Salam Sejahtera semuanya,
Rasanya semua rakan-rakan seantero negara sedang memulakan sesi kuliah bagi semester baru ini. Selamat memasuki semester baru, kuatkan azam juga iltizam semoga yang kurang sebelum ini diperbaiki pula pada semester ini dengan jayanya, InsyaAllah. (ehh skema pulak ayat).
Sudah lama tidak menukilkan sebarang entri lantaran sibuk dengan proposal tesis tahun terakhir serta laporan Pra Praktikum lalu. Berbalik kepada tajuk entri ini, rezeki Allah jua yang memberinya, sememangnya hidup kita punyai banyak hikmahnya, Allah sebagai tuhan yang maha mulia serta cinta akan umatnya memberi segala-galanya yang terbaik untuk kita. Mungkin sebarang masalah melanda bukanlah secebis luka, namun ianya adalah satu hikmah yang menerpa, yang harus kita muhasabahkan dalam diri dan jiwa.
Cuti baru-baru ini, dalam kesibukan menjalani latihan Pra Praktikum di Sekolah Menengah, saya dihubungi oleh En. Mustafa, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor untuk menyertai Pertandingan Debat Komuniti Bestari mewakili Komuniti Bestari Ampang Pecah Hulu Selangor. Alhamdulilah pada asalnya aku bersama dua orang guru dari Kuala Kubu Bharu akan disatukan menjadi satu pasukan. Persediaan secara individu dilaksanakan sebaiknya. Namun berita lagi 4 hari pertandingan berlangsung kurang mengenakkan. Dua orang guru tersebut terpaksa menarik diri kerana terlibat dengan kursus perguruan.
Mahu sahaja membatalkan penyertaan, namun harapan dan permintaan yang bersungguh-sungguh dari Peg. Penerangan tersebut, membuatkan saya rasa serba salah untuk membatalkan penyertaan. Saya menghubungi beberapa rakan, waima pensyarah sekalipun mahupun sahabat-sahabat pendebat zaman persekolahan dan universiti meminta mereka menyertai pasukan saya. Alhamdulilah saudara Hafizul dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) sudi untuk menyertai pasukan saya. Cuma tinggal seorang untuk menggenapkan pasukan, saya kemudiannya cuba menghubungi beberapa rakan lagi, namun semuanya sibuk dengan urusan serta komitmen masing-masing.
Dua hari lagi sebelum pertandingan berlangsung, hanya saya dan hafizul sahaja betul-betul mengesahkan penyertaan. Namun masalah disaat-saat akhir berlaku kembali apabila hafizul juga tidak dapat menyertai pertandingan kerana ayahnya menghadapai masalah kesihatan yang memerlukan penjagaan dan beliau sebagai anak sulung terpaksa menjaga serta menguruskan proses rawatan ayahnya.Ahh..kacau..takkan mahu berdebat seorang? Akhirnya saya teringat akan junior saya yang dahulunya pernah terlibat dalam pertandingan debat dalaman, Saudari Habibah Aziz, alhamdulillah beliau setuju. Kemudian siapa yang lagi seorangnya pula? dengan perasan yakin saya memaksa rakan baik saya saudara Dzulhalmi (walaupun tidak pernah berdebat dalam mana-mana perlawanan) menyertai pertandingan ini sebagai posisi ketiga. Yakin sungguh pada ketika itu, dengan hasrat biar ada penyertaan, menang kalah tolak ketepi. Sehari sebelum pertandingan aku masih manjalanai pra praktikum terakhir. Malamnya kami berkumpul di Kolej Harun Aminurrashid UPSI kolej yang kuhuni saban tahun untuk berbincang tentang konsep dan hujah..Jam 12 aku dihubungi oleh Azwan UMP (juga debater dari UMP, seangkatan dengan hafizul) bahawa beliau "free'" pada hari perlawanan debat tersebut. Alhamdulillah..akhirnya azwan menyertai pasukanku dalam perlawanan suku akhir dan dzulhelmi dijadikan sebagai simpanan pasukan.
Mahu dijadikan cerita rezeki akhirnya berpihak kepada pasukan kami dan kami berjaya melangkah kepentas akhir pertandingan ini. Cuma bezanya pada perlawanan akhir ini, hafizul memasuki pula pasukanku sebagi pertama, habibah sebagi kedua dan aku sebagi ketiga. Manakala simpanan pula adalah azwan (tidak dapat hadir disaat-saat akhir 'final'). Bertemu di gelanggang perdana bersama jaguh-jaguh debat IPT antaranya Shamsul (UPM), Nuar (UKM), Rizal (UNITEN) dan Farhan (UNITEN) yang mewakili Komuniti Bestari Cheras, Hulu Langat, sangat mengujakan, kerana semuanya berpengalaman luas dalam debat IPT dan pernah meraih beberapa kejayaan besar. Mungkin rezeki tidak berpihak, kami akhirnya mendapat tempat kedua. Cukup bagiku dengan melafazkan ungkapan alhamdulillah..Rezeki dari Allah..siapa yang tahu?
Disini saya selitkan beberapa gambar semasa Pertandingan Akhir Debat Komuniti Bestari Negeri Selangor.
Kepada mereka :
Hafizul - jutaan terimaksih kerana sudi menyertai pasukan kerdilku. Dari segi pengalaman sudah tentu aku jauh ketinggalan berbanding dengan kau. Walaupun terpaksa menjaga ayah yang tidak sihat, namun kau sudi juga menyertai pertandingan ini. Tq banyak2 kerana berkorban masa untuk perlawanan ini.Komitmen rakan sebegini aku sangat sanjungi, walaupun kita kenal han yalah seketika melalui jaluran orator IPT ini. Semoga ukhwah dilain masa terus terjalin rapinya..InsyaAllah
Habibah - Abg ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada BIB. walupun Bib penat setelah bercuti seminggu di Medan Indonesia. Balik-balikje terus kena paksa membuat hujah perdebatan. Dan yang paling penting Bib dengan relanya menyertai pasukan debat abg untuk perlawanan ini. Selepas ini jangan lupa menyertai mana-mana perdebatan Universiti. Awak memiliki bakat terpendam untuk dikembangkan. InsyaAllah...
Dzulhelmi - Tq banyak-bayak katkau walupun tidak berdebat namun sokongan dan galakan serta mahu secara sukarela menyertai pasukan debat aku pada awalnya lebih besar dari segala-galanya. Jutaan penghargaan aku ucapkan. Moga minat dan kecenderungankau pada debat akan diteruskan melalui banyak saluran lagi selepas ini. Kau juga punyai potensi besar jika dikembangkan.
Azwan - Haha..tq sangat-sangat azwan kerana sudi menyertai pasukan tangkap muat akuni..tq kerana sudi meluangkan masa rehatkau untuk hadir bagi menyertai pasukan ini. Cuma mungkin bukan rezekikau berada bersama-sama kami pada pentas perdana tersebut. Tetapi secara jujurnya, komitmen dan sokongan kau banyak membantu pasukan ini...
Akhirnya, inilah yang dinamakan usaha...Usahalah sedaya upaya baru kita berserah dengan segala apa keputusan..dan insya Allah akan membalasnya kepada kita. Syukur padaNya.

1 comment:
Hohohoho... ada debat lagi nanti inform la yek.. hehehe
Post a Comment