Saturday, January 30, 2010

PERCAYALAH...kalau dah cikgu...

Kalau dah namanya guru, maka sudah tentu akan disebut dan diingati orang. Pergi kesana orang memanggil kita cikgu, kesini begitu dan kesitupun begitu juga. Cikgu ooo cikgu.Tengok saja gambar dibawah sudah boleh membayangkan rasa hormat dan sanjungnya
mereka pada insan guru.

Aku menghantar baju ni di kedai Dobi. Akak kedaini tahu aku seroang guru. Sepatutnya harini (31 Januari 2010) dia tutup kedai jam 5. Tapi kerana baju seplastik sang guru ini, maka akak tu rela tunggu aku pulang dari Rawang jam 6 petang. Yang tak tahantu siap tulis lagi ""CIKGU"" kat plastiktu. aku tengok kat plastik-plastik lain takdelah pulak.

”takpe akak tunggu cikgu, harini akak tutup lewatlah sikit”.

See, aku rasa sangat terharu...kerana CIKGU.
Selesai aku ambil bajunije terus dia tutup> korang rasa mcm mana?
Benar kata bonda dulu, jadilah guru, tentu dipandang mulia oleh masyarakat.
Maka benarlah kata bonda itu.

5 comments:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

heheh.
seronok.
tak sabar nak jadi cikgu.

Anonymous said...

Salam...biasalah jg cikgu..mcm2

Anonymous said...

biasalah jd cikgu..mcm2.
baiyazid mustaffa

cAhayA piLiHAn said...

tp mcm mne yg xdpat jdi cikgu???

Anonymous said...

cikgu dan doctor pekerjaan mulia dr dulu

tapi sy xpandai mengajar dan xada minat. kawan sy sgt berminat nak jadi cikgu lepasan ijazah kejut awam utm skudai, mcm mana ye jalannya?