Monday, July 21, 2008

Saya Menerima Kenyataan INI dengan PERCAYA 100% TANPA sebarang kompromi






""Anda bukan seorg senior yg bagus, maaf utk saya katakan. Saya juga pernah menyaksikan anda berdebat, anda juga bukan pendebat yg bagus. Harap terima dgn terbuka""



SAYA MENERIMA FRASA INI , DENGAN BERSETUJU SEPENUHNYA.



Bermula dalam dunia debat bukanlah khendak hati. Namun jutaan penghargaan buat Kak Linda yang banyak memberikan semangat dan sokongan dalam diri supaya menyertai debat IPT.



Penyertaan dalam debat Naib Canselor adalah penyertaan pertama dalam diriku. Menerobos debat IPT bukanlah menjadi kebiasaan kerana diri ini menyedari status kehebatan yang ada dalam diri. Penyertaan dalam beberapa siri ASTA yang merupakan gelanggang pendebat muda menjadi aktiviti wajib saban tahun. Namun kemuncak pada penglibatan ini terhenti dalam keadaan yang cukup menyedihkan.





Kepada rakan-rakan Debat UPSI, Fazuan, Halimatul, Nadia, Aini, Inra, Dato, Bibah, Sharul dan beberapa lagi jutaan penghargaan kerana memberi peluang kepada diri ini yang terlalu kerdil dalam berdebat. Ungkaplah apa-apa kejayaan dalam diri ini, sudah pasti tidak ketemu apatah lagi penglibatan yang suam-suam kuku sahaja. Penerimaan kalian cukup menggembirakan. Akhirnya diri ini akan selalu mengingati kenangan kita semua dalam beberapa siri jelajah debat sebelum ini.





Kepada Kaza, Johan, Razi, Yusuhairi, Sheera, Baihaqie..oh ya Kadir...serta beberapa nama lain lagi teruskan dalam debat ini. Selalu abg katakan, walaupun bukan zaman abg mencapai sesuatu abg harap zaman adik2 abg, kalian mampu mencipta kejayaan. InsyAallah.


6 comments:

azwan bamadhaj said...

saya juga selalu menghadapi persepsi seperti ini.

pada pendapat saya, menjadi pendebat yang bagus atau terbaik bukanlah segala-galanya.

yang lebih penting adalah pencapaian sepasukan dan keserasian serta kepuasan yang dimiliki ketika berdebat.

apalah guna menjadi pendebat yang hebat tetapi meninggalkan pasukan dibelakang...

NNCR said...

Diraja,ASTAR,Perpaduan

3 debat yang pernah satu team

-aku x suka ending yang begini-

Anonymous said...

assalamualaikum...
aku rase punca utama benda2 ni smua datangnya daripada perlantikan komitee tanpa berbincang dgn korang walaupun sebenarnya dah berbincang dgn penasihat dan beberapa org senior yg ada sms meting tu...
aku minta maaf sangat2 kalu korg rasa aku gn kuasa veto...aku tak perasan n take for granted...
jangan salahkan org lain kalu mmg aku yg nak d marah...skrg dah melarat ke benda lain pulak...smua pendebat UPSI adalah yg terpilih...mng atau tak bkn benda utama..yg pntg hubungan sesama kita sbb tu yg blh jamin kemenangan...
stop la konspirasi ni...kt bincang elok2...jgn malukan kelab kite dgn u lain..deorang tak btl2 faham tntg ape yg berlaku n blh menyebabkan deorg slh tafsir...ape yg aku tls ni ingatan utk dr sndr jg..maaf sngt2 kalau kelemahan pimpinan aku akhirnya menyebabkan kelab jd kucar kacir...

. said...

To Azwan :
Persepsi yang berlaku memang sering menerpa. Tq atas kata-kata tersebut. Teringat masa sama-sama perkenalkan diri semasa debat Komuniti bestari dan pernah bertemu dalam Debat Royal di Unimas.. ada masa satu team lagi ye azawan dalam debat komuniti..

To nadiah :
hahaha .. kau lah team mate paling baik sekali..sorry sebab kadang2 tak bagus...tapi mana debat je sama dengan kau...debat bodoh2jelah..Excited nak g perpaduan tapi emmmm...Tq sudi jf teammate..malu jek..

To Halimatu saadiah :
Yang sudah tu biar berlalu..Meneruskan lembaran baru..tumpukan pada debat UMS...Kirim salam semua..

Anonymous said...

aku x tau ape dh jd.tp aku nak bgtau ko act pendebat yg bagus. xde org yg sentiasa power dlm dunia debat.jatuh bgn perkara biasa.btw gud luck utk mase dpn ko.debat bukan hanya di IPT.ia utk hidup!.cr kebaikan dlm kehidupan.

Anonymous said...

Akupun tatau apa yg berlaku..Tapi pernah aku melihat kau berdebat..

kau adalah antara pendebat ketiga yang terbaik yang ala-ala zulfazli, penuh humor dalam masa yang sama boleh menjatuhkan lawan. Ohh tak lupa kadang-kadang teringat fairuz UMS teringat juga pada saudara.

Terus majukan diri dalam debat. Debat banyak arenanya..Semoga terus maju.