Monday, August 25, 2008

Kemerdekaan Sepi Dek Polemik Politik Mutahir



Pertamanya frasa tajuk diatas samada betul ataupun tidak, itu tak pasti. Diri ini bukanlah guru bahasa namun sedaya upaya mencuba gramatis kata dalam berbahasa ( gitulah kesungguhannnya!)

Berbalik kepada tajuk entri diatas, hari ini (26 Ogos 2008) tinggal beberapa hari lagi Malaysia akan menyambut sambutan kemerdekaan yang ke-51.

Sekadar mengajukan beberapa persoalan :

- Perasankah semua? dada akhbar sibuk memutarkan isu politik (pilihanraya, isu sumpah, altantuya dan sekufu peristiwanya) berbanding cerita persediaan sambutan kemerdekaan, mencipta rekod membuat bendera terbesar, dan beberapa program berunsur merdeka?
- Menonton televisyen saluran perdana mahupun swasta seawal 10 - 15 minit diperuntukkan dengan isu pilihanraya dan polemik politik yang tidak tahu kesahihannya. Kalau dahulu sudah tentu buletin utama dimulakan dengan berita semangat patriotik dan diakhirnya sudah tentu disiarkan video berkaitan kemerdekaan..Ingtkah kita tahun lalu sebuah stesyen tv swasta pernah menyediakan satu slot berkaitan tokoh kemerdekaan negara setiap hari menjelang kemerdekaan negara..Kini?
- Memalui jalan-jalan persekutuan mahupun lebuh raya jarang-jarang sekali melihat kenderaan-kenderaan memasang jalur gemilang. Yang banyak dijalanan hanyalah kereta nasional (mungkin dengan memakai kereta nasional sudah memadai ? )
- Iklan-iklan kemerdekaan yang semakin lesu dan sepi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
- Pasaraya-pasaraya besar kurang menyahut seruan patriotisme dengan gagal mengindahkan suasana kemerdekaan.

Motif kepada persoalan-persoalan diatas, saya cuba menarik perhatian semua,

- andai kita berbeza agama
- andai kita berbeza bangsa
- andai kita berbeza fahaman politik
- andai kita berbeza segala-galanya

kita tetap rakyat Malaysia. dan andai..

- Situasi negara tertumpu pada sesuatu isu yang besar (pelbagai polemik mutahir negara)
- Perbalahan kaum dan sentimen politik

Kita juga Warganegara Malaysia.

Bukanlah diminta dengan memasang bendera di kereta baru dikatakan patriotik, kerana patriotik itu subjektif pendefenisiannnya...

Namun cukuplah andainya... kita memperingatinya didalam jiwa..

Justeru itu 31 Ogos nanti,
Marilah kita ketepikan kesemuanya, demi kemerdekaan tanah air tercinta. Kalau bukan kita siapa lagi?

- mari kita sedekahkan surah Al-fatihah dan bacaan yasin buat pejuang tanah air yang terkorban mahupun masih hidup di bumi bertuah ini.
- mari kita menunaikan solat hajat agar Allah mengekalkan kemakmuran keatas negara
- mari kita bersatu tenaga mewujud keharmonian dan kemakmuran buat tanah air tercinta.

mari dan mari..

Merdeka!

No comments: