Wednesday, July 30, 2008

Rami Orang tak Sukakan Kita?




Jika perkara ini berlaku dalam kehidupan,
khasnya dalam bidang kepimpinan dan orgnasisai.

Fikir dua sudut.


Pertama, orang tidak suka kita kerana kita seorang yang hebat. Menjadi cabaran kepada seseorang dan memiliki potensi yang menjulang diri.

Kedua, kita memang memiliki sifat yang buruk sehingga orang tidak menyukai diri kita.

Monday, July 28, 2008

Isu-isu terkini.....

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Hospital Pusrawi 280708.jpgDipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Ezam teringin cabar Anwar di Kulim

Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil.Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini.

"Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.


Isu-isu lain (malas nak tulis)

- BPR tahan 8 kereta exco T'ganu

- Pas dan UMNO mahu berbincang?

- Nik Azizi Mahu Bubar Pas, Gabung UMNO jadi satu parti baru?

-Dan banyak lagi.........

Filem Susuk.






Malam Jumaat lalu aku bersama beberapa rakan sempat mengunjungi
Panggung Budaya untuk melihat Pra Tonton Filem Susuk.
Filem yang bakal ditayangkan pada awal Ogos ini adalah karya tangan
amer (jika tak tersilap nama).


Karya berbentuk seram ini dibarisi oleh Ida Nerina, Diana Rafar, Nor Khiriah, Adlin Aman Ramli dan beberapa nama besar lain lagi.
Secara jujurnya bagi aku, banyak sangatlah adegan lucah dalam filem ni.
Persoalannnya lepaske kat panggung?



Jalan ceritanya agak berat, yang memerlukan penonton untuk memahaminya dengan kritis dan mendalam. Nak tau lebih lanjut? Ha tontonilah sendiri..
Aku bagi 3 bintang untuk filem ini...



SALAH SATU BABAK FILEM SUSUK

Sudah lama tidak Dijemput..


Setelah hampir setengah tahun tidak diundang untuk mengacarakan sebarang majlis di Kampus, pada jumaat lepas (25 Julai 2008) aku diundang untuk mengemudikan acara besar iaitu slot bersama tokoh negara anjuran Unit Kediaman Luar Kampus, UPSI sempena Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka UKLK.


Semasa menerima undangan tersebut dalam benak fikiran sudah tentu tokoh yang diundang adalah kalangan Pak-pak Menteri ataupun tokoh akademik negara. Terkejut apabila dimaklumkan penganjur, tokoh yang diundang adalah Angkasawan Negara, bukannya Datuk Dr SMS, tetapi rakan seperjuangannya juga Mejar Dr. Faiz Khaleed (MDFZ).


INI SAHAJA GAMBAR YANG DAPAT DITANGKAP, KERANA RIBUAN PELAJAR MENGERUMUNI BELIAU

Kalau kata tak teruja bohonglah, kerana pertama-tamanya sudah lama tidak mengacarakan majlis, keduanya dapat pula mengacarakan satu majlis ilmiah yang dihadiri oleh orang yang 'popular' di Malaysia.


Secara jujurnya, pertama kali berjumpa dan bertegur sapa dengan MDFZ, beliau seorang yang punyai karisma yang tinggi. Gaya tutur katanya yang sopan, merendah diri cukup disegani. Apa yang paling penting, beliau tidak mengenakan sebarang protokol sepanjang majlis berlangsung. Individu yang "pemurah" dengan senyuman ini, merupakan bekas doktor gigi yang kini menjadi kemudi beberapa siri misi angkasawan negara.



Sunday, July 27, 2008

Bila MB turun ke Masjid





Jumaat lepas (25 Julai 2008) aku menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung Malim. Apa yang menariknya, Yang Berhormat Dato' Seri Ir Nizar (Menteri Besar Perak) berkesempatan mengimamkan kariah masjid Tanjung Malim ini.

_____________________________________________________

Sungguh terpegun dengan sikap beliau yang bersahaja, tanpa iringan polis yang ramai (cuma terdapat seorang polis yang ditugaskan menanti beliau) dan tidak mempunyai sambutan yang semeriah menteri-menteri lain dan sudah tentu tidak mengenakan protokol yang sering kali kita saksikan.

________________________________________________________

Selesai mengimamkan kariah masjid, beliau terus menyampaikan ceramah agama yang terlalu neutral tanpa membabitkan sentimen politik. Bagus ya pemimpin sebegini. Sekalung tahniah buat beliau yang juga merupakan keturunan banjar ( keturunan ku ) kerana terpilih menjadi Menteri Besar Negeri Perak. Semoga kepimpinan yang sebegini menjadi contoh dan ikutan. Moga Allah memberi kerahmatan diatas pemerintahan beliau. InsyaAllah.

Thursday, July 24, 2008

Ha Lawak...

Faiezi Semasa Berusia 2 tahun.. (kata org kalau aku kurus mesti hensem)

Faiezi Semasa Berusia 9 tahun..

Semasa melalui Dewan Rahman Talib Kampus UPSI,
aku terdengar suara mahasiswi menjerit..
Abg Cute.........
ha apa korang ingat aku patung ke cute?...



Siap korang..aku terajang kang...
jgn panggil aku cute....
malu aku..



Anak Buah aku - Ainul Mardiah...ha dia memang cute

Tape betulke aku cute????????


Sudah tiba masanya..Bersama Teman dan Menikmati Keindahan Tuhan..




Salam kesemuanya..

InsyaAllah sabtuni (26 Julai 08) saya bersama 11 orang rakan akan bercuti di Teluk Batik, Lumut, Perak. Percutian yang dirancang sejak awal semester ini sudah tentu dapat menenangkan fikiran yang sememangnya mengganggu fikiran. Semoga percutian singkat selama 2 hari ini berjalan lancar dan dilindungi oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.


Monday, July 21, 2008

Saya Menerima Kenyataan INI dengan PERCAYA 100% TANPA sebarang kompromi






""Anda bukan seorg senior yg bagus, maaf utk saya katakan. Saya juga pernah menyaksikan anda berdebat, anda juga bukan pendebat yg bagus. Harap terima dgn terbuka""



SAYA MENERIMA FRASA INI , DENGAN BERSETUJU SEPENUHNYA.



Bermula dalam dunia debat bukanlah khendak hati. Namun jutaan penghargaan buat Kak Linda yang banyak memberikan semangat dan sokongan dalam diri supaya menyertai debat IPT.



Penyertaan dalam debat Naib Canselor adalah penyertaan pertama dalam diriku. Menerobos debat IPT bukanlah menjadi kebiasaan kerana diri ini menyedari status kehebatan yang ada dalam diri. Penyertaan dalam beberapa siri ASTA yang merupakan gelanggang pendebat muda menjadi aktiviti wajib saban tahun. Namun kemuncak pada penglibatan ini terhenti dalam keadaan yang cukup menyedihkan.





Kepada rakan-rakan Debat UPSI, Fazuan, Halimatul, Nadia, Aini, Inra, Dato, Bibah, Sharul dan beberapa lagi jutaan penghargaan kerana memberi peluang kepada diri ini yang terlalu kerdil dalam berdebat. Ungkaplah apa-apa kejayaan dalam diri ini, sudah pasti tidak ketemu apatah lagi penglibatan yang suam-suam kuku sahaja. Penerimaan kalian cukup menggembirakan. Akhirnya diri ini akan selalu mengingati kenangan kita semua dalam beberapa siri jelajah debat sebelum ini.





Kepada Kaza, Johan, Razi, Yusuhairi, Sheera, Baihaqie..oh ya Kadir...serta beberapa nama lain lagi teruskan dalam debat ini. Selalu abg katakan, walaupun bukan zaman abg mencapai sesuatu abg harap zaman adik2 abg, kalian mampu mencipta kejayaan. InsyAallah.


Sunday, July 20, 2008

2 Tahun Bersama, Kini Bermula Nokhtahnya..






Setelah 2 tahun memegang mandat selak
u Presiden Kelab Penyayang UPSI, hari ini (20 Julai 2008) adalah hari penyudahnya apabila Mesyuarat Agung Kali ke-3 dilaksanakan. Menerajui kelab selama dua tahun cukup memberi cabaran yang besar. Bertapak dengan keadaan yang terlalu getir kerana tidak memiliki sebarang pengalaman ketika itu (tahun pertama) bukanlah satu halangan. Menjadi pengasas yang bermula dari sifar dan berusaha mengemudi kelab yang baru bukanlah satu perkara mudah. Alhamdulillah kini siapa yang tidak mengenali Kelab Penyayang UPSI. Kelab yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial ini adalah di bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan JHEPA UPSI.





