Tuesday, April 15, 2008

Emmm...Babi dan Babi..

Artikel ini diambil melalui Harakah Online

Syarikat Melayu Umno terbabit projek babi, Khir Toyo tidak tahu?

Oleh Johari (Harakah)

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali mempersoalkan sikap bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa tidak tahu menahu tentang projek ternakan babi di negeri itu atau pun sengaja buat tidak tahu.

Katanya, projek ternakan babi yang dirancang menggunakan teknologi Jerman itu mendapat bantahan termasuk dari Umno.

ImageMenurut beliau, sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun semalam..

Syarikat tersebut, dikatakan terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Ketua biro pertanian tradisional MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Sun," ujarnya.

Akhbar The Sun yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Dato' Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Rombongan itu dihantar oleh kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN bagi menilai teknologi yang boleh menguruskan penternakan babi - masalah yang serius di negeri itu sejak lebih dua dekad.

Menurut The Sun lagi, Dr Lee mempunyai minit mesyuarat dan rekod untuk membuktikan dakwaannya.

Menteri Besar Selangor waktu itu Khir Toyo sendiri dikatakan meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Dato' Ch'ng Toh Eng dan Dato' Tang See Hang pada awal tahun lepas.

"Inilah pemimpin pemimpin BN ,apa yang dibuatnya pun dia tidak ingat, apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan meneruskan projek ternakan babi Kerajaan Negeri dicemoh dan tidak sensetif dengan bantahan rakyat."

"Jika tindakan ini dilakukan oleh Kerajaan Umno/BN, ianya wajar untuk kebaikan rakyat , tetapi jika Pakatan Rakyat, ianya diserang begitu teruk," katanya. - mr

1 comment:

CeO said...

akum faizi,
aku punya pandangan sendiri tentang isu nih.tp harap apa yg kita bincangkan nih, diterima dalam suasana yg open minded dan sentiasa hendakan keikhlasan.ok

pertama sekali, ladang ternakan tersebut, masih lagi dalam perancangan.so, naper org melayu kita so sensitive about this?biarlah dorang nak kaji dulu kebaikkanya.aku rasa lebih baik ada ladang begitu dari ladang babi yg merata-rata tempatnya sekitar selangor.bila berpusat, senang dipantau dan di selenggara.btol x?

yg kedua...negara kita memperjuangkan perpaduan, keharmonian hidup bersama.tp bila timbul isu babi nih, kita xbole tolerate.kita lupa semua cita2 tuh.naper??org cina, org india dan lain bangsa "perlukan" babi nih, so juz give it coz the idea of this country is races tolerable.jd, kenapa kita xble tolerate kan?kita bukan hidup dgn org melayu jer, ada gak kaum2 lain.be rasional ok.jgn emo n sensitif xtentu pasal....

lastly, babi nih mmg la xbgs.so, biar mereka kaji sendiri, naper org melayu(Islam) haramkan babi, apa mslhnya dgn environment kita, apa kesanya...biar mereka sedar sendiri melalui kajian yg mereka sendiri lakukan.itu pendapat aku.harap korang open bila baca.