Sunday, January 24, 2010

ULASAN FILEM

Terlewat jauh sebenarnya untuk menceritakan filem-filem ini. Disember lalu 3 buah filem sempat aku tontoni - 2012, Ninja Assasin dan Avatar.
Filem kiamat? haha. Ceritani keseruhannya mengisahkan tentang kiamat yang dijangka berlaku 2012 ujarnyalah. Filem ini menggunakan aspek grafik yang banyak khasnya semasa kiamattu berlaku. Kalau difikirkan akal memanglah tak rasional langsung bila dah kiamat masih ada hidup. Namun aku berfikiran po+, kitapun selalu diingatkan, kiamattu bila-bila boleh berlaku. Jadi persediaan tu haruslah dilakukan bukan buat kapal macam ceritani ya..tetapi persediaan dari segi amal,iman dan takwa. Gambaran dalam cerita ini hanyalah ilusi manusia, jauh lebih dari itu kita sukar menggambarkan kuasa tuhan sebenar tatkala kiamat menjelma kelak. Nauzubillah.
Pungutan : ****

Filem tak berkelip mata? aku melebelkan filem ini sebagai filem yang tak mengelip mata, sebab aksi dalam filem ini tidak henti dari mula sehingga usai babak filem ini. Pelakon pujaan asia Raen diberikan tanggung jawab didalam filem ini. Kisah kumpulan kongsi gelap, kesetiaan kepada ketua dan ketaatan kepada puak menjadi aset pembawaan filem ini.
Pungutan : ***

Oh Avatar! sungguh aku tak pernah terfikir macam manalah pengarah filem ini mampu terfikir untuk menghasilkan filem yang jauh diluar lingkungan fikiran manusia. Boleh pulak ada makhluk di tempat lain. Tetapi filem ini memang sangat menarik khasnya dari segi kesan visual dan grafiknya. Mesej alam sekitar serta semangat animisme diangakat didalam filem ini.
Pungutan : ****

No comments: