Perhatian!..(ayat ini di panggil ayat seru)*
Sekarang Air Asia mengadakan promosi harga yang BERBALOI-BALOI.
Memandangkan aku dah guna kad kredit, jadi urusan menempah ni jadi sangat mudah.
Semalam aku menempah dua penerbangan :
Pertama - Penerbangan ke Tawau. Tentu kalian tertanya, mengapalah Tawau menjadi destinasi pilihanku. Sebenanrnya Tawauni tempat rakan baikku Habibi. Jadi memang niat hati mahu kesana membeli permata dan berjalan di Semporna. Penerbangan pada 3 Julai 2010 jam 7.10 dan pulangnya pada 4 Julai jam 5.00 petang. Yakin tak berjalan ke Sabah dua hari sahaja. Kerana apa? kerana Isnin 5 Julai tu sekolah.hahahaha.
Kedua - Penerbangan ke Kota Bharu. Penerbangan ni aku pilih pada 23 Ramadhan(menjelang raya). Tujuan kesana sudah tentulah aku mahukan pengalaman berpuasa dan membeli belah barangan raya di Kelantan. Kata orang, mahu tukar angin. hehehe.
Jumlah kedua-dua penerbangan ini hanyalah RM206. Percaya atau tidak?..memang pun murah.
Jadi kepada semua tempahlah sementara promosi ini masih ada. Tarikh penerbangan bagi promosi ini hanyalah bagi tempoh bermula Julai hingga akhir September 2010. Sila layari http://airasia.com/ untuk maklumat lebih lanjut.
Info
Tahun 2006 dan 2009 merupakan tahun terbanyak menaiki kapal terbang iaitu sebanyak 4 kali setahun. 6 dari penerbangan tersebut menggunakan Malaysia Airline (inipun ditaja oleh kerajaan). 4 semasa di UPSI dan 4 lagi semasa di KPM.
* baru sahaja usai mengajar Tatabahasa Melayu Tingakatan 2
1 comment:
amboi...berwajah baru nampak.... apo kabar????
Post a Comment