Sunday, August 17, 2008
CIKGU....manifestasi kehidupan semua insan
Akhir-akhir ini negara selalu dikejutkan dengan masalah-masalah yang menimpa para pendidik samada diperingkat peluang pekerjaan mahupun kredibiliti cikgu di alaf mencabar ini. Sehebat mana pun tamparan yang diterima, cikgu-cikgu di seluruh negara tetap tabah dan bersemangat untuk mendidik serta meneraju para generasi muda yang ternyata bakal menduduki tampok perubah dan peneraju negara di masa hadapan. Sebenarnya, survival seorang cikgu itu adalah tinggi serta mencabar. Cuba kita lihat di mana-mana, di kampung mahupun desa malah di corok-corok pelusuk negara jika dilawati ternyata pasti dalam sebuah perkampungan yang begitu daif sekalipun akan ada seorang cikgu biarpun sekadar cikgu agama yang memberi tunjuk ajar dan mendidik. Fenomena ini lebih tepat jika digambarkan “di mana ada manusia, disitu ada cikgu”. Justeru para bakal pendidik serta cikgu perlulah tabah dan berbangga dengan tugasan serta tanggungjawab yang begitu murshid ini. Biarpun seringkali didengari cikgu menyatakan bahawa kerjaya mereka kini dibebani dengan pelbagai benda namun perkara ini seharusnya diambil sebagai cabaran bukannya bebanan. Gelaran al-mualim atau cikgu itu bukan senang-senang boleh diberikan kepada mana-mana manusia kerana ia adalah gelaran seumur hidup. Pendek kata selagi nafas ini masih bernyawa disitu tersematnya tanggungjawab mendidik serta memacu pemikiran anak-anak negara agar menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berbicara tentang cikgu verstail atau serba boleh, hakikatnya cikgu harini sebenarnya mampu melakukan segalanya. Bidang pendidikan pada hari ini mencangkupi bidang sains dan teknologi dimana para pendidik diajar dan didedahkan dengan pengetahuan mendalam tentang sesuatu bidang untuk dirinya menyampaikan dan mempraktikkan. Kefahaman yang dimiliki ini jauh lebih mendalam dan holistik oleh kerana seorang pemberi pengetahuan (knowledge provider) haruslah lebih tahu daripada penerima ilmu itu (receiver). Disini, survival pendidik ataupun cikgu janganlah dijadikan perkara stereotaip lagi dengan memfokuskan pekerjaan cikgu hanya tertumpu di dalam bilik darjah sahaja. Biarpun kepimpinan terbesar dalam karier seorang guru bermula di dalam bilik darjah namun cikgu mampu pergi jauh lebih luas bahkan mampu ke tahap antarabangsa. Sejarah telahpun banyak membuktikan bahawa tokoh-tokoh yang masyhur dan hebat kebanyakkan asalnya dari seorang pendidik dan ‘al-mualim’. Jika diteliti jumlah sekolah di seluruh Malaysia mencapai angka 10 000 ribu di mana sebanyak 8 000 ribu merupakan sekolah rendah dan selebihnya adalah sekolah menengah. Bagi semua jumlah di atas, negara mempunyai kekuatan 300 000 ribu para pendidik meliputi pelbagai jawatan dalam bidang pendidikan. Bahkan negara sedang melatih dan membentuk ribuan bakal-bakal pendidik yang dibentuk dan dilatih di institusi pendidikan seperti UPSI dan IPG. Angka-angka ini sebenarnya sesuai dengan penekanan yang diberikan oleh pihak kerajaan menerusi belanjawan dan implementasi ke arah mengangkat taraf pendidikan negara selari dengan taraf antarabangsa. Pendidikan adalah kunci segala kemajuan dan perubahan. Aspek fundalmental yang harus difahami, para pendokong harapan ini yang dibarisi oleh barisan pendidik haruslah dilihat dan berperanan sebagai insan yang serba-boleh atau verstail dalam konteks memberikan sehabis mungkin tenaga dan idea bagi meneraju segala usaha untuk kearah menaikkan taraf dan kehebatan pendidikan di Malaysia. Cikgu bukanlah karier yang terakhir atau yang mudah tetapi cikgu sebenarnya adalah “Generations` Mental Architect” . Kita sudah lama dengar adanya insan yang digelar policy maker dan kini kita kena paham cikgu juga punyai agenda perubahan yang penting yang perlu diberi ruang serta dibantu oleh semua pihak kerana cikgu adalah arkitek minda generasi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment