Tuesday, September 1, 2009

Koleksi Tali Leher

Tentu semua orang mempunyai tali leher(bagi yang menggunaknnya). Tali leher merupakan pelengkap kepada gaya dan fesyen seseorang. Pelbagai corak,warna dan jenama terdapat dipasaran. Dengan niat merajinkan diri mengisi masa rehat (bulan puasa duk dalam bilikje) maka diciptakan entry tentang koleksi tie terkini.


Tara.. Inilah koleksi tie aku..ni baru sebahagian sahaja..banyak lagi

1- Tie bewarna biru belang ini diberikan oleh anak saudaraku "Y" sempena hadiah konvokesyen lalu. Tie berjenama SUAVE ni merupakan kegemaranku.


2. Tie bewarna hitam ini aku beli sendiri di Jusco Wangsa Maju. Tak lah mahal. Kebtulan ada less. Tie ini berjenama Polo.


3. Tie seterusnya ini agak klise juga dengan beberapa tie bewarna biru lain. Tie ini pemberian abang aku Hairi sempena Konvokesyen. Berjenama Life Style.


4. Tie ini pula aku beli di Carefour Wangsa Maju. Tie ni adalah tie paling murah yang pernah aku beli. Berharga RM9.90 dan tidak berjenama.


5. Tie ini dibeli secara bundle semasa konvokesyen UPSI ke9 dahulu. Tie ini berjenama Keith Valler.


6. Tie ini dihadiahkan oleh Guru-guru di SMKWM2 semasa praktikum. Tie yang agak mahal. Berjenama John Master.


7. Tie ini dibeli di Alamanda. Berjenama Suave.


8. Tie ini pula adalah pemberian Sahabat baik, NorHelmi. Tie ini berjenama Qiubite.


9. Tie berwarna pink ini baru sahaja diperolehi dari sahabat yang istimewa, berjenama Padini.

10. Tie terakhir ini dibeli di Mid Valley. Berjenama Guiny.

2 comments:

FaaII said...

tie yg wrne hitam tu jual dgan saya boleh?

. said...

ala kat kedai2 banyak.. g je jusco tu.haha