Monday, April 28, 2008

It's New Car From Produa...Nautica 4WD

Produa akan mengeluarkan produk terbarunya ":Nautica 4wd:". Produk terbaru dari Malaysia dengan kerjasama padu Daihatsu ini menampilkan reka bentuk persis model2 sebelumnya. The new Perodua Nautica 4WD will be a CBU import from Japan with Perodua badging and styling, though since the car will be a low volume unit there should not be any major changes with the design other than a minor grille change, as it would not be cost effective to do any major restyling with so little units expected to be sold. Bookings are open from May 10th 2008 onwards. Also released are some official minor specs on the car - a 1.5 liter DVVT engine (likely the 3SZ-VE in the Avanza and Rush) and a 4WD drivetrain, unlike the Toyota Rush’s 2WD drivetrain. It comes in automatic transmission only and has two colour variant - Medallion Grey or Majestic Black. Produk ini kemungkinan menurut jangkaa akan dipasarkan pada awal bulan MEI..Harga belum lagi diketahui...Adakah menjadi idaman anda?

Sumber :
http://paultan.org/archives/2008/04/24/perodua-nautica-official-name-for-new-perodua-suv/



Hahaha...Tentu DINANTIKAN

Saat saat yang saya SANGATTTTTT nanti nanti kan .. MAN U tersungkur di kaki CHELSEA lalala lalala lalalala riangnya hati ku lalalala CHELSEA CHELSEA ... MAN U boooooo

Adik2 ku SDAR...usaha..tangga kejayaan..akhirnya berjaya

Adik-adik SDAR... Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), i really proud of u..korang semua memang bagus...nahhhh eventually u grab the success...dont forget for studying here...(UPSIKU)

PERTANDINGAN DEBAT ANTARA SEKOLAH MALAYSIA 2008

KEDUDUKAN PASUKAN SELEPAS TUJUH PUSINGAN AWAL

NAMA PASUKAN

1)MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

2)SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK A

3)SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH B

4)SBPI GOMBAK A

5)KOLEJ TUNKU KURSHIAH A

6)SEKOLAH SERI PUTERI B

7)SMAP KAJANG A

8)SMK TAMAN MELAWATI A

9)MAKTAB TENTERA DIRAJA

10)MRSM TAIPING A

10 Pendebat Terbaik Keseluruhan selepas 7 pusingan.

1) KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR (MUHAMMAD AFFENDY B HASNI)

2) SMAP KAJANG A (MOHD NUR AFIQ B. MOHD YASIM)

3) SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK A (MUHAMMAD NORILLYAS B HUSSIN)

4) INSTITUT TAHFIZ AL QURAN NS (MUHAMMAD AMIRULLAH B JASNI)

5) MAKTAB TENTERA DIRAJA (ARIFF AZALI B AZMAN)

6) SEKOLAH SERI PUTERI (NUREZZAH BT ABDULLAH)

7) SMAP KAJANG A (MOHAMMAD HISYAMUDDIN)

8)SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK A (MUHD SYAFIQ B HAMIDAN)

9) SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN B (MUHAMMAD HARINN HIZHADI B MUKHTAR)

10) SEKOLAH SERI PUTERI B (FATIHA ZIQRA BT SAHARUDDIN)

Sunday, April 27, 2008

Dari usia 6 tahun sehingga 20-an ini...



Semasa entri ini ditulis, aku sedang mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan esok..Sekitar jam 5.30 pagi 18 Nov 2008. Aku terkenang kisah-kisah dan kenangan semasa sekolah rendah dan menengah..huh banyak kenangan yang tersimpan..Pasal study memang merupakan kenangan yang tak pernah tamatnya bermula dari tadika sampai ke universiti...sekarang aku sedang mentelaah paper terakhir untuk pengajian peringkat ijazah sarjanamuda ini..huh esok jam 9.00 pg aku akn melangkah kaki untuk mengmbil paper terakhir untuk semester ini...Ya Allah bantulah hambamu ini, berikan ketengan semasa menjawab peperiksaan, Pancarkan sirna ilmu dalam mengharungi peperiksaan nanti..amin...

Wednesday, April 23, 2008

Kenangan..

Maaf resolusi gambar agak kecil

Entah kenapa setelah solat Maghrib, belek2 buku dan baring atas katil...
aku teringatkan kawan2 semasa sekolah dahulu....Kenangan bersama kalian memang tak dapat dilupakan..kalian lah pengubat luka duka dan nestapa..hari2 yang dilalui memang tidak sabar ditempuhi..macam2 peristiwa sering bermaian didalam hati...

6 Atas Dediaksi satu nama yang tak akan kulupakan...kawan-kawanku, bob,daus,hadi,adi,naim,nuzul,as,wani,pja,aan,ilah amin,ilah amt,ilah karim,sweeta,suria,juli,jalut,nana,eija,aje,nini,amy,sam,shima dan ada beberapa nama lain lagi yang tak sempat nak sebut..akan aku ingat sampai bila-bila..mana mungkin akan kulupakan semuanya...

Kisah yang tak akan aku lupakan sepanjang bersama kalian sudah tentulah kisah2 manis antara kita semua : kisah Naim berada pada ranking pertama dalam lentera 6 AD dahulu...Kisah nya yang macam (takperlu aku tulislah) membuatkan aku tak lupa sampai bila2...Naim is my best friend yang suka sangat buat ayat..haha..dan telatah manjanya...well tak mungkin dilupakan..

Pengalaman bersama semua memang tak dapat nak diluahkan semuanya...dalam idea membuak2 ada namun nak mengeluarkannya agak sukar..namun percayalah biara siapapun saya, biar sehebat manapun saya, dimana saya berada, Kawan2 6AD akan tetap dalam ingatan.....

Sunday, April 20, 2008

Exam ohhhh Exam




Hei....kau bilanak study ha?? tulah ayat roomate aku Musz yang gelisah tengok aku rileks dan dek aje menjelang peperiksaan ni...AKu memang tersangat malassssss nak study..mood macam tak ada jer...mujurlah paper berjarak-jarak..bolehlah study beragak-agak...Ni exam semester keenam aku..huhu papaer pertama ialah paper pendidikan..Rekabentuk Instruksional..gelisah memang gelisah..tapi emmm taktaulah..manakah mood aku seperti sebelum2 ini...?

Saturday, April 19, 2008

Chantek Ke??

Hai suma, kalini aku saja nak tunjukkan bilik aku kat Apartment Bahtera, Harun Aminurrashid Residental College, Bahtera Tarrace, Tanjung Malim..Huhu bilik akuni taklah chantek..tapi sedap mata memandang..komen ek...

Wednesday, April 16, 2008

Isu Bola Sepak, Politik dan FAM...

FAM BERMOTIF POLITIK? POLITIK DAH MASUK CAMPUR DALAM SUKAN? WTF


BERITA HARIAN


Hukuman kes 'cabut lari' tak sah

Oleh: Ahmad Khawari Isa (BERITA HARIAN)

JAWATANKUASA Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melakukan kesilapan besar ketika menghukum Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), jurulatih Dollah Salleh dan empat penyerang Merah Kuning - Akmal Rizal Rakhli, Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin dan Amirul Hadi Zainal.

Rumusan itu terhasil kerana selepas beberapa usaha meraih reaksi balas, semalam, badan induk itu sendiri - biarpun tidak secara terbuka - tidak dapat lari daripada mengakui hakikat berkenaan.

Lebih mengharu-birukan keadaan ialah 'keghairahan' Jawatankuasa Disiplin FAM itu mendedahkannya kepada dakwaan 'melangkaui batas kuasa' kerana peraturan diguna pakai untuk menghukum pihak-pihak berkenaan bukan milik jawatankuasa berkenaan.

