Wednesday, May 20, 2009

Ucapan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Hari Guru Yang Sangat Menyentuh Hati


i Tahun ini tahun pertama aku bergelar seorang guru (walaupun praktikum). Tepat jam 12.00 malam 16 Mei 2009 berderet-deret SMS hari guru kuterima. SMS pertama diterima dari Zainal Alieff ( Pelajar SMK Wangsa Maju Seksyen 2). Terimakasih Zainal awak orang pertama yang menghantar SMS kepada cikgu. SMS seterusnya diterima silih berganti. Namun terdapat beberapa sms yang sangat menarik untuk kucalitkan sebagai ingatan abadi.

1. Bila Murid duduk, cikgu berdiri. Murid belajar sampai PHD, cikgu baru berkira-kira nak sambung degree. Bila murid diseligi, cikgu pula kena gari. Namun begitu didunia cikgu berbakti, moga diakhirat syurga tempat kita kekal abadi. Selamat Hari Guru. (Ain Moral UPSI)

2. Warga SMKWM2 terasa kehilangan Cikgu Hairul. Itu maknanya Hairul berjaya sebagai seorang guru. Dalam ramai-ramai guru praktikum dulu dan terkini hanya hairul yang istimewa banyak membantu kami.
Selamat Hari Guru ( Puan Nora SMKWM2).


Dua mesej yang kuterima ini cukup besar ertinya buat diri aku. Andai ditanya bersediakan diriku dengan profesion yang penuh mencabar ini? Sudah tentu akan ku jawab YA. Kepada semua, anak-anak murid, rakan-rakan pengajian UPSI dan para guru yang telah menghantar SMS kepadaku, Jutaan terimakasih diucapkan. Mesej kalian telah membakar semangatku untuk menjadi pendidik yang berjaya pada masa hadapan. InsyaAllah..
Anggur

Menganggur...

Sudah 2 Minggu aku menganggur menanam anggur menunggu buahnya ranum dan terus dimakan secara lahapnya.
Tunggu kerja..
Sampai kini tidak ku dengar sebarang berita...
Tunggu dan kutunggu....

Cuti Hujung Minggu

Cak…

Amboi-amboi-amboi..

Meminjam frasa sinonim Azwan Ali yang fofular dengan program bual bicaranya..haha tak de apa-apa yang mahu dinukilkan. Minggu lepas aku pergi kerumah kakak ku di Klang Selangor. Hujung minggu sempat berjalan-jalan ke Pantai Morib, Banting, Selangor.. Kat bawah ni ada beberapa gamabar anak-anak buah aku yang sakan di Pantai..Aishah,Ainul,Hafiy dan Ikhmal.







PIDATO BELIA NEGARA 2009 - SUDAH TIADA REZEKI

Pidato


Pidato Belia Negara 2009

Peringkat Kebangsaan 14 Mei 2009 MITC Melaka.


Peringkat Negeri Perak 9 Mei 2009 KBS Ipoh Perak.



Minggu lepas (14 Mei 2009) baru selesai Pertandingan Pidato Belia Kebangsaan 2009. Sebagai peserta bagi mewakili Negeri Perak, banyak pengalaman yang cukup berharga yang boleh aku kutip sepanjang pertandingan tersebut.

Tentu ramai tertanya – tanya, macam mana aku boleh mewakili Negeri Perak? Memang aku lahir dan dibesarkan di Negeri Selangor, namun aku telah mendaftar sebagai MAYC Tanjung Malim semasa menuntut di UPSI. Diperingkat Negeri aku telah menewaskan juara dua tahun berturut-turut Negeri Perak –
Selziah (junior debat UPSI ) pada 9 Mei 2009.

Secara keseluruhannya, peserta-peserta yang masuk semuanya berbakat besar. Apatahlagi yang menyertainya bekas-bekas pemidato dan pendebat universiti. Johan memihak kepada Negeri Melaka, Kedua Negeri Sembilan dan ketiga dari wakil IPT. Aku? Hah, aku tak taupun kedudukan aku dimana. Namun mesej dari Abg Azmi (bekas Juara antara Juara Pidato Belia Kebangsaan 2006) memaklumkan aku mendapat tempat kelima. Kalau betullah apa yang Abg Azmi maklumkan..Alhamdulillahlah dari 16 peserta yang semuanya hebat-hebat.

Aku merasakan giliran yang ke-2, terlalu awal bagi aku untuk membuat kejutan apatah lagi setiap peserta membawakan hujah selama 15 minit. Aku beraksi seawal jam 8.50 pagi. Namun tidak mengapalah andai Tuhan kata andai ada rezeki, maka adalah ia…Syukurlah pada pencapaian yang telah aku gapai.

Syukur sekali lagi kepada Nya.

Temuduga.

Menghadiri Temuduga di Putrajaya 12 Mei lalu sangat mengujakan..

Ramai yang hadir berdombong-dombong memahat satu impian

Bergelar si Kontrak selama 6 bulan..di Gomen

Aku? Sudahpun melaluinya. Andai dapat alhamdulillah

andai tidak jadikannnya sebagai satu pengalaman yang cukup berharga....

Terimakasih untuk Mokhzani kerana sudi menemankan aku semasa temuduga

(tunggu sampai 5 jam lamanya)..


Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun sambutan hari guru di Malaysia. Guru Pembina Negara Bangsa – tema tahun ini. Kalau hendak dikatakan jasa yang telah mereka berikan sangatlah bermakna dan sukar diganti. Untuk hari guru tahun ini, kad hari guru yang aku sediakan amat besar maknanya. Ungkapan – Lahirnya Cikgu Hairul Kerana Jasa Seorang Guru sangat bermakna bagi guru-guru yang pernah mendidikku selama ini. Jasa yang diberikan sangat bermakna dan besar dalam mendidikku. Kad – kad telah dihantar pada 8 Mei lalu. Harap selamat sampai menerimanya. Buat semua rakan-rakan seprofesion selamat hari guru ku ucapkan. Teruskan legasi mendidik anak bangsa...

Selesai Praktikum..

Kat atas ni hadiah2 anak2 murid dan guru2.Tq sangat2..

Sudah 2 minggu praktikum berakhir. Sukarlah nak diungkapkan bagaimana perasaan sepanjang praktikum. Kalau mahu dibilang berataus-ratus cerita yang mahu dinyatakan. Jutaan penghargaan buat SMK Wangsa Maju Seksyen 2 diatas kesudian menerima kami. Majlis perpisahan yang dilakukan sangat dihargai. Hadiah emm memanglah susah nak cakap. Banyaknya tak terkata. Terimakasih semuanya. Sebenarnya bukan hadiah yang jadi ukuran yang penting, ingatan dan jasa yang diberikan sangat dihargai. Terimaksih buat semua.

Kempen Sayangi Sekolah...Impian Terlaksana Jua

Seperti yang di impikan untuk mengadakan satu program mega disekolah akhirnya tercapai juga. Kempen Sayangi Sekolah


satu nama yang gimiknya sangat menarik minat para pelajar. Dalam program ni macam2lah yang diadakan. Berikut beberapa gambar yang sempat aku ambil untuk tatapan semua sepanjang kempen berjalan
1-MULA-MULA BACAAN SAJAK SAYANG SEKOLAH DARI PENGETUA 2) LEPAS TU SATU-SATU ABJAD DILAUNGKAN 3) KEMUDIAN BANNER PUN JATUH.. 4) KEMUDIAN RAMAI-RAMAI LAUNG KAMI SAYANG SEKOLAH5) BELONPUN JATUH..6) DALAM MASA YANG SAMA DIBAWAH PASUKAN KOIR 4A BUAT PERSEMBAHAN LAGU STANDING IN THE EYES OF THE WORLD7) TAK KETINGGALAN KEMUDIANNYA "CHORAL SPEAKING" DARI 1M

SO setelah melihat gimik perasmian tu meriahtak?.....
antara program menarik sepanjang minggu kempen sayangai sekolah ialah:
1) Tanda tangan sokongan...

2) Pameran Bergambar

3) Kreativiti Kreatif

Disebalik Tabir....

Tersenyum puas setelah selesai majlis..hehehe.

Pengarah Divisyen Shaun dan 2 kawannnya yang cute sheel dan shikin..

Semua Duta Penyayang Sekolah...Mantap seh..4W1 dan 4A

Keriangan bangga program berjaya (tengah telefon kawan)

Tengah gosip dengan adik kembar

Menggelabah takut program hancur. Pengetua havocje..

Alhamdulillah berjaya juga program ini dijalankan...