



















Detik berdetik
Masa demi masa
Ohh tidak sangka hanya seketika…
Wahai Hawa
Kehaidranmu tak kupinta
Kewujudanmu memang tidak pernah terlintas dalam jiwa
Namun cepatmu terburu-buru
Berusaha menempatkan dirimu dalam jiwa sang Adam ini
Mengoles sebuah rasa dalam jiwa
Ku menurut dalam hatiku terdetik
Ya….
Mungkin ini teman sepanjang hayatku
Benar penaakulanku kau culas tidak lama
Menilai Si Adam hanya seketika
Hei Hawa – Don’t judge book by its coverlah…
Seperti awalnya
Kehadiranmu tak kupinta
Keterburuanmu mengoles cinta dalam hati si Adam
Nah ku tertawa
Kini kau merencatkan satu simbiosis cinta yang kau sendiri cipta
Apa kau ingat ini lakonan semata..
Dan si Adam adalah satu simbol analisis cinta?
PUTUS – mudahnya kalimat ini lahir.
Yatuhan…
Inikah balasan buat si Adam yang jahil ini?
Sukarnya si Adam menanggung derita
Si Hawa mana tahu
Diakhirnya…
Si Adam haruslah tabah dan tabah..
Si Adam tewas lagi pada perlumbaan keduanya.
Hairul Faiezi Lokman
Putrajaya
12.10 pagi
Hidup memang selalunya tidak seindah yang disangkakan. Dugaan,cabaran dan pengorbanan haruslah ditempuhi dengan penuh tabah. Kehidupan sangatlah mengujakan andai kita dilimpahai kesenangan,kebahagian,keamanan dan kesejahteraan. Hajat dan impian kadang-kadang tidak dapat dikotakan sepenuhnya. Aku merasakan hidup yang sempurna bukanlah insan yang “perfect” segala urusan hidupnya kerana hidup yang sempurna harus mempunyai sulaman kegembiraan dan kesedihan. Kegembiraan yang major sememangnya menjadi cita-cita dan impian semua. Namun siapalah kita yang mampu menentukan segala-galanya. Kadang-kadang perancangan rapi kita laksanakan namun lain pula yang terjadi.
Menjelang fasa kehidupan ber’profesion’ ini, aku merasakan hidup aku masih lagi tidak selengkap dan semolek mana lagipun. Pertama, asas agama yang masih lemah dan tidak layak menjadi seorang pemimpin pada satu komuniti masyarakat kelak. Bergelar guru seharusnya aku menjadikan diri aku semuaallim yang mungkin. InsyaAllah sedikit demi sedikit aku cuba untuk memperbaiki diri dari jahil kepada mulia pada amal dan suruhannya.
Kedua, memiliki kekaksih atau senang kata calon isteri. Usia yang semakin lanjut ini seharusnya menjadi kebimbangan apabila tidak mempunyai kekasihpun. Berchenta? Ohh sudah beberapa kali berchenta namun putus ditengah jalan. Berpisah bukanlah kerelaan namun takdir yang dicipta oleh kekasih itu sangat menyeksakan. Aku sering berdoa kepada Allah agar dipercepatkan jodoh dan bertemukan wanita soleh buat dijadikan bakal isteri kelak.InsyaAllah.
Ketiga, membahagaiakan insan-insan yang selalu aku kenangkan. Buat ayah (lokman Hj Yusuf) anakmu ini kan cuba memberikan yang terbaik buatmu selagi ada hayatmu. Dan juga buat kakak (Rohaidah Lokman) yang sangat sukar kehidupannnya. Anak dan adikmu ini sedaya upaya memberikan kebahagiaan yang sedaya mungkin.
Keempat, melaksanakan nazar yang pernah aku detikkan dalam diriku setelah bergelar Graduan. InsyaAllah nazar yang aku lafazakan akan aku kotakan. YaAllah moga aku dapat lakukannya.
Menjelang Ramadhan Al-Mubarak ini, aku memohon keampunan buat semua ahli keluarga, sahabat andai dan masayarakat islam semua. Dengan harapan Ramadhan kali ini mengubah hidupku dari insan yang jahil kepada insan yang tawaduk kepadanya. InsyaAllah.










Kenangan Semasa Praktikum di SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Kenangan 4 tahun di Kolej Harun Aminurrashid, UPSI jadi memori abadi.
Kenangan Semasa di Asrama Sekolah