Untuk 'menghalalkan' hukuman itu, jawatankuasa berpegang kepada Garispanduan Status dan Perpindahan Pemain 2007-2008 - yang jika perlembagaan badan induk itu jadi pegangan - dirumus dan disediakan untuk kegunaan Jawatankuasa Status Pemain FAM.

Apa yang ada untuk Jawatankuasa Disiplin FAM ialah 'Garispanduan Peraturan dan Tindakan Disiplin', mengandungi senarai salah laku serta hukuman terhadap pihak bersalah.

Lebih hebat, kesalahan 'cabut lari daripada acara anjuran sebuah syarikat' dan 'jurulatih yang mengarahkan tindakan sebegitu' tidak langsung terkandung dalam garis panduan berkenaan.

Lantas apa digunakannya? Satu peruntukan kecil dalam garis panduan itu yang membolehkan Jawatankuasa Disiplin FAM menggunakan budi bicara untuk membincangkan mana-mana kesalahan yang difikirkannya sesuai selain mengambil tindakan yang difikirkannya berpatutan.

Dalam erti kata mudah, Jawatankuasa Disiplin FAM mampu mengheret mana-mana pihak sekalipun, atas apa-apa kesalahan sekalipun - berdasarkan pertimbangannya - untuk dibicara dan dijatuhkan hukuman.

Contohnya ialah jika seorang pengadil tersilap dalam membuat keputusan, dia mampu diheret ke Jawatankuasa Disiplin. Apa cuma diperlukan Jawatankuasa Disiplin ialah menegaskan tindakan sebegitu terkandung dalam Garispanduan Jawatankuasa Pengadil dan kerana itu, Jawatankuasa Disiplin boleh menghukumnya.

Tidak masuk akal? Sudah tentu. Tetapi itulah yang dilakukan Jawatankuasa Disiplin, kelmarin. Menggunakan 'kuasa' Jawatankuasa Status Pemain FAM untuk mengheret pihak didakwa dan menghukum mereka.

Bagaimana pula dengan hukuman memotong tiga mata Liga Super daripada Selangor? Pemeriksaan teliti garis panduan untuk Jawatankuasa Disiplin juga gagal menjelmakan sebarang peruntukan untuk mengambil tindakan sebegitu.

Kuasa itu sebaliknya jadi milik Jawatankuasa Pertandingan Tempatan - badan berkuasa dan bertanggungjawab mengendali, mengelola dan mengawasi perjalanan semua pertandingan bola sepak tempatan, termasuk Liga Super dan Piala FA.

Lebih menarik, kesalahan empat pemain Selangor itu - yang disuruh Dollah - adalah untuk menghadapi aksi Piala FA. Adakah FAM sebenarnya mahu menghayati pepatah 'pukul anak, sindir menantu?'

Atau ada agenda lain mahu diterajui? Fakta utama perlu diakui ialah klinik kendalian bekas bintang Liverpool, Ian Rush, adalah anjuran sebuah syarikat - seperti kenyataan dicanangkan pihak berkaitan dengannya ketika perasmian klinik berkenaan.

FAM, ataupun jawatankuasa eksekutifnya, sekadar meluluskannya. Ia bukan bermakna klinik itu jadi 'milik FAM'. Jika tidak, FAM tentu bermasalah kerana adakah bermakna semua acara diluluskan jawatankuasa FAM, tetapi dikendalikan pelbagai pihak lain, juga jadi milik mereka dengan semua ahli gabungan perlu patuh jika tidak mahu dihukum?

Fakta kedua ialah Jawatankuasa Disiplin FAM, jika berdasarkan bidang kuasa yang ada padanya - mengikut Perlembagaan FAM - tidak punya kuasa untuk menangani kes itu.

Lantas, timbul persoalan, adakah kerana ada pihak mahukan empat pemain, Dollah dan FAS dihukum, terpaksalah juga dicari mana-mana peruntukan 'yang ada kaitan' supaya mereka mampu diheret ke muka pengadilan?

Kepimpinan FAM sebelumnya sentiasa jadi kebanggaan warga sukan negara, dengan pengiktirafan pernah diberi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta Majlis Sukan Negara (MSN), di sebalik prestasi hambar skuad negara di pentas antarabangsa.

Sudah tentu pucuk pimpinan FAM serta sekretariatnya tidak mahu reputasi itu terus-terusan terhakis, tambahan pula kerana keghairahan memperjuangkan kes yang asasnya 'dibina daripada dahan terlalu rapuh'.

Tuesday, April 15, 2008

Emmm...Babi dan Babi..

Artikel ini diambil melalui Harakah Online

Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?

Oleh Johari (Harakah)

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.

Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.

ImageMenurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..

Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.

Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas.

"Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat."

"Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya. - mr

Monday, April 14, 2008

Shilpa Lee??? siapa itu??

ntahla.. tiba-tiba aku tergerak untuk menaip pasal Sufiah@Shilpa Lee… mungkin ramai yang memberi pandangan serta kritikan tentan apa yang berlaku… seorang genius yang mempunyai darah Melayu+Malaysia yang pernah menggemparkan negara satu ketika dahulu sebagai insan termuda yang berjaya masuk ke Oxford pada umur 13 tahun….

walaupun beliau bukan warganegara, tapi kerajaan kita tetap menaja pengajiannya.. biasalah nak tumpang nama.. mak diakan orang Melayu kita… walaupun bapak dia yang ajar ilmu kira-kira.. apa sangat lah nak dibangga.. dah Tuhan nak bagi otak dia bergeliga… walaupun bapak dia kata, sufiah pandai sebab dia… tulah, takbur bongkak kan dah kena balasannya…

bapak masuk penjara sebab kuat meraba… sekarang??? timbul plak cerita sufiah dah tukar nama.. shilpa lee nama barunya.. kerja melayan lelaki2 kaya… siap buat pengakuan lagi… saya seronok buat kerja begini… macam2 pelanggan saya bagi.. hidup saya mewah, duit melimpah.. tapi sufiah lupa.. kerja dia tu bawak padah.. ibunya menangis airmata darah… yang penting kerajaan kita pun rasa susah dan gundah…

maka ada yang canang dan hebah… kerajaan perlu selamatkan sufiah.. jangan biarkan dia terus parah… haa, ini lagi satu masalah… org kita nih kuat melatah… apa yang nak kita kisah… daripada kita sibuk nak selamatkan sufiah…. baik kita selamatkan anak-anak muda kita yang menjadi-jadi masalah.. lagi teruk dan parah….

sufiah tu bukannya warganegara Malaysia.. apa yang kita nak beria.. kepada media.. takyah lah nak canang2 cerita sufiah sebagai tajuk utama.. banyak lagi agenda negara yang perlu dicerita… banyak lagi kisah anak-anak muda yang lagi teruk dari masalah sufiah ada kat negara kita…. paparkanlah… jadikan tajuk utama anak2 muda kita dah tak serupa manusia…

hmm…. sedar meluahkan apa yang saya rasa.. dari lubuk hati memang simpati dengan kisah yang berlaku pada diri Sufiah…. tapi, sewaktu beliau digembar-gemburkan hilang secara tiba2 dahulu takder plak nak beria mencari… dah terpapar cerita macam nih barulah terhegeh2….

apa yang boleh kita buat… berdoa jelah agar beliau kembali ke pangkal jalan….


* dipetik dari Blog Abg Bob UKM

Debat oh Debat..Anugerah oh anugerah


Alhamdulillah disaaat saat akhir era kepimpinanku di Universiti walupun kapasiti yang kumiliki terlalu kecil (presiden Penyayang, Mt Debat dan Ketua Orator UPSI) ianya tidak langsung menjadi penghalang bagiku untuk maju dalam arena kepimpinan kapasiti yang aku miliki..bulan 4 ni tiga majlis anugerah berlangsung..dan semuanya aku mendapat undangan, cuma dua sahaja aku dapat hadiri satunya tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program penyayang kedesa...

Malam Penghargaan Kebitaraan Kolej Harun Aminurashid 2007/2008
(30 Mac 2008)


Aku tidak dapat menghadiri majlis ini kerana terlibat dengan satu program penyayang. Alhamdulillah aku menerima anugerah Kokurikulum terbaik..

Malam Anugerah Ketrampilan Pelajar UPSI 2007/2008 (5 April 2008)

Syukur padanya seperti semua sedia maklum, Kelab Penyayangku mendapat anugerah Kelab Bukan Akademik Terbaik bagi sesi kali ini dan keputusan yang tidak disangka-sangka, aku mengekalkan posisi anugerah khidmat masyarakat untuk kesekian kalinya

Anugerah Gemilang Debat UPSI 2007/2008 ( 7 April 2008)

Alhamdulilah juga aku mendapat anugerah Emas Debat BM UPSI bagi sesi kali ini dan juga Anugerah Pencapain terbaik IPTA..

Huhu tq semua atas usaha dan kerjasama..biarlah aku akhiri posting blog akuni dengan kata-kata ini.

"walau ada impianku yang tidak terlaksana, namun aku berjaya buktikan pada tahap kapasiti minima seseorang juga boleh berjaya"...

Man U dan As Roma....

Persaingan pusingan suku akhir menyaksikan Manchester United membenam AS Roma dengan agregat 3-0, Barcelona munundukkan Schalke 04 dengan agregat 2-0, Chelsea menumpaskan Fenerbahce dengan agregat 3-2 dan Liverpool menewaskan Arsenal dengan agregat 5-3.

Pusingan separuh akhir akan menemukan pasukan Barcelona menentang Manchester United dan pertembungan dramatik Chelsea bertemu Liverpool. Buat pengetahuan, pertembungan kali ini menyaksikan pertembungan kali ke-3 Chelsea dan Liverpool di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan Liverpool telah menewaskan Chelsea didalam 2 pertembungan sebelum ini.

Adakah Chelsea akan berjaya menamatkan badi kekalahan kepada Liverpool diperingkat Eropah sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir? Siapakah yang lebih hebat diantara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester Uniter dan kelab gergasi Liga Sepanyol, Barcelona? Sama-sama kita nantikan....

* dipetik dari blog Pjoy UMP..

Sudah Pulun Macam2 Program..Hang Tumpu Exam lak..

Dapatkan TestiGoodLuck Di sini

Saturday, April 5, 2008

Terimakasih Semua 2 Tahun Gemilang

MALAM ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR 2007

ALHAMDULILLAH KALI KEDUA....

Begambar dengan semua pemenang tahun 2006

Bergambar dengan semua pemenang tahun 2007.


SEKALUNG PENGHARGAAN kepada semua yang telah banyak memberi sokongan khasnya rakan-rakan dan majlis tertinggi Kelab Penyayang atas usaha,komitmen dan bakti sehingga membolehkan saya menerima anugerah Khidmat Masyarakat UPSI 2007 buat kali Ke-2nya (2006 & 2007). Syukur kehadrat ALLAH kerana telah menentukan siapa yang berjaya memperolehnya. Sesungguhnya diri ini bukanlah sesempurna mana2 iansan lain, namun inilah yang dinamakan rezeki. Segala khidmat masyarakat khasnya untuk adik2 Rumah Budi Mulia Nurul Huda dan masyarakat2 yang pernah terlibat dalam program saya, keihklasan adalah nombor satu dan kemenangan ini mungkinlah sebagai satu tiket kedua yang memberi gambaran bahawa kita perlu menunjukkan komitmen yang jitu....bukanlah anugerah yang dikejar namun biarlah apa yang diisi itu tersemat dihati..Insyaalllah