Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Guru

16 Mei setiap tahun sambutan hari guru di Malaysia. Guru Pembina Negara Bangsa – tema tahun ini. Kalau hendak dikatakan jasa yang telah mereka berikan sangatlah bermakna dan sukar diganti. Untuk hari guru tahun ini, kad hari guru yang aku sediakan amat besar maknanya. Ungkapan – Lahirnya Cikgu Hairul Kerana Jasa Seorang Guru sangat bermakna bagi guru-guru yang pernah mendidikku selama ini. Jasa yang diberikan sangat bermakna dan besar dalam mendidikku. Kad – kad telah dihantar pada 8 Mei lalu. Harap selamat sampai menerimanya. Buat semua rakan-rakan seprofesion selamat hari guru ku ucapkan. Teruskan legasi mendidik anak bangsa...

No comments: