Sunday, August 31, 2008
Saturday, August 30, 2008
Kisah Pecah Rekod 2
Ok. Setiap kita punya cara tersendiri untuk mewarnai sambutan hari kemerdekaan negara bukan?! Pelbagai cara diguna supaya hasil kita tu tampak menarik dan istimewa. Begitu juga kisahnya dengan kolej kediaman saya.
Ada Sesuatu di Sebalik Tempurung ini =)
Dua tiga hari yang lepas, saya agak pelik bin ajaib tau, bukan apa, banyak betul longgokan tempurung kelapa di bawah blok tiga kolej kediaman saya ni. Pada mula-mula tu, banyak jugak saya dengar suara-suara kurang selesa, yelah, tempurung kelapa ni bila berlonggok ada baulah sikit kan. Serius. Memang pening sket bau die. Menyusuk hidung jugak la. Heheh. Tapi kan, even bau macem ke, mucuks ke, hasil dari tempurung ni memang buat mereka-mereka yang bersuara sumbangs tu, terdiam seribu bahasa. Lidah sah-sah la kelu tak terkata kan. Hah. Saya yang mula-mula tertanya-tanya, akhirnya menjadi amat kagum dan bangga ok!
Nak tau kenapa?
Meh ikut saya!
ok! Ini dia longgokan tempurung kelapa tadi
Semua sangat-sangat komited bekerja tao..!
Meh Teropong sket!
** countdown Please =p **
................
..............
............
.........
...............................
.........................
..................
.............
.......
..
Tadaaaaaaaaaa!
fuh fuh fuh (tarik hembos napas!)
Sangat Cantik dan Marvelous bukan? Hohoho
Close up sket
&
Tahniah Buat Semua AJK Pelaksana!
Saya sangat bangga dengan usaha kalian semua ok!
Bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan =) **
Friday, August 29, 2008
Malaysian Book Of Record – Attempting Biggest Jalur Gemilang Made of Coconut Shells - KHAR , UPSI
Thursday, August 28, 2008
Tuesday, August 26, 2008
DSAI menang pada Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh
Tahniah, waima liwat dan segala-galanya ianya dihamburkan ketepi...
Tinggalkan seketika kemenangan ini,
saya menyeru (wah macam menteri pulak)
Jom kita melayari sambutan bahtera Merdeka yang hanya tinggal 5 hari sahaja lagi..................
Monday, August 25, 2008
Kemerdekaan Sepi Dek Polemik Politik Mutahir
Pertamanya frasa tajuk diatas samada betul ataupun tidak, itu tak pasti. Diri ini bukanlah guru bahasa namun sedaya upaya mencuba gramatis kata dalam berbahasa ( gitulah kesungguhannnya!)
Berbalik kepada tajuk entri diatas, hari ini (26 Ogos 2008) tinggal beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut sambutan kemerdekaan yang ke-51.
Sekadar mengajukan beberapa persoalan :
- Perasankah semua? dada akhbar sibuk memutarkan isu politik (pilihanraya, isu sumpah, altantuya dan sekufu peristiwanya) berbanding cerita persediaan sambutan kemerdekaan, mencipta rekod membuat bendera terbesar, dan beberapa program berunsur merdeka?
- Menonton televisyen saluran perdana mahupun swasta seawal 10 - 15 minit diperuntukkan dengan isu pilihanraya dan polemik politik yang tidak tahu kesahihannya. Kalau dahulu sudah tentu buletin utama dimulakan dengan berita semangat patriotik dan diakhirnya sudah tentu disiarkan video berkaitan kemerdekaan..Ingtkah kita tahun lalu sebuah stesyen tv swasta pernah menyediakan satu slot berkaitan tokoh kemerdekaan negara setiap hari menjelang kemerdekaan negara..Kini?
- Memalui jalan-jalan persekutuan mahupun lebuh raya jarang-jarang sekali melihat kenderaan-kenderaan memasang jalur gemilang. Yang banyak dijalanan hanyalah kereta nasional (mungkin dengan memakai kereta nasional sudah memadai ? )
- Iklan-iklan kemerdekaan yang semakin lesu dan sepi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
- Pasaraya-pasaraya besar kurang menyahut seruan patriotisme dengan gagal mengindahkan suasana kemerdekaan.
Motif kepada persoalan-persoalan diatas, saya cuba menarik perhatian semua,
- andai kita berbeza agama
- andai kita berbeza bangsa
- andai kita berbeza fahaman politik
- andai kita berbeza segala-galanya
kita tetap rakyat Malaysia. dan andai..
- Situasi negara tertumpu pada sesuatu isu yang besar (pelbagai polemik mutahir negara)
- Perbalahan kaum dan sentimen politik
Kita juga Warganegara Malaysia.
Bukanlah diminta dengan memasang bendera di kereta baru dikatakan patriotik, kerana patriotik itu subjektif pendefenisiannnya...
Namun cukuplah andainya... kita memperingatinya didalam jiwa..
Justeru itu 31 Ogos nanti,
Marilah kita ketepikan kesemuanya, demi kemerdekaan tanah air tercinta. Kalau bukan kita siapa lagi?
- mari kita sedekahkan surah Al-fatihah dan bacaan yasin buat pejuang tanah air yang terkorban mahupun masih hidup di bumi bertuah ini.
- mari kita menunaikan solat hajat agar Allah mengekalkan kemakmuran keatas negara
- mari kita bersatu tenaga mewujud keharmonian dan kemakmuran buat tanah air tercinta.
mari dan mari..
Merdeka!
Sunday, August 17, 2008
Renungkan Wahai Insan...
Menjelajah dari satu blog ke satu blog, saya tertarik dengan cerita didalamnya, saya tidak pasti kesahihannya kerana tidak diberikan sumber autoritatif didalam penulisan beliau, saya sekadar mahu mengejak sekelian blogger's menilai kisah-kisah ini.
Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?
Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.
Khalid Jafri meninggal kene diabetes....tak sempat merasa duit hasil jualan buku fitnah dier....dah tu kene saman juta2 dan dah di isytiharkan MUFLIS
Aziz Shamsuddin------> ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina. Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
RENUNGKANLAH........
DSAI juga pernah bersumpah dalam kes 1998 di Masjid Negara bahawa tidak melakukan liwat, setelah 10 tahun berlalu tiada apa2 berlaku pada beliau...... Sesungguhnya doa yg teraniaya akan di makbulkan Allah...
Tunggu dan Lihat
Catatan Pena Tsunami Hati - http://crashsguy.blogspot.com/
RM 300,000 Untuk Datuk Chong Wei
CIKGU....manifestasi kehidupan semua insan
Akhir-akhir ini negara selalu dikejutkan dengan masalah-masalah yang menimpa para pendidik samada diperingkat peluang pekerjaan mahupun kredibiliti cikgu di alaf mencabar ini. Sehebat mana pun tamparan yang diterima, cikgu-cikgu di seluruh negara tetap tabah dan bersemangat untuk mendidik serta meneraju para generasi muda yang ternyata bakal menduduki tampok perubah dan peneraju negara di masa hadapan. Sebenarnya, survival seorang cikgu itu adalah tinggi serta mencabar. Cuba kita lihat di mana-mana, di kampung mahupun desa malah di corok-corok pelusuk negara jika dilawati ternyata pasti dalam sebuah perkampungan yang begitu daif sekalipun akan ada seorang cikgu biarpun sekadar cikgu agama yang memberi tunjuk ajar dan mendidik. Fenomena ini lebih tepat jika digambarkan “di mana ada manusia, disitu ada cikgu”. Justeru para bakal pendidik serta cikgu perlulah tabah dan berbangga dengan tugasan serta tanggungjawab yang begitu murshid ini. Biarpun seringkali didengari cikgu menyatakan bahawa kerjaya mereka kini dibebani dengan pelbagai benda namun perkara ini seharusnya diambil sebagai cabaran bukannya bebanan. Gelaran al-mualim atau cikgu itu bukan senang-senang boleh diberikan kepada mana-mana manusia kerana ia adalah gelaran seumur hidup. Pendek kata selagi nafas ini masih bernyawa disitu tersematnya tanggungjawab mendidik serta memacu pemikiran anak-anak negara agar menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berbicara tentang cikgu verstail atau serba boleh, hakikatnya cikgu harini sebenarnya mampu melakukan segalanya. Bidang pendidikan pada hari ini mencangkupi bidang sains dan teknologi dimana para pendidik diajar dan didedahkan dengan pengetahuan mendalam tentang sesuatu bidang untuk dirinya menyampaikan dan mempraktikkan. Kefahaman yang dimiliki ini jauh lebih mendalam dan holistik oleh kerana seorang pemberi pengetahuan (knowledge provider) haruslah lebih tahu daripada penerima ilmu itu (receiver). Disini, survival pendidik ataupun cikgu janganlah dijadikan perkara stereotaip lagi dengan memfokuskan pekerjaan cikgu hanya tertumpu di dalam bilik darjah sahaja. Biarpun kepimpinan terbesar dalam karier seorang guru bermula di dalam bilik darjah namun cikgu mampu pergi jauh lebih luas bahkan mampu ke tahap antarabangsa. Sejarah telahpun banyak membuktikan bahawa tokoh-tokoh yang masyhur dan hebat kebanyakkan asalnya dari seorang pendidik dan ‘al-mualim’. Jika diteliti jumlah sekolah di seluruh Malaysia mencapai angka 10 000 ribu di mana sebanyak 8 000 ribu merupakan sekolah rendah dan selebihnya adalah sekolah menengah. Bagi semua jumlah di atas, negara mempunyai kekuatan 300 000 ribu para pendidik meliputi pelbagai jawatan dalam bidang pendidikan. Bahkan negara sedang melatih dan membentuk ribuan bakal-bakal pendidik yang dibentuk dan dilatih di institusi pendidikan seperti UPSI dan IPG. Angka-angka ini sebenarnya sesuai dengan penekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan menerusi belanjawan dan implementasi ke arah mengangkat taraf pendidikan negara selari dengan taraf antarabangsa. Pendidikan adalah kunci segala kemajuan dan perubahan. Aspek fundalmental yang harus difahami, para pendokong harapan ini yang dibarisi oleh barisan pendidik haruslah dilihat dan berperanan sebagai insan yang serba-boleh atau verstail dalam konteks memberikan sehabis mungkin tenaga dan idea bagi meneraju segala usaha untuk kearah menaikkan taraf dan kehebatan pendidikan di Malaysia. Cikgu bukanlah karier yang terakhir atau yang mudah tetapi cikgu sebenarnya adalah “Generations` Mental Architect” . Kita sudah lama dengar adanya insan yang digelar policy maker dan kini kita kena paham cikgu juga punyai agenda perubahan yang penting yang perlu diberi ruang serta dibantu oleh semua pihak kerana cikgu adalah arkitek minda generasi negara.
Saturday, August 9, 2008
Menjelang Ramadhan..
Baru sahaja pulang dari rumah sempena kenduri menjelang Ramadhan..
dan kenduri arwah bonda. Program rutin menjelang ramadhan kali ini dijalankan secara sederhana namun meriah..
Namun aku hanya sempat dirumah selama 6 jam kerana terpaksa bergegas semula kekampus kerana pada pagi isnin ada peperiksaan pertengahan semster..Tak baca apapun lagi..
Mujurlah pulang kerumah bersama dzulhelmi yang sudi drive keta malam2. Tq juga untuk ijat dan azmi ( dua2 bekas roomate) yang sudi ikut balik kerumah untuk menghadiri kendurini..
Tilawah Al-Quran Peringkat IPT
Sebagai tuan rumah tetap bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat IPT, program ini sudah tentukan tidak akan aku lupakan, kerana pada tahun ini adalah kali ketiga ianya dianjurkan. Pada tahun ini, pertandingan tilawah al-quran dianjurkan secara sederhana memandangkan pemotongan bajet yang mutahir ini semua maklum akan situasinya. Berikut adalah keputusan bagi pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat IPT Kali Ke-3 :
Qari
Johan : Politeknik Kota Bharu
Naib Johan : UTeM
Ketiga : UPSI
Qariah
Johan : UTP
Naib Johan : UPM
Ketiga : UPSI
Tahniah !
Bersama memartabatkan Qalam Allah....
Friday, August 8, 2008
08.08.08
Esok 08.08.08
Bukan apa, saja nak ingatkan semua.
Esok nak balik rumah di Rawang
Kenduri Arwah bulan Puasa.
Puasapun semakin menjelma..
Hah kuliahpun sekejapje nak habis..
Kemudian, Exam...dan tahun depan Praktikum.
Monday, August 4, 2008
2 HARI 1 MALAM DI TELUK BATIK
INRA-FAIEZI-ASHIQ-SHARUL-MUZ-MOKH-SINCHAN-
KAZA-DATU-EJAT-WAN-MIE
keriangan trip ke Teluk Batik pada 26 dan 27 Julai yang lalu.
Percutian pendek selama dua hari ini disertai 12 orang rakan yang berlainan
program pengajian di UPSI.
Kami menginap di Crystal Bay Chalet,
bersebelahan dengan Teluk Batik Beach Resort.
Kenangan terindah yang dirakamkan ini
menjadi satu kenangan yang terindah bersama.
InsyaAllah dua tahun lagi, seperti yang dirancangkan, trip kami akan bercuti ke Sabah pula....
8-2 Ptg
- Bertolak dari Tg.Malim
- Sarapan di Slim River
- Membeli Barang di Pekan Lumut
- Check In di Crystal Bay Chalet, Teluk Batik.
- Makan Tengah Hari di Lumut Food Court