Wednesday, May 20, 2009

PIDATO BELIA NEGARA 2009 - SUDAH TIADA REZEKI

Pidato


Pidato Belia Negara 2009

Peringkat Kebangsaan 14 Mei 2009 MITC Melaka.


Peringkat Negeri Perak 9 Mei 2009 KBS Ipoh Perak.



Minggu lepas (14 Mei 2009) baru selesai Pertandingan Pidato Belia Kebangsaan 2009. Sebagai peserta bagi mewakili Negeri Perak, banyak pengalaman yang cukup berharga yang boleh aku kutip sepanjang pertandingan tersebut.

Tentu ramai tertanya – tanya, macam mana aku boleh mewakili Negeri Perak? Memang aku lahir dan dibesarkan di Negeri Selangor, namun aku telah mendaftar sebagai MAYC Tanjung Malim semasa menuntut di UPSI. Diperingkat Negeri aku telah menewaskan juara dua tahun berturut-turut Negeri Perak –
Selziah (junior debat UPSI ) pada 9 Mei 2009.

Secara keseluruhannya, peserta-peserta yang masuk semuanya berbakat besar. Apatahlagi yang menyertainya bekas-bekas pemidato dan pendebat universiti. Johan memihak kepada Negeri Melaka, Kedua Negeri Sembilan dan ketiga dari wakil IPT. Aku? Hah, aku tak taupun kedudukan aku dimana. Namun mesej dari Abg Azmi (bekas Juara antara Juara Pidato Belia Kebangsaan 2006) memaklumkan aku mendapat tempat kelima. Kalau betullah apa yang Abg Azmi maklumkan..Alhamdulillahlah dari 16 peserta yang semuanya hebat-hebat.

Aku merasakan giliran yang ke-2, terlalu awal bagi aku untuk membuat kejutan apatah lagi setiap peserta membawakan hujah selama 15 minit. Aku beraksi seawal jam 8.50 pagi. Namun tidak mengapalah andai Tuhan kata andai ada rezeki, maka adalah ia…Syukurlah pada pencapaian yang telah aku gapai.

Syukur sekali lagi kepada Nya.

No comments: