Monday, July 28, 2008

Sudah lama tidak Dijemput..


Setelah hampir setengah tahun tidak diundang untuk mengacarakan sebarang majlis di Kampus, pada jumaat lepas (25 Julai 2008) aku diundang untuk mengemudikan acara besar iaitu slot bersama tokoh negara anjuran Unit Kediaman Luar Kampus, UPSI sempena Karnival Kerjaya dan Hari Terbuka UKLK.


Semasa menerima undangan tersebut dalam benak fikiran sudah tentu tokoh yang diundang adalah kalangan Pak-pak Menteri ataupun tokoh akademik negara. Terkejut apabila dimaklumkan penganjur, tokoh yang diundang adalah Angkasawan Negara, bukannya Datuk Dr SMS, tetapi rakan seperjuangannya juga Mejar Dr. Faiz Khaleed (MDFZ).


INI SAHAJA GAMBAR YANG DAPAT DITANGKAP, KERANA RIBUAN PELAJAR MENGERUMUNI BELIAU

Kalau kata tak teruja bohonglah, kerana pertama-tamanya sudah lama tidak mengacarakan majlis, keduanya dapat pula mengacarakan satu majlis ilmiah yang dihadiri oleh orang yang 'popular' di Malaysia.


Secara jujurnya, pertama kali berjumpa dan bertegur sapa dengan MDFZ, beliau seorang yang punyai karisma yang tinggi. Gaya tutur katanya yang sopan, merendah diri cukup disegani. Apa yang paling penting, beliau tidak mengenakan sebarang protokol sepanjang majlis berlangsung. Individu yang "pemurah" dengan senyuman ini, merupakan bekas doktor gigi yang kini menjadi kemudi beberapa siri misi angkasawan negara.



No comments: