dengan ayah saya 76 tahun. Beliau tinggal di Amapang Pecah dan mahu ke Kerling. Ujar beliau, berjalan kaki sudah sebati dalam hidupnya. Saya kagum walaupun telah berusia namun masih kuat untuk berjalan. Beliau juga sempat menceritakan pengalamannya satu ketika dahulu ketika muda bekerja di sebuah loji air di Rawang. Tutur katanya fasih berbahasa melayu dan ingatannya sangat tepat (menceritakan sejarah negara tahun 1962).

Tiba di stesen bus, beliau mengucapkan terimakasih. Satu pesanan beliau sebelum usai meninggalkan kereta saya begini bunyinya :

" untuk sihat kita harus kerap melakukan sembahyang ( menghadap tuhan ), jangan melakukan sesuatu yang tidak baik ( berjudi, meminum arak dan merokok ) serta selalu memakan ulaman "

Saya teruja dan terkedu dengan kata-kata beliau lantas saya terus mengambil gambarnya sebagai kenangan. Saya mendoakan jua kesihatan beliau berkekalan.

Termenung saya memikirkan kecekalan beliau sambil melihat beliau berlalu menuju sebuah bus yang telah tiba...

Kursus Kehakiman Kawad Kaki Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010

Kursus Kehakiman Kawad Kaki Daerah Hulu Selangor telah dijalankan di Kem Kokorikulum Hulu Selangor, Ampang Pecah 22-23 Jun 2010. Saya terlibat sebagai fasilitator program selama 2 hari ini. Pengisian program sebenarnya lebih menjurus dan fokus kepada asas penilaian dan penghakiman kawad kaki. Program ini sememangnya mampu menjadi satu platform buat guru baru seperti saya untuk mendalami asas dan kemahiran penilaian bagi penjurian pertandingan kawad kaki. Terima kasih buat Puan Wan Khatijah kerana memilih saya mewakili sekolah. Semoga input dan ilmu yang diperolehi dapat memantapkan nilai keintelektualan dalam kurikulum kawad.





Tuesday, June 22, 2010

Saya Mungkin Telah Tua !


Membaca tajuk di atas, sudah tentu saya mahu menarik balik kata-kata tersebut ( sebenarnya masih perasan muda ). Minggu hadapan ( 2 dan 3 Julai 2010 ) saya akan ke Tawau, Sabah untuk menziarahi sahabat lama. Saya hampir terlupa. Mujur sahabat saya mengingati semula. Mantan anak murid saya di SMK Wangsa Maju 2 dahulu memberi komen pada ulasan muka buku (facebook) saya, ujarnya - cikgu ni dah tua, itu yang banyak lupa. Benarkah saya sudah tua?...

Sukar Untuk Mencari Teman Hidup !



gambar sekadar hiasan yang benar ( frasa yang agak pelik bunyinya )

Ya benar. Memang sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai dengan diri kita. Saya pernah menjalinkan hubungan ( bukanlah hubungan terlarang / songsang / seksual ) kasih sayang dengan beberapa teman wanita, namun kecundang di pertengahan jalan. Sepatutnya pertengahan tahun ini ( Jun 2010 ) saya sudah merancang untuk mengikat pertunangan. Namun semuanya hanyalah impian yang tidak dapat digapai. Mungkin penulisan ini agak "jiwang" bunyinya namun benar, bagi saya percintaan yang seterusnya membawa kejinjang pelamin bukanlah sesuatu yang mudah. Sehingga nukilan ini saya hasilkan telah lebih 1 tahun 2 bulan saya tidak memiliki teman wanita. Saya terus bersendirian... menghitung masa dan mencari idea, bagaimana mahu memilih teman hidup buat sepanjang zaman..bagaimana ya?

Kita Sebenarnya Terleka Dengan Tipu Daya Dunia


Dalam dunia yang sangat pantas ( hari semakin cepat ), alam ini sentiasa berputar dengan pelbagai cerita dan peristiwa yang mewarnai alam buana. Manusia sekarang sering dikejar dengan bayangan dunia. Materialistik menjadi tunjang pertama untuk di laungkan, manakala selebihnya hanya semangat hipokrisiti sahaja jika mahu di martabatkan. Contohnya menderma bukanlah lagi satu amalan yang dituntut untuk bersedekah secara ikhlas, tetapi elemen keduniaan diserap masuk ( umpama hedonisme bunyinya ) melalui tayangan jumlah sumbangan dan liputan meluas supaya disaksikan oleh dunia. Seandainya pula terdapat sesuatu isu ataupun masalah besar dunia, maka ramailah mahu terngaduk ( maaf andai salah berbahasa ) setelah batuk ringan yang tidak diubati. Masalah berkaitan isu penebangan hutan contohnya telah acapkali di war-warkan, namun tatkala media menghebahkan maka beruduyunlah para penjawat yang budiman ( baca dalam nada sinis ) turun dengan proaktifnya. Maka satu lagi rentetan tipu daya dunia dipaparkan pada umum...Maka dunia pada hari ini sering dimomokkan dengan pelbagai omongan yang untuk diterjemahkan secara jujur dan nyata. Kita Sebenarnya.......

Profesor Emeritus Abdullah Hassan


Saya benar-benar mengagumi ketokohan beliau sebagai seorang yang mempunyai pemikiran, sementelah itu memiliki semangat adiwira dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan. Saya sungguh bertuah kerana pernah menjadi sebahagian daripada anak muridnya yang marhaein dalam berbahasa semasa di bangku pengajian Universiti. Terimakasih Profesor atas pemikiran dan ideologi yang sangat sempurna. Jika anda ingin mengenalinya dan melihat ketokohannya bolehlah melawat muka buku (facebook) beliau di halaman ini Abdullah Hassan.

Saturday, June 19, 2010

Sudah lama rasanya tidak menulis dalam blog ini..Kesibukan membuatkan banyak perkara tidak dapat dilakukan. Menjadi sang MUALLIM penuh kesibukan yang tidak berbelah bagi...Selepas ini saya cuba mengisi meluang sedikit masa untuk menukilkan sedikit kata di blog ini

Menghadiri Majlis Raja Sehari Musim Cuti Sekolah

Minggu cuti persekolahan memang menjadi satu tarikh yang dinantikan buat sesiapa yang ingin melangsungkan hari bahagia. Sudah dijangka lebih 10 orang rakan berkahwin semasa cuti ini. Selamat pengantin baru buat Fazilah Ahmat ( Rakan di SMK Kuala Kubu Bharu ), Abd. Rahman Hafiz ( Rakan SK Sungai Buaya ), Nina Affendi ( Rakan SMK Kuala Kubu Bharu ), Razman ( Rakan SMK Kuala Kubu Bharu ), Sarimah ( Rakan UPSI ) dan beberapa rakan lain lagi yang tidak dapat saya hadiri. Selamat Pengantin Baru buat semua. Semoga berbahagia keanak cucu. Persolan biasa buat diri ini - bila lagi?



Friday, June 18, 2010

Afrika Selatan Tumpuan Dunia.


Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afirka. Itali adalah juara bertahan yang memenangi Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Antara negara yang menjadi tumpuan sudah tentu seperti Portugal, England, Spain, Brazil dan Jerman. Namun sehingga entri ini dihasilkan Spain contohnya tewas mengejut dengan switzeland 1-0. Maka pertandingan ini semakin sengit dan percaturan semakin hebat. Nantikan 11 Julai.


Di musim bola sepak ini, saya turut berkesempatan menyaksikan beberapa perlawanan menarik bersama sahabat antaranya perlawanan Portugal dan Ivory Cost minggu lalu. Selebihnya menyaksikan dirumah sahaja. Digegak gempita Piala Dunia Sukan Malaysia dan SUKMA juga berlangsung, nampaknya seri SUKMA malap dek tumpuan kepada Piala Dunia kali ini.

1 Mei Putrajaya

Sebenarnya sudah terlewat menghantar entri ini. 1 Mei hari pekerja saya dan sahabat ( Norhelmi , Abd. Rahman, Noraamin , Seri dan Siti Nadzrah) menerjah Putrajaya tempat lama saya bekerja dahulu. Niat hanya mahu berjalan-jalan sempena cuti pekerja. Putrajaya memang indah pada waktu malamnya dengan kerlipan lampu dan bangunan-bangunan yang tersergam indah. Dibawah adalah beberapa gambar yang sangat menarik diambil semasa di Putrajaya






Perayaan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU DAERAH HULU SELANGOR 2010

PASUKAN KOIR GURU SMK TAMAN BUNGA RAYA 1

MENJADI PENGACARA BERSAMA PUAN SALWANA


Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Selangor disambut pada 2 Jun 2010 (Rabu). Bertindak selaku pengacara majlis berpasangan dengan Puan Salwana juga rakan setugas di sekolah yang sama merupakan pengalaman yang sangat berharga. Majlis diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran Kuala Kubu Bharu bermula jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Majlis sambutan Hari Guru ini mengiktiraf dua orang guru cemerlang dari Daerah Hulu Selangor dan beberapa penganugerahan Guru Inovatif dan Guru Cemerlang Pendidikan Khas. Tahniah buat rakan sejawat di SMK Bukit Sentosa, En. Abd Razak Abd Hashim (Inovatif) dan Pn. Siti Ngamaliah (Inovatif) kerana telah menerima Anugerah Guru Inovatif pada tahun ini.