Bersama Rakan-Rakan Penyayang Seluruh IPTA Malaysia.


Mungkin semua rakan-rakan seperjuangan dan seangkatan jarang mengetahui aktivitiku di Universiti. Semua melihat diriku hanyalah sebagai pendebat universiti ataupun pengacara bagi beberapa program utama universiti. Mudah kata mereka mengenaliku sebagai "sang" Orator yang menyumbangkan suara. Namun kata orang kerja amal biarlah menjadi simpanan sendiri. Jika diheboh takut keikhlasan diragui. Namun dalam blog kali ini bi
arlah orang mengetahui (dengan harapan bukan mahu meninggi diri) , selain dunia orator, diri ini juga merupakan aktivis masyarakat yang aktif mengumpul dana Untuk anak-anak Yatim/Miskin yang kurang bernasib baik serta manjalankan program kemasyarakatan di sekitar Negeri Perak.



Bersama adik-adik angkat Dari Rumah Anak Yatim/Miskin yang sering dikunjungi.

Jujur diri ini mengakui, mengenali anak-anak miskin/yatim dan insan kurang bernasib baik ini menjadikan diri kita insaf dan menyedari masih ramai insan kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian. Menjadi sub dalam kelompok masyarakat memerlukan penglibatan yang harus dicurahkan jika tidak melalui kewangan, melalui tenaga dan idea pun sudah memadai. Menerima Anugerah Khidmat Masyarakat UPSI dari Naib Canselor UPSI selama 2 tahun berturut-turut memang cukup mengujakan. Namun anugerah itu bukanlah manjadi keutamaan, namun keikhlasan adalah nombor satu dan kemenagan pencapaian anugerah itu adalah nombor dua bagi penghargaan yang diiktiraf.



Semasa Menerima Anugerah Khidmat Masyarakat Daripada TNC HEPA

Sebagai Presiden Kelab, usaha dirasakan cukup berb
aloi apabila sesuatu program dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai misi serta matlamatnya. Kenangan paling terindah sudah tentu membawa adik-adik dari Rumah anak-anak yatim/miskin menjalah kampus serta berjaya pula mengumpul dana lebih RM10 ribu. Satu nilai yang cukup menggembirakan khas untuk pembangunan rumah anak-anak yatim/miskin ini. Dan klimaks kepada kejayaan kelab yang cukup konsisten di UPSI ini, ialah menerima Anugerah Kelab terbaik bagi bagi sesi 2007/2008.




Bersama Penerima Anugerah Dalam Majlis Anugerah Ketrampilan Pelajar 2007/2008

Kenangan dalam Kelab Penyayang selama 2 tahun dengan sokongan moral dari rakan-rakan Majlis tertinggi akan menjadi kenangan paling terindah sepanjang tempoh pengajian di Universiti. Kepada semua rakan-rakan MT Kelab, jutaan penghargaan kerana memahami diri ini yang kadang-kadang sibuk dengan pelbagai "karenah" aktiviti di universiti ini. Terkadang terbahagi komitmen, terkadang tertolak penglibatan dan terkadang terbuang masa berharga bersama kalian. terimakasih kerana memahami.





Bersama adik-adik semasa Jamuan Di Rumah Rektor KUIP



Bersama Salah Seorang MT Kelab Penyayang Saudari Norhaslinda




Semasa satu Program Amal di Bandar Hilir, Melaka.



Bergambar kenangan dengan Semua Rakan Penyayang UPSI

Buat kesekian kalinya, jutaan penghargaan buat semua yang telah menyokong karier selama ini. Kepada Dr.Norhisham, En.Halim, En.Muzamil HEP, Kak Ida HEP dan beberapa nama lain yang banyak mencurahkan idea, sokongan moral serta komitmen tanpa henti, moga Allah membalasnya. Tidak lupa sekalung ingatan tulus ikhlas Buat Ybhg Prof Dato' Dr. AMinah Bt. Ayub, Naib Canselor UPSI, Ybhg. Datuk Leela Mohd Ali, Pengarah Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan Pengurus Yayasan Budi Penyayang UPSI En. Ezaruddin, semoga bakti kalian dan sumbangan pada komuniti masyarakat mendapat keberkatan selamanay.InsyaAllah...




"Ingatlah, walau dalam ruang lingkup mana sekalipun, jika kita tidak memiliki kepimpinan sebesar mana, namun sekiranya kita mampu membawa perubahan, itu lebih bermakna dari segalanya".

Thursday, July 17, 2008

Inilah Dunia....



Lihat sahaja gambar diatas...Bagaimana agaknya rasa hati mereka?. Setelah 10 tahun berlalu, lipatan silam kembali menerpa. Namun biarlah Allah jua penentu segalanya, yang benar dan khilaf kita semua belum tahu merungkainya....


"Ya Allah semoga negaraku aman dan damai, terhindar dari segala musibah, amalan riba, penindasan dan segala macam bentuk kecelakaan. Jadikanlah hati-hati mereka dan umat manusia bersatu menuju keredhaan yang satu, hanya padamu"-amin

Tuesday, July 15, 2008

"INIKAH PEMIMPIN YANG KITA BAWAKAN DALAM PARLIMEN" tuntas DSAI kepada DASC







Dato'Seri Anwar Ibrahim VS Dato' Ahmad Shabery Chik

Malam tadi saya bersama beberapa pendebat berkesempatan melihat pertembungan debat antara dua pihak yang saya rasakan majoriti rakyat Malaysia menontonnya. Cukuplah kami membuat kesimpulan sebulat suara usul ini diterima dengan margin selesa , majoriti 9-0
(kesemua rakan mengundi sebulat suara kes berpihak kepada DSAI atas kegagalan DAS mengemukakan hujah yang tepat dan menjawab persoalan perdebatan). Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang mempertaruhkan jawatannya apabila berdebat dengan penasihat Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak yang diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam ini (15 Julai), jelas telah gagal mempertahankan institusi yang diwakilinya iaitu kerajaan.


Ahmad Shabery bukan sahaja gagal tetapi cukup mengecewakan dalam perdebatan yang dipancar secara langsung ke seluruh negara oleh dua buah stesen tv, TV9 dan Bernama TV.

Ahmad Shabery gagal menyentuh, menjawab dan memperincikan topik yang ditetapkan tetapi lebih cenderong menyindir dan menghentam peribadi Anwar ( Dalam Kemahiran Berfikir ianya dipanggil Falasi Posto Ed Ergo Hoc) termasuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah hampir 35 tahun berlalu. ( motif?)

Nampaknya, Ahmad Shabery menggunakan peluang debat untuk tujuan politik murahan dan sikapnya itu tidak memberi faedah atau kelebihan kepada kerajaan yang diwakilinya selaku menteri penerangan. Tepukan dan sorakan yang diberi oleh para penyokongnya bukan bermakna ianya betul. Biasalah, itu kerja penyokong dan sekiranya pegawai dan kakitangan di Angkasapuri memujinya, itupun sesuatu yang biasa. Di depan menteri cakap lain, di belakang lain bicara.

Ahmad Shabery jauh menyimpang daripada tajuk atau persoalan pokok yang diperbahaskan dan ini adalah satu kesilapan. Yang jelas, dia bukan seorang pemidato apatah lagi pendebat atau pembahas yang baik. Nampaknya dia gagal menimba ilmu dan mempelajari sesuatu daripada mantan bosnya, Tengku Razaleigh Hamzah semasa cergas dalam Semangat 46.

Syabas dan tahniah kepada Anwar Ibrahim yang walaupun sedang menghadapi ancaman untuk ditangkap oleh pihak berkuasa, masih mampu tenang dan tersenyum menerima serangan peribadi dan tidak pula menyerang balas. Anwar tidak banyak lari daripada topik dan hujah-hujahnya mudah difahami oleh majoriti rakyat yang menonton siaran langsung itu.

Namun secara konklusinya, DSAI telah mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk mengutarakan masalah rakyat ini. Saya cukup tertarik apabila satu soalan diutarakan kepada DSAI - "jika Dato Seri tidak perlu menjadi PM, bolehkah dato' seri menyumbangkan idea dan berkongsi dengan kerajaan?" jawapan mudah DSAI, saya berdiri disini bukannnya sebagai PM , dan taktau lagi 2 atau 3 hari ni nasib saya (dengan pelbagai isu)" dengan spontan dan bersahaja. Justeru itu saya mengiktiraf DSAI pada malam ini adalah hero perjuangan masyarakat dalam menuntut pelbagai polemik ekonomi negara khasnya isu kenaikan harga minyak.

p/s : sekarang baru terfikir apa dia fungsi sebenar PAKATAN RAKYAT, mendesak, pendesak dan membawa kearah ketelusan dalam pentadbiran negara.

sumber adaptasi : http://kudaranggi.blogspot.com/

Sunday, July 6, 2008

Berakhirnya Pra Praktikum..Layakkah aku menjadi seorang Guru..


Layakkah?

Alhamdulillah tamatlah sudah Pra-Praktikum 2 yang kujalani. Masuk ke sekolah untuk memantau dan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran CUKUP mencabar dewasa ini. Dunia sekarang berebeza, budak-budak semakin bijak..kita perlu jadikan mereka sebagai kawan dan bukannnya anak didik seperti zamn-zaman dahulunya- begitulah tuntas beberapa guru berkenaan pelajar sekarang.

Disini aku ingin berkongsi beberapa gambar sepanjang Pra-Parktikum 2 ini.







Rezeki, Allah jua yang memberinya.


Salam Sejahtera semuanya,

Rasanya semua rakan-rakan seantero negara sedang memulakan sesi kuliah bagi semester baru ini. Selamat memasuki semester baru, kuatkan azam juga iltizam semoga yang kurang sebelum ini diperbaiki pula pada semester ini dengan jayanya, InsyaAllah. (ehh skema pulak ayat).

Sudah lama tidak menukilkan sebarang entri lantaran sibuk dengan proposal tesis tahun terakhir serta laporan Pra Praktikum lalu. Berbalik kepada tajuk entri ini, rezeki Allah jua yang memberinya, sememangnya hidup kita punyai banyak hikmahnya,
Allah sebagai tuhan yang maha mulia serta cinta akan umatnya memberi segala-galanya yang terbaik untuk kita. Mungkin sebarang masalah melanda bukanlah secebis luka, namun ianya adalah satu hikmah yang menerpa, yang harus kita muhasabahkan dalam diri dan jiwa.

Cuti baru-baru ini, dalam kesibukan menjalani latihan Pra Praktikum di Sekolah Menengah, saya dihubungi oleh En. Mustafa, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor untuk menyertai Pertandingan Debat Komuniti Bestari mewakili Komuniti Bestari Ampang Pecah Hulu Selangor. Alhamdulilah pada asalnya aku bersama dua orang guru dari Kuala Kubu Bharu akan disatukan menjadi satu pasukan. Persediaan secara individu dilaksanakan sebaiknya. Namun berita lagi 4 hari pertandingan berlangsung kurang mengenakkan. Dua orang guru tersebut terpaksa menarik diri kerana terlibat dengan kursus perguruan.

Mahu sahaja membatalkan penyertaan, namun harapan dan permintaan yang bersungguh-sungguh dari Peg. Penerangan tersebut, membuatkan saya rasa ser
ba salah untuk membatalkan penyertaan. Saya menghubungi beberapa rakan, waima pensyarah sekalipun mahupun sahabat-sahabat pendebat zaman persekolahan dan universiti meminta mereka menyertai pasukan saya. Alhamdulilah saudara Hafizul dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) sudi untuk menyertai pasukan saya. Cuma tinggal seorang untuk menggenapkan pasukan, saya kemudiannya cuba menghubungi beberapa rakan lagi, namun semuanya sibuk dengan urusan serta komitmen masing-masing.

Dua hari lagi sebelum pertandingan berlangsung, hanya saya dan hafizul sahaja betul-betul mengesahkan penyertaan. Namun masalah disaat-saat akhir berlaku kembali apabila hafizul juga tidak dapat menyertai pertandingan kerana ayahnya menghadapai masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan dan beliau sebagai anak sulung terpaksa menjaga serta menguruskan proses rawatan ayahnya.Ahh..kacau..takkan mahu berdebat seorang? Akhirnya saya teringat akan junior saya yang dahulunya pernah terlibat dalam pertandingan debat dalaman, Saudari Habibah Aziz, alhamdulillah beliau setuju. Kemudian siapa yang lagi seorangnya pula? dengan perasan yakin saya memaksa rakan baik saya saudara Dzulhalmi
(walaupun tidak pernah berdebat dalam mana-mana perlawanan) menyertai pertandingan ini sebagai posisi ketiga. Yakin sungguh pada ketika itu, dengan hasrat biar ada penyertaan, menang kalah tolak ketepi. Sehari sebelum pertandingan aku masih manjalanai pra praktikum terakhir. Malamnya kami berkumpul di Kolej Harun Aminurrashid UPSI kolej yang kuhuni saban tahun untuk berbincang tentang konsep dan hujah..Jam 12 aku dihubungi oleh Azwan UMP (juga debater dari UMP, seangkatan dengan hafizul) bahawa beliau "free'" pada hari perlawanan debat tersebut. Alhamdulillah..akhirnya azwan menyertai pasukanku dalam perlawanan suku akhir dan dzulhelmi dijadikan sebagai simpanan pasukan.

Mahu dijadikan cerita rezeki akhirnya berpihak kepada pasukan kami dan kami berjaya melangkah kepentas akhir pertandingan ini. Cuma bezanya pada perlawanan akhir ini, hafizul memasuki pula pasukanku sebagi pertama, habibah sebagi kedua dan aku sebagi ketiga. Manakala simpanan pula adalah azwan (tidak dapat hadir disaat-saat akhir 'final'). Bertemu di gelanggang perdana bersama jaguh-jaguh debat IPT antaranya Shamsul (UPM), Nuar (UKM), Rizal (UNITEN) dan Farhan (UNITEN) yang mewakili Komuniti Bestari Cheras, Hulu Langat, sangat mengujakan, kerana semuanya berpengalaman luas dalam debat IPT dan pernah meraih beberapa kejayaan besar. Mungkin rezeki tidak berpihak, kami akhirnya mendapat tempat kedua. Cukup bagiku dengan melafazkan ungkapan alhamdulillah..Rezeki dari Allah..siapa yang tahu?
Disini saya selitkan beberapa gambar semasa Pertandingan Akhir Debat Komuniti Bestari Negeri Selangor.






Kepada mereka :

Hafizul - jutaan terimaksih kerana sudi menyertai pasukan kerdilku. Dari segi pengalaman sudah tentu aku jauh ketinggalan berbanding dengan kau. Walaupun terpaksa menjaga ayah yang tidak sihat, namun kau sudi juga menyertai pertandingan ini. Tq banyak2 kerana berkorban masa untuk perlawanan ini.Komitmen rakan sebegini aku sangat sanjungi, walaupun kita kenal han yalah seketika melalui jaluran orator IPT ini. Semoga ukhwah dilain masa terus terjalin rapinya..InsyaAllah

Habibah - Abg ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada BIB. walupun Bib penat setelah bercuti seminggu di Medan Indonesia. Balik-balikje terus kena paksa membuat hujah perdebatan. Dan yang paling penting Bib dengan relanya menyertai pasukan debat abg untuk perlawanan ini. Selepas ini jangan lupa menyertai mana-mana perdebatan Universiti. Awak memiliki bakat terpendam untuk dikembangkan. InsyaAllah...

Dzulhelmi - Tq banyak-bayak katkau walupun tidak berdebat namun sokongan dan galakan serta mahu secara sukarela menyertai pasukan debat aku pada awalnya lebih besar dari segala-galanya. Jutaan penghargaan aku ucapkan. Moga minat dan kecenderungankau pada debat akan diteruskan melalui banyak saluran lagi selepas ini. Kau juga punyai potensi besar jika dikembangkan.

Azwan - Haha..tq sangat-sangat azwan kerana sudi menyertai pasukan tangkap muat akuni..tq kerana sudi meluangkan masa rehatkau untuk hadir bagi menyertai pasukan ini. Cuma mungkin bukan rezekikau berada bersama-sama kami pada pentas perdana tersebut. Tetapi secara jujurnya, komitmen dan sokongan kau banyak membantu pasukan ini...

Akhirnya, inilah yang dinamakan usaha...Usahalah sedaya upaya baru kita berserah dengan segala apa keputusan..dan insya Allah akan membalasnya kepada kita. Syukur padaNya.