Sunday, July 20, 2008

2 Tahun Bersama, Kini Bermula Nokhtahnya..






Setelah 2 tahun memegang mandat selak
u Presiden Kelab Penyayang UPSI, hari ini (20 Julai 2008) adalah hari penyudahnya apabila Mesyuarat Agung Kali ke-3 dilaksanakan. Menerajui kelab selama dua tahun cukup memberi cabaran yang besar. Bertapak dengan keadaan yang terlalu getir kerana tidak memiliki sebarang pengalaman ketika itu (tahun pertama) bukanlah satu halangan. Menjadi pengasas yang bermula dari sifar dan berusaha mengemudi kelab yang baru bukanlah satu perkara mudah. Alhamdulillah kini siapa yang tidak mengenali Kelab Penyayang UPSI. Kelab yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial ini adalah di bawah Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan JHEPA UPSI.





Bersama Rakan-Rakan Penyayang Seluruh IPTA Malaysia.


Mungkin semua rakan-rakan seperjuangan dan seangkatan jarang mengetahui aktivitiku di Universiti. Semua melihat diriku hanyalah sebagai pendebat universiti ataupun pengacara bagi beberapa program utama universiti. Mudah kata mereka mengenaliku sebagai "sang" Orator yang menyumbangkan suara. Namun kata orang kerja amal biarlah menjadi simpanan sendiri. Jika diheboh takut keikhlasan diragui. Namun dalam blog kali ini bi
arlah orang mengetahui (dengan harapan bukan mahu meninggi diri) , selain dunia orator, diri ini juga merupakan aktivis masyarakat yang aktif mengumpul dana Untuk anak-anak Yatim/Miskin yang kurang bernasib baik serta manjalankan program kemasyarakatan di sekitar Negeri Perak.



Bersama adik-adik angkat Dari Rumah Anak Yatim/Miskin yang sering dikunjungi.

Jujur diri ini mengakui, mengenali anak-anak miskin/yatim dan insan kurang bernasib baik ini menjadikan diri kita insaf dan menyedari masih ramai insan kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian. Menjadi sub dalam kelompok masyarakat memerlukan penglibatan yang harus dicurahkan jika tidak melalui kewangan, melalui tenaga dan idea pun sudah memadai. Menerima Anugerah Khidmat Masyarakat UPSI dari Naib Canselor UPSI selama 2 tahun berturut-turut memang cukup mengujakan. Namun anugerah itu bukanlah manjadi keutamaan, namun keikhlasan adalah nombor satu dan kemenagan pencapaian anugerah itu adalah nombor dua bagi penghargaan yang diiktiraf.



Semasa Menerima Anugerah Khidmat Masyarakat Daripada TNC HEPA

Sebagai Presiden Kelab, usaha dirasakan cukup berb
aloi apabila sesuatu program dapat dilaksanakan dengan sempurna dan mencapai misi serta matlamatnya. Kenangan paling terindah sudah tentu membawa adik-adik dari Rumah anak-anak yatim/miskin menjalah kampus serta berjaya pula mengumpul dana lebih RM10 ribu. Satu nilai yang cukup menggembirakan khas untuk pembangunan rumah anak-anak yatim/miskin ini. Dan klimaks kepada kejayaan kelab yang cukup konsisten di UPSI ini, ialah menerima Anugerah Kelab terbaik bagi bagi sesi 2007/2008.




Bersama Penerima Anugerah Dalam Majlis Anugerah Ketrampilan Pelajar 2007/2008

Kenangan dalam Kelab Penyayang selama 2 tahun dengan sokongan moral dari rakan-rakan Majlis tertinggi akan menjadi kenangan paling terindah sepanjang tempoh pengajian di Universiti. Kepada semua rakan-rakan MT Kelab, jutaan penghargaan kerana memahami diri ini yang kadang-kadang sibuk dengan pelbagai "karenah" aktiviti di universiti ini. Terkadang terbahagi komitmen, terkadang tertolak penglibatan dan terkadang terbuang masa berharga bersama kalian. terimakasih kerana memahami.





Bersama adik-adik semasa Jamuan Di Rumah Rektor KUIP



Bersama Salah Seorang MT Kelab Penyayang Saudari Norhaslinda




Semasa satu Program Amal di Bandar Hilir, Melaka.



Bergambar kenangan dengan Semua Rakan Penyayang UPSI

Buat kesekian kalinya, jutaan penghargaan buat semua yang telah menyokong karier selama ini. Kepada Dr.Norhisham, En.Halim, En.Muzamil HEP, Kak Ida HEP dan beberapa nama lain yang banyak mencurahkan idea, sokongan moral serta komitmen tanpa henti, moga Allah membalasnya. Tidak lupa sekalung ingatan tulus ikhlas Buat Ybhg Prof Dato' Dr. AMinah Bt. Ayub, Naib Canselor UPSI, Ybhg. Datuk Leela Mohd Ali, Pengarah Yayasan Budi Penyayang Malaysia dan Pengurus Yayasan Budi Penyayang UPSI En. Ezaruddin, semoga bakti kalian dan sumbangan pada komuniti masyarakat mendapat keberkatan selamanay.InsyaAllah...




"Ingatlah, walau dalam ruang lingkup mana sekalipun, jika kita tidak memiliki kepimpinan sebesar mana, namun sekiranya kita mampu membawa perubahan, itu lebih bermakna dari segalanya".

4 comments:

NNCR said...

(petikan)...pengacara bagi beberapa program UTAMA universiti....

perlu ke 'utama' tue?

wakakaka

okay la nok,hentikan aktiviti ngan caring club nie,tolong adik2 debat lak okay...

Anonymous said...

Salam.

Saya mengenali saudara di UPSI. saudara memang memiliki kepimpinan yang baik dan cemerlang. Dari saya yang tidak mengetahui Kelab Penyayang, terus saya kenal.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Cuma sayangnya kenapa saudara tidak menyertai MPP UPSI? saudara berpotensi besar..

Semoga saudara maju dalam kehidupan pada masa hadapan.

Shafiq , UPSI

. said...

To Nadiah : Tak Perlu sebenarnya frasa Utama tu..tapi dah tertaip.. Maknanay beberapa acara pentinglah bukan hebat manapun..

To Shafiq : tq banyak2. Saya biasa2 je. Lebih ramai yang berpotensi.

Anonymous said...

motifffffff