YOUTH'10 - PETAH Rekod Debat Tanpa Henti 111 Jam Pelbagai Bahasa

SIJIL MALAYSIA BOOK OF RECORDS

SEDANG BERHUJAH DIMINIT KE 600

BERGAMBAR DENGAN SAHABAT YANG TURUT MENYERTAI

JAWATANKUASA BERGAMBAR KENANGAN DENGAN DATO' MUKHRIZ TUN MAHATHIR

PETAH YOUTH'10 selesai melunaskan misi dan matlamatnya 111 jam debat tanpa henti dalam pelbagai bahasa di Pusat Dagangan Dunia Putra 28 Mei sehingga 2 Jun 2010. Saya sebahagian daripada individu yang menyertainya di minit ke 600 (jam ke10) pada hari pertama. Tahniah buat semua jawatankuasa penganjur yang juga rakan senagkatan debat Institut Pengajian Tinggi yang telah berkorban masa, tenaga dan mental dalam melestarikan impian The Malaysian Book Of Record kali ini. Tahniah!

Gotong Royong Perdana SMKBS 2010

PENGETUA DAN PEGAWAI URUSAN PERODUA SEDANG MENANAM POKOK SEBAGAI SIMBOLIK PERASMIAN

PARA GURU SEDANG MENDENGAR SESI UCAPAN MAJLIS PERASMIAN

ANTARA SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI GOTONG ROYONG PERDANA 2010

SMK Bukit Sentosa menganjurkan Gotong Royong Perdana pada hari Sabtu 15 Mei 2010. Program anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Perusahaan Automobil Kedua (PERODUA) ini merupakan program tahunan sekolah yang sering dianjurkan pada pertengahan tahun.

Sekolah sebagai pusat untuk menimba ilmu pengetahuan memerlukan suasana persekitaran yang kondusif serta memiliki nilai keindahan, keceriaan dan kebersihan yang sempurna. Program yang dianjurkan ini akan melahirkan warganya yang mencintai suasana persekitaran yang seimbang bukan sahaja baik dari segi pencapaian akademiknya malah persekitaran dan fizikalnya juga.

Program sehari ini diadakan bagi menggalakkan pelajar bekerjasama antara satu sama lain dalam menjaga kebersihan sekolah . Disamping itu juga, program ini dapat memberi
kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Hari Guru SMK Bukit Sentosa 2010

PENGETUA MEMOTONG KEK HARI GURU SAMBIL DISAKSIKAN OLEH PENTADBIR DAN GURU-GURU

Hari guru merupakan hari memperingati guru yang selama ini telah banyak mendidik. 16 Mei merupakan hari bagi memperingati jasa dan pengorbanaan guru. Tahun pertama secara rasmi menyambut hari guru di SMK Bukit Sentosa, Rawang sangat mengujakan. Sambutan diperingkat sekolah diadakan pada 17 Mei (isnin) jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Seperti sambutan-sambutan biasa, acara bacaan teks perutusan, persembahan guru dan pelajar menyusur dan berselang seli dengan majlis penganugerahan. Hadiah? terima kasih buat anak didik yang memberi hadiah. Sebenarnya bukanlah hadiah yang saya mahukan, cukuplah ingatan dan ucapan ringkas dari semua. Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema untuk kesekian kalinya pada tahun ini selepas tahun lalu. Selamat hari guru buat semua guru yang pernah mendidik diri ini dari bangku sekolah rendah sehingga universiti. Sekali melangkah sejuta kali merubah.. Terimakasih cikgu.

Saturday, March 20, 2010

Selamat Pengantin Baru.

20 Mac 2010 saya dipenuhi dengan 3 undangan perkahwinan sahabat handai semasa di bangku sekolah menengah dan universiti dulu. Saya ditemani oleh rakan seasrama dahulu Nor Shila. Mujurlah 3 majlis serentak ini berdekatan jaraknya antara satu rumah dengan rumah yang lain iaitu sekitar Kuala Kubu Bharu sahaja.
.
Kunjungan pertama ke rumah Nor Fadilah Bt. Amin di Taman Ampang Pecah. Norfadilah merupakan graduan dari UPM dalam jurusan Pendidikan. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di SMK Bukit Sentosa 2. Jam 12.30 tengah hari tiba dirumah beliau. Fadilah bertemu jodoh dengan rakan sekuliahnya dahulu , berasal dari Johor.

Bergambar bersama Fadilah Amin. Waktu tiba dirumah beliau, majlis persandingan belum lagi dilangsungkan.
.
.
Jam 1.10 tengah hari kami bergerak pula kerumah rakan kedua iaitu Nor Masni Bt. Khalid di Kampung Rasa Tambahan. Ketika tiba dirumah beliau, saya bertemu beberapa rakan lama dahulu antyaranya Nuzul Shahidi, Nor Falahan bersama tunang, Hafiza, Fadilah Ahmat juga bersama tunang dan Yana. Masni bertemu jodoh dengan Asmawi yang juga rakan sekolah dahulu.
.
Bertamakan warna oren. Pengapit pengantin perempuan ialah Yana yang juga rakan semasa disekolah dahulu.
.
.
Kunjungan terakhir ialah kerumah Siti Izuwani dan Omar Al-Khattab. Sebenarnya minggu lepas, saya telah hadir ke majlis perkahwinan mereka di sebelah perempuan. Namun kerana ingin membawa Shila, maka hari ini sekali lagi saya berkunjung pula kerumah pengantin lelaki di Taman Keruing, Rasa.
.
Perkahwinan beliau memang meriah. Kain rentang yang dipasang telah memberikan gambaran tentang majlis yang dihadiri. Cenderamata yang diberikan ialah sebotol minyak wangi inspirasi Dunhill Disire umpama botol berjenama One Drop dan dibungkus dengan bekas bakul.
.
.
Tahniah diucapkan buat ketiga-tiga mereka. Ucapan semoga perkahwinan dan ikatan yang dibina berkekalan sehingga keanak cucu khendaknya.
.
.

P/s : semua tertantanya, saya bila lagi?.











Thursday, March 18, 2010

Cuba Menggunakan Bahasa Melayu Yang Sempurna

Assalamualaikum.

Mengagungkan bahasa sendiri.
Benarlah sendi itu pada bahasanya, bahasa perlu didaulatkan demi mengagungkan sendi yang telah bertaut sekian lama.

Dalam penulisan blog selepas ini, saya akan cuba mengaplikasikan bahasa yang cantik tatabahasanya, tersusun gramatisnya serta memiliki wacana dan frasa yang sempurna. Walaupun saya bukanlah major dalam Bahasa mahupun sastera, namun mengepalai beratus-ratus anak-anak murid dalam subjek Bahasa memerlukan pengemudinya mengaplikasikan setiap nukilannya demi bertatih ke arah yang sempurna.

Daulatkan bahasa kebangsaan.

Monday, February 8, 2010

Ayam Penyet Sangat!


Ahad lepas aku dan kawan ke Wangsa Walk. Dengan harapannya nak mengushalah satu Bangunan tuh..rupa-rupanya biasajah..takla sehavoz manapun. Kebetulan memang nak jalan-jalan kat Wangsa Maju..yelah rumah lamakan..

Kafe ni memang voguelah..Orang ramai nan adoo

Makan tengah hari kami memilih Ayam Penyet (nama kedai takleh bagik tahula).. Harga bolehlah tahan dekat RM10 juga sepinggan.

Ok..

Sekarang menu dah tiba..

Ni je???

korang tau apa itu Ayam Penyet Kafe bagi Cafe ni??..sangat hampeh..
Nasi + Ayam goreng yang macam tak rasa special(macam goreng biasaje)+belacan+sayur..
Ha hambik..aku goreng ayam lagi sedap...

Ayam Penyet lah sangat.
kat kedai biasa baru RM3.50 menu mcm nih..

Nasi ni berasal dari Padang, Indonesia. So pekerjakat cafeni suma Made In Indonesia bercakap bahasa jawa..Yang adooonya kedaini penuh orang(tu yang buat kami tertarik da bommb nak g) .
Aku beriltizam dalam hati, tak akan lagi makan Nasi Ayam Penyet...Biasajah..

Saturday, January 30, 2010

PERCAYALAH...kalau dah cikgu...

Kalau dah namanya guru, maka sudah tentu akan disebut dan diingati orang. Pergi kesana orang memanggil kita cikgu, kesini begitu dan kesitupun begitu juga. Cikgu ooo cikgu.Tengok saja gambar dibawah sudah boleh membayangkan rasa hormat dan sanjungnya
mereka pada insan guru.

Aku menghantar baju ni di kedai Dobi. Akak kedaini tahu aku seroang guru. Sepatutnya harini (31 Januari 2010) dia tutup kedai jam 5. Tapi kerana baju seplastik sang guru ini, maka akak tu rela tunggu aku pulang dari Rawang jam 6 petang. Yang tak tahantu siap tulis lagi ""CIKGU"" kat plastiktu. aku tengok kat plastik-plastik lain takdelah pulak.

”takpe akak tunggu cikgu, harini akak tutup lewatlah sikit”.

See, aku rasa sangat terharu...kerana CIKGU.
Selesai aku ambil bajunije terus dia tutup> korang rasa mcm mana?
Benar kata bonda dulu, jadilah guru, tentu dipandang mulia oleh masyarakat.
Maka benarlah kata bonda itu.

Aku Guru - Dampakan Oh... Januari


Mulai dari penulisan ini aku akan coretkan beberapa warkah menarik setelah bergelar sebagai Pendidik. Maklumlahkan, guru berhadapan dengan beribu-ribu anak murid, sudah tentu pelbagai karenah dan ragam yang ada. Nah bacalah...

Anak Muridku Patuh Betul

Sebagai seorang guru, akuni kadang-kadang tertinggal marker dan kehabisan dakwat marker pen. Jadi aku gunaje mana-mana marker yang aku ada. Aku guna warna biru, hitam, dan kadang-kadangtu merah. Kelas Moral 2 Ehsan, aku menulis nota didinding dengan bercampur-campur warna kejap biru, kejap merah dan kejap hitam. Semalam (29 Jan 2010) aku kutip buku-buku mereka(gigihla nak menanda). Tanda punya tanda sampaila kebuku Kumar. Aku pun pelik, aik asal kejap dia guna pen merah, kejap guna pen biru? Yang tak tahannnya dalam satu baristu kejap ada perkataan warna biru kejap warna merah. Nak kata yang dimerahkantu isi penting tapi bukan juga. Aku tanya dengan dia: (aku rasa korang dah dapat agakdah)

” Kumar kenapa awak tulisni bercampur-campur warna”

Jawab Kumar:

“saya ikut apa yang cikgu tulis, bila cikgu guna marke biru saya guna biru,dan begitula kalau guna merah dan hitam”.

So?...korang dah taukan? Sentaptak?

Cikgu Tersilap Masuk Kelas

Kelas peralihan bertukar ke bangunan baru menggantikan kelas 2 Falah kerana lokasi dan keadaan sangat seuai untuk Kelas Peralihan yang seramai 53 orang tu(yang adooo ramai ooo). Seperti biasa Selasa (19 Jan 2010) aku masukla kelas Peralihan untuk mengaja mereka Amalan Bahasa Melayu.

”eh kak(Pn. Noraini Rain), sekarang masa sayalah kak.Akak aja Peralihanke sekarang?.”

”eh ni bukan 2 Falahke?”

”bukanlah kak,2 Falah dan pindah kat blok laindah..Ni Kelas peralihan”

”masyaAllah, tulah yang saya sangat pelik, kenapa kelas sayani ramai betul India dan Cina, kemudian ramai semacam. Bising pulaktu, setau saya 2 Falah tak macam ini”

”la...(aku ketawa dalam hati), dah lamake akak masuk”

“adala dekat 15 minit”…- Akak tu sentap..hahahaha
Mengajar PJK

Sesuatu yang memang tak pernah aku terpikir. Mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Maaf ya aku langsung tak ada ikhtisas. Di UPSI pun aku tak pernah menjengah kaki ke padang mahupujn gymnasium untuk bersukan.. Ohhhh tidak.. tapi lama kelamaan aku jadi biasa dan merasakan aja PJK lagi senang dari mengajakat kelas. Jadi, setiap rabu jam 5.00-6.00 saksikan aku di Padang sekolah ya...hahaha tak sentap ye.

Tersilap Bagi Arahan

Pertama kali memasuki kelas Peralihan yang ramai sangat tu (4 Januari 2010) jam 3.00 petang.

”selamat tengah hari Cikgu”

Hahahahahah aku ketawa berdekeh2(tapi steal cover bak profesion profesionalkan).

“awak salah sebut”

“sekarang jam berapa”

Pitching Lari

Mengajar Peralihan yang terlalu ramai menyebabkan pitching aku selalu lari kadang2 berbunyi halus dihujungnya..ala-ala terkucillah…bukan sekali tetapi berkali-kali.

Itu sahaja beberapa kenangan menarik Januari. Ya Allah terus jadikanku muallim yang mampu mencorak anak-anak bangsa ini.

Berserabut, Namun Masih Rasional

Kerja semakin banyak. Aku pening memikul berbagai-bagai jawatan. Tengok saja gambar di bawah. Hampir tak terurus rumahku jadinya. Sebagai mangsa, meja makan menjadi meja study dan meja untuk aku buat kerja.



Meja yang sangat berselerak.
.