OKTOBER 2009
Oktober 2009 memalitkan memori yang cukup terindah dalam diari kehidupan.
2 Tawaran Serentak
Dua surat dibawah menunjukkan kegirangan hati dan kesyukuran Pada Allah S.W.T.
Lulus temuduga menjadi guru! Tawaran temuduga bagi 'stage' kedua Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Alhamdulillah. Yang mana satu?..
Meminati bidang perguruan sudah tentulah menjadi keutamaan dalam diri. Maka pada 26 Oktober 2010, aku melaporkan diri di JPN Negeri Selangor sekaligus melaporkan diri di Sekolah. Sekolah apa? hahaha, sekolah biasa namun gah pada komposisinya. Iaitu SMK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Bagaimana dengan temuduga PTD dan kerja di KPM.
Baik, berkenaan dengan kerja di KPM, aku masih bekerja di KPM sehingga akhir bulan Oktober. Maknanya, selepas usai melapor diri di sekolah, aku memberikan surat penangguhan sehingga akhir Oktober. Ini bermakna pada 2 haribulan aku secara rasminya masuk ke sekolah.
PTD? nampaknya terpaksa aku lupakan kerana 2 hb tu tarikh aku masuk kesekolah. Berlaku sedikit kartasis jiwa kerana gerak hati aku tetap mahu pergi temuduga PTD tersebut. Percaya mahupun tidak, semenjak tahun pertama di Universiti aku sudah berazam menjadi PTD, dan peluang untuk temuduga bukanlah sesuatu yang mudah diperolehi. Namun tatkala mengenang frasa "kontrak 2 tahun" itu, opssss aku perlu mencari sesuatu yang memberi lebih jaminan. Sudah tentu jawapannnya CIKGU..Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DC41.
Majlis Perpisahan KPM
Hari paling meruntun hati...perpisahan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula jun 2009 berakhir 31 Oktober 2009. 4 bulan yang banyak mengajar erti sebenar bidang keprofesionalismaan dan sebagai penjawat awam. Serius, hati ini seakan berat meninggalkan Cawangan Pembangunan Manusia, BPSM,KPM yang banyak memberi satu coretan kenangan.
Punch Card Terakhir 31 Oktober 2009
Urusetia Kursus Terakhir KPM
11-15 Oktober 2009 aku berada di Pulau Pinang bagi menjadi urusetia KPM. Kursus pada kali ini memang cukup menarik. Semua peserta memberi respon dan sokongan yang baik. Inilah kursus terakhir yang sempat aku libatkan di KPM.
Jamuan Hari Raya
Oktober masil lagi syawal, so jamuan hari raya masik tak henti. Antaranya jamuan alumnai SMK Kuala Kubu Bharu, aku diminta menjadi pengacara dan jamun KPM 2009.
1 comment:
wah.....cantiknye umah die..
Post a Comment