Thursday, January 21, 2010

Mahu Jadi Guru..Terimalah

Inilah tempat aku bertugas SMK BUKIT SENTOSA, RAWANG, SELANGOR.

Pejam celik pejam celik maka sudah masuk minggu ke3 sesi persekolahan. Penat? usahlah mahu dikhabarkan kerana kalian sudah tentu tahu jawapan. Inilah cabaran guru zaman sekarang. Selain kerja mendidik anak bangsa, kerja pengkeranian juga harus dilaksanakan.Ini belum lagi menghuraikan senarai tugasan diluar bidang tugas, sementelah pula melayan karenah anak bangsa yang tak surut dengan kekhilafan dan kenakalan.
Frasa 'redha' itulah pengubat hati nan luka. Kau dah pilih jalan ini, maka teruskanlah. Macammana pula gayanya mahu berpatah balik. Kata mahukan keberkatan.
Sebut balik Kap Ba Ra Kap Alif Ta' Nun. Jadi terimalah wahai insan.....

No comments